Labels blogspot jadi keyword

Dah lama aku pikir-pikir nak set ke tak labels dalam blogspot blog nih untuk jadi keyword entri. Setelah monitor beberapa bulan dengan meta tag sekarang nih, saya buat keputusan nak try guna label sebagai keyword plak ler, tengok sale affiliatte ada masyuk ke sama je ke atau pun takde terus hahaha. Saya letak masa dalam 3 bulan untuk monitor labels sebagai keyword blogspot nih.

Kalau kebanyakkan meta tag, homepage blog akan guna description utama blog dan keyword akan guna keyword utama blog la. Dan untuk entri, ada meta tag keyword yang guna description dan keyword sama dengan  homepage, yang ni bagi saya kurang bagus sebab kita macam dah spam enjin carian tu di mana setiap entri akan ada keyword yang sama sahaja.

Mana le tahu, boleh naikkan pendapatan melalui blog ni.

Tajuk entri sebagai keyword


Kebanyakkan blogger, saya peratikan menggunakan tajuk entri sebagai keyword, sebab tu orang kata tajuk entri kena power dan ada keyword. Kalau nak main belasah tajuk entri pun boleh jugak tetapi jangan guna meta tag yang menggunakan tajuk entri sebagai keyword. Nampak tak kat situh.

Orang guna tajuk pelik, kita pun nak guna gak tetapi kita tak sedar meta tag kita settingnya macam mana.

Ada meta tag yang gunakan tajuk entri sebagai keyword tetapi di ulangi tajuk entri tu sebanyak 2 kali dan di tambah satu perkataan lain seperti ' post ' dan 'artikel' untuk memadatkan lagi keyword tuh. Sebagai contoh, tajuk entri ' buat duit adsense'. Kalau set satu keyword je, maka keywordnya akan jadi ' buat duit adsense' le, tetapi kalau set dua keyword untuk entri tuh, ramai yang set post buat duit adsense dan buat duit adsense artikel.

Cam tuh lebih kurang.. kalau tak paham korang baca sekali lagi apa yang saya tulis. Selain dari kita ulang 2 kali tajuk entri tuh, boleh gak nak ulang banyak pun tetapi jangan sampai spam enjin carian.

Guna label blogspot sebagai keyword


Jarang-jarang saya jumpa blogger yang guna labels blogspot sebagai keyword. Ini menarik bagi saya sebab kat labels kita boleh set lebih banyak keyword. Kita juga boleh set supaya keyword yang di gunakan adalah label dan tajuk entri. Ini terbaik kot.

label blogspot keyword
Labels sebagai keyword blog.

Tengok 3 bulan ni macam mana sebab blog ni dah guna meta tag nih - tajuk dan labels entri sebagai keywords.

Guna labels blogspot dan tajuk entri sebagai keywords


Ini yang saya guna kat blog nih:

label blogspot meta tag
Tajuk entri dan labels sebagai keywords.

Cuba besarkan pic kat atas nih. Tengok ' Keywords itu bersamaan dengan labels entri ni. Tengok 'Keyword' pula itu bersamaan dengan tajuk entri ni tetapi telah di ulang sebanyak 5 kali dan di tambah perkataan tambahan seperti ' article, review, ok dan post. Harap-harap jangan spam enjin carian.

Apa pula meta tag yang korang guna kat blog korang?


Terima kasih kerana membaca Labels blogspot jadi keyword. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



8 Komen:

  1. ahhh memang pening r... selama ni untuk blogspot, memang aku guna je label tu sebagai fokus keyword hhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak pasti kena set dulu atau tidak tetapi kalau belum set, kalau semak meta keyword tak keluar label tuh sebagai keywords.

      Kalau set dulu, baru keluar keywords tuh sama dengan labels.

      Padam
  2. Ohhh baru tahu no..terima kasih kongsikan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pakar affiliatte wp ada guna tag jadi keywords...:)

      Padam
  3. bro bleh kongsi tak code meta tags tu..lau xnak open p.m. pun bleh..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh rujuk kat sini, sila baca kelemahannya juga.

      http://www.encikarman.com/2014/09/cara-set-post-label-blogspot-meta-keywords.html

      Padam
    2. terbaik bro dah baca dan saya dah pun try google semalam...tang kelemahan tu terpulang pada masing-masing..mungkin dkat blog utama kau tak sesuai kot..kena buat tuk blog cari makan ni..hahaha

      Padam
    3. iya kot bro...guna kat blog cari makan best nih.., tu pun kalau menjadi ler kod nih... ha2

      Padam