Home » , » Insuran Hayat, Perlu Ke?

Insuran Hayat, Perlu Ke?

Insuran memang penting dalam kehidupan sekarang ni. Kalau dulu-dulu mungkin insuran ni tak perlu, malahan kat  kampong-kampung sekarang ni pun takde pun yang ambik  insuran. Kalau kat Bandar ni, macam-macam nak kena ambik termasuklah juga insuran. Tapi pernahkah kita fikir, perlukan ke insuran? Ada pelbagai jenis insuran, tapi kali ni saya nak kongsi pasal insuran hayat je. Jenis-jenis saya kongsi lain kali. Perkongsian tentang insuran ni penting sebab ramai yang keliru tentang insuran.

Insuran Hayat Yang Mana Bagus?


Saya fokuskan ke insuran hayat. Apa tujuan kita insuran? Mesti ada yang fikir, kita bayar premium insuran setiap bulan, bila tempohnya matang, kita nak balik duit tuh, tak nak le bayar je setiap bulan, akhirmya tak dapat apa-apa. Biasanya kita fikir macam tuh kan. Ini akan saya kongsi dari masa ke semasa. Untuk post kali ni, saya nak kongsikan, perlukah insuran hayat untuk kita?



Tujuan sebenar kita ambil insuran hayat ialah untuk melindungi orang di bawah tangunggan kita apabila kita ditakdirkan meninggal dunia atas sebab-sebab tertentu. Bukan apa yang kita akan dapat apabila kita tua nanti, ingat tuh, Ini untuk memaksimunkan pengunaan duit kita.

  • Jika, kita hanya berdua dengan isteri, takada anak, isteri bekerja, insuran hayat tak perlu ambil sebab membazir je. Isteri kita boleh tanggung kehidupan sendiri sekirannya kita tiada
  • Jika isteri tak bekerja, kita perlukan insuran hayat untuk isteri meneruskan kehidupan
  • Jika masih bujang dan tiada tanggungan, tak perlu insuran hayat.
  • Anak-anak tak perlu insuran hayat


Itu secara ringkas setelah di ambil kira pelbagai factor, tambah tolak kesimpulannya macam tu lah. Ini untuk jimatkan wang, kalau kita tak kisah dengan wang, apa-apa pun boleh.


Harap sedikit perkongsian ini dapat membuka minda kita tentang insuran.


Terima kasih kerana membaca Insuran Hayat, Perlu Ke?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



2 Komen: