Insuran memang penting dalam kehidupan sekarang ni. Kalau
dulu-dulu mungkin insuran ni tak perlu, malahan kat kampong-kampung sekarang ni pun takde pun
yang ambik insuran. Kalau kat Bandar ni,
macam-macam nak kena ambik termasuklah juga insuran. Tapi pernahkah kita fikir,
perlukan ke insuran? Ada pelbagai jenis insuran, tapi kali ni saya nak kongsi
pasal insuran hayat je. Jenis-jenis saya kongsi lain kali. Perkongsian tentang
insuran ni penting sebab ramai yang keliru tentang insuran.
Insuran Hayat Yang Mana Bagus?
Saya fokuskan ke insuran hayat. Apa tujuan kita insuran?
Mesti ada yang fikir, kita bayar premium insuran setiap bulan, bila tempohnya
matang, kita nak balik duit tuh, tak nak le bayar je setiap bulan, akhirmya tak
dapat apa-apa. Biasanya kita fikir macam tuh kan. Ini akan saya kongsi dari
masa ke semasa. Untuk post kali ni, saya nak kongsikan, perlukah insuran hayat
untuk kita?
Tujuan sebenar kita ambil insuran hayat ialah untuk
melindungi orang di bawah tangunggan kita apabila kita ditakdirkan meninggal
dunia atas sebab-sebab tertentu. Bukan apa yang kita akan dapat apabila kita
tua nanti, ingat tuh, Ini untuk memaksimunkan pengunaan duit kita.
- Jika, kita hanya berdua dengan isteri, takada anak, isteri bekerja, insuran hayat tak perlu ambil sebab membazir je. Isteri kita boleh tanggung kehidupan sendiri sekirannya kita tiada
- Jika isteri tak bekerja, kita perlukan insuran hayat untuk isteri meneruskan kehidupan
- Jika masih bujang dan tiada tanggungan, tak perlu insuran hayat.
- Anak-anak tak perlu insuran hayat
Itu secara ringkas setelah di ambil kira pelbagai factor,
tambah tolak kesimpulannya macam tu lah. Ini untuk jimatkan wang, kalau kita
tak kisah dengan wang, apa-apa pun boleh.
Harap sedikit perkongsian ini dapat membuka minda kita
tentang insuran.
Bagus ada insuran hayat macam ni.
BalasPadamhati-hati pilih insuran.
BalasPadam