6 website buat kerja sambilan di rumah

thumbnail
Sebenarnya saya buat entry ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua tentang kerja sambilan menaip di rumah yang anda boleh mulakan  tanpa modal. Ini adalah kerana ada yang masih ragu-ragu tentang  Job Di Rumah. Jika anda berminat nak tahu, teruskan bacaan kerana hari ini saya nak kongsikan 6 Website Terbaik Yang Anda boleh mula bekerja secara sambilan hanya dari rumah. Sebenarnya apa yang yang saya kongsikan adalah suatu kerja yang dipanggil kerja freelance. Cara kerja Freelance ini adalah anda perlu siapkan tugasan yang diberikan oleh majikan kepada anda mengikut tempoh yang dipersetujui. Apa yang penting adalah anda perlu ada kemahiran untuk menaip, kemahiran IT dan memahami bahasa Inggeris. 

13 000 Rumah mampu milik di KL

thumbnail
Rumah, masalah yang makin meruncing di mana bagi saya kenaikan harga rumah nih tak selari dengan kenaikkan gaji pekerja, sebab tuh lah jadi rasa macam mahal harga rumah nih. Dalam hal ini, kita kena berpijak di bumi nyata dan ukur baju di badan sendiri. Beli rumah yang kita mampu dan selesa bayar bulan-bulan. Memang semua orang nak rumah besar, tapi kalau duit tak cukup, tangguhkan dulu le hasrat tuh. Tapi ini ada satu berita baik ( kepada sesetengah orang KL ) sebab sebanyak 13,000 lagi rumah mampu milik akan dibina di kawasan strategik di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bermula tahun ini.
    
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, harga rumah itu dianggarkan kurang daripada RM300,000 seunit dengan keluasan binaan dalaman minimum 800 kaki persegi (243.84 meter persegi) selaras dengan usaha kerajaan memperbanyakkan perumahan mampu milik di kawasan bandar.

Rakyat News


"Ini rumah yang kami kira sebagai rumah mampu milik yang akan dibina di sekitar ibu kota dan dijangka siap dua tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Masyarakat Sihat Hidup Selamat di sini, hari ini.
    
Ahmad Phesal berkata projek berkenaan yang dikendalikan DBKL, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia dan pemaju swasta, disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
    
Katanya DBKL juga akan membuka sebuah galeri untuk mempamerkan semua rumah mampu milik yang telah siap bagi membantu orang ramai mendapatkan informasi mengenainya.

GST : Lebih 15,000 Pengusaha Restoran Terlibat

thumbnail
Sebanyak 15,542 restoran dijangka mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila ia dilaksanakan 1 April tahun depan.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah itu meningkat berbanding ketika cukai perkhidmatan dikenakan iaitu 4,357 restoran.

"GST merupakan satu daripada langkah kerajaan menyusun semula struktur percukaian negara supaya lebih telus, cekap dan mesra peniaga," katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini Rabu.

Beliau berkata bagi memastikan kepentingan semua lapisan masyarakat diambil kira, GST akan dikecualikan bagi kategori barangan keperluan asas dan perkhidmatan asas seperti kesihatan, pendidikan swasta, pengangkutan awam, tol dan rumah kediaman.

Rakyat News

Ahmad berkata kajian Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapati golongan berpendapatan RM1,000 ke bawah membelanjakan lebih 33.4 peratus daripada pendapatan mereka ke atas makanan dan minuman manakala 31.4 peratus lagi bagi perumahan, air, elektrik dan bahan api lain.

Ahmad berkata dengan jumlah 64.8 peratus itu, hampir kesemua barangan dan perkhidmatan itu dikecualikan daripada GST.

ASNB Umum Dividen 6.60 sen bagi Pelabur ASM

thumbnail
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan dividen 6.60 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014.

Pengagihan pendapatan 6.60 sen itu adalah lebih tinggi daripada dividen biasa 6.50 sen dan dividen istimewa 0.30 sen seunit yang dibayar tahun lepas, kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Beliau berkata pengagihan pendapatan itu melibatkan pembayaran berjumlah RM947.10 juta, meningkat daripada RM913.85 juta tahun lepas.
Rakyat News
Pembayaran itu akan dinikmati oleh 530,000 pemegang unit, yang kini memegang 14.34 bilion unit ASM, katanya pada sidang media.