Apa itu unit trust?

Apa itu unit trust? Bagaimana unit trust ni bergerak. Ini akan saya kongsikan dalam entri kali nih. Kalau minat boleh baca sampai habis sebab ayat yang saya gunakan adalah ayat-ayat mudah faham sahaja. Pelaburan sangat penting untuk masa hadapan, supaya masa hadapan lebih senang jika kita melabur dari sekarang. Bila nak start melabur? Sekarang dan tak pernah terlambat untuk melabur, lagi awal mula melabur lagi banyak keuntungannya. Pelaburan dalam unit trust juga boleh menguntungkan, tapi untung banyak mana? Jangan lupa bertanya soalan kepada ejen unit trust jika berminat.

Apa tu Unit Trust?


Kalau nak tepat-tepat maksudnya, boleh le ke wikipedia. Saya nak kongsikan konsepnya macam mana. Pelabur nak melabur dalam unit trust. Pelabur kena melalui ejen unit trust yang bernaung di bawah syarikat unit trust seperti unit trust public mutual dan unit trust CIMB ( dua ni paling aktif bergerak ). Setelah jumpa ejen unit trust dan dah faham tentang unit trust, pelabur kena sign beberapa borang. Untuk melabur boleh guna tunai atau melalui kwsp.

public mutual fund prices
Konsep unit trust


Guna tunai kena keluarkan duit lah. Kalau guna kwsp, kena keluarkan duit kwsp tetapi yang ni ejen unit trust yang akan buat, pelabur sign borang sahaja. berapa banyak boleh keluar ada pengiraannya. Tak semua boleh di keluarkan.

Katakan dah sign semua borang terlibat dan kena pilih dana mana wang nak di laburkan. Dalam unit trust terdapat banyak dana. Yang dana islamik pun banyak juga, nanti ejen unit trust akan cadangkan dana yang sesuai dengan anda mengikut umur, risiko dan tahap kekayaan kita. Di sini tarikh penubuhan dana unit trust penting supaya kita mempunyai rekod prestasi lampau sesuatu dana unit trust sepertu unit trust public mutual.

Terdapat caj yang di kenakan untuk melabur dalam unit trust. Kalau guna tunai, caj lagi mahal daripada guna kwsp. Kalau tak silap yan g  tunai kena caj 5% dan kwsp kena cak 2.75% ( maafkan jika saya tersalah ). Caj ni sekali setiap kali ada pelaburan baru. Jika nak tambah pelaburan lain kali, kena lagi sekali caj nih

Sebelum melabur dalam unit trust, pertimbangkan kos-kos yang terlibat jangan indah khabar dari rupa. Boleh juga baca panduan unit trust yang boleh membuka mata kita tentang unit trust di Malaysia ni.

Kepada yang lebih pakar, silalah berkongsi kat komen.


Terima kasih kerana membaca Apa itu unit trust?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



10 Komen:

  1. Bagus buat unit trust ni. Boleh jana income tambahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah ada 40k guna duit kwsp, tai masuk bab monitor, ejen tuh fail.

      Padam
  2. Bagus main saham ehh.. copat sikit profitnya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus gak tuh Ismail N, kena tahu caranya jugak tuh.

      Padam
  3. ada hati nak jadi ejen unit trust..fikir-fikir balik tak jadi kerana kerja perlu ke sana ke mari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah nanti nak layan kastemer Hero Borneo.

      Padam
  4. selalu baca buku Robert T Kiyosaki, dia tak berapa gemar kalau invest kat Unit Trust sebab susah nak manage portfolio perlaburan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, nak tahu detail kdg2 ejen pun tak tahu jugak.

      Padam
  5. salam,

    saya ejen di Kenanga Investors Bhd..those yg nk invest blh roger saya ;)

    Saya beroperasi di Lembah Klang, Terengganu (hometown) dan Kelantan (kg wife).

    0111.5484.137 Trimas ;)

    BalasPadam