Tip Perniagaan Internet

Ramai yang gagal perniagaan internet kerana tidak tahu asas-asas perniagaan internet. Banyak asas-asas perniagaan internet yang mesti di ketahui oleh pemilik perniagaan internet – mesti tahu benda-benda simple camni, takkan nak harapkan orang lain.

Kalau nak suruh orang lain buat, memang boleh tapi kena ada kos yang terlibat sedangkan korang boleh buat sendiri jer benda asas dalam perniagaan internet nih.

Apakah antara asas-asas perniagaan internet yang perlu di ketahui oleh peniaga internet? Saya cuba kongsikan tajuk-tajuk utamanya sahaja, kalau nak detail silalah ke google ye. Rajin skit cari baru senang nak ingat dalam fikiran masing-masing.


Cara terima bayaran


Yang ni memang lah penting. Nak terima bayaran dari pelanggan, mesti ada caranya yang menyenangkan pelanggan. Kalau susah, nanti pelanggan tuh tak nak beli pula barang daripada blog kita.

Cuba sediakan cara bayaran yang menyenangkan dan mudah untuk pelanggan guna. Tak semua pelanggan tahu IT tau, ada hanya tahu nak beli sahaja, nak klik itu dan ini takut.

Jadi sebagai pemilik perniagaan internet, kita kena tahu cara-cara terima bayaran daripada perniagaan internet yang di gunakan di Malaysia.


Buat Kajian


Kita kena tahu cara buat kajian pasaran. Kita kena kaji produk apa yang popular dan boleh di jual. Kena tahu juga cara-cara nak letakkan harga barang. Katakan kita import produk dari China dengan harga murah, camne nak letak harga setiap unit barang tuh.

asas perniagaan internet
Kajian penting dalam perniagaan online

Ada skill jugak supaya kita boleh memaksimunkan keuntungan. Jangan letak murah sangat atau tinggi sangat. Seni letak harga barang ni kenalah belajar atau baca kat mana-mana panduan.

Selain tu kenalah pandai membuat penilaian pasaran dan juga ke atas pesaing kita. Pesaing kita tentukan bukan calang-calang orang dan dia pun ada strategi dia jugak. Kita boleh tiru cara dia kalau cara tuh berkesan.

Kita kena kaji apa yang pesaing kita buat dan kita cuba buat lebih daripada dia di dalam perniagaan ineternet.

Banyak lagih tip tip, benda-benda basic yang korang kena tahu dalam perniagaan internet. Apa kata korang pertimbangkan ilmu asas perniagaan internet nih, banyak info terkandung dalam nih, info yang biasa-biasa tapi bermanfaat dan kebanyakkan peniaga internet belum tahu lagih atau malas nak cari kat google.


Pelaburan korang pasti berbaloi sebab ilmu tuh boleh guna sampai bila-bila.


Terima kasih kerana membaca Tip Perniagaan Internet. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



5 Komen:

  1. terbaik bro..memang bagus tips nie untuk newbies macam aku

    BalasPadam
    Balasan
    1. otai selalu merendah diri cam ni ler.

      Padam
  2. Aku pun adalah sedikit sambilan buat perniagaan online. Post ni pun sedikit sebanyak memberi semangat dan lebih berhati-hati dalam perniagaan online nanti. tq bro. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sentiasa bersemnagat bro, itu yg penting. Kalau malas, apa pun tak nak buat. Good luck dlm bisnes online bro.

      Padam