TMJ Cuba Jawatan Presiden FAM

Persaingan merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) penggal 2014-2018 akan melibatkan persaingan tiga penjuru pada kongres yang akan diadakan 25 Mei ini.
Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah akan dicabar Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 
Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya hari ini.

alt

Sementara itu, tiga calon juga akan bertanding untuk merebut dua kerusi timbalan presiden iaitu dua Naib Presiden FAM ketika ini, Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah serta Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad. 
Dalam pada itu, lapan calon akan bertanding merebut empat jawatan naib presiden, 22 calon bertanding merebut lapan jawatan exco lelaki dan sembilan calon merebut dua jawatan exco wanita.


Terima kasih kerana membaca TMJ Cuba Jawatan Presiden FAM. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



4 Komen:

  1. Semoga TMJ menang jawatan Presiden FAM. Mungkin akan ada perubahan nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul... tapi berisiko gak sbb TMJ muda lagih, pengalaman kurang, Kalau Anwar Musa mungkin sesuai.

      Padam
  2. tak tahu nak ulas apa sebab ambil tahu uh....semoga team bola negara akan terus bersemangat bermain bola

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah.. semangat cam ni yg kita mahu.

      Padam