Home » , » ASNB Umum Dividen 6.60 sen bagi Pelabur ASM

ASNB Umum Dividen 6.60 sen bagi Pelabur ASM

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan dividen 6.60 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014.

Pengagihan pendapatan 6.60 sen itu adalah lebih tinggi daripada dividen biasa 6.50 sen dan dividen istimewa 0.30 sen seunit yang dibayar tahun lepas, kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Beliau berkata pengagihan pendapatan itu melibatkan pembayaran berjumlah RM947.10 juta, meningkat daripada RM913.85 juta tahun lepas.
Rakyat News
Pembayaran itu akan dinikmati oleh 530,000 pemegang unit, yang kini memegang 14.34 bilion unit ASM, katanya pada sidang media.


Terima kasih kerana membaca ASNB Umum Dividen 6.60 sen bagi Pelabur ASM. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



4 Komen:

  1. Macam mana nak masuk ASM ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi saya, asb terbaik lah

      Padam
  2. Banyak dapat bagi yang pandai mencari peluang pelaburan macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada duit lebih, boleh parking kat asb.. nak islamik pun ada

      Padam