Melabur dalam unit trust

Melabur dalam unit trust. tentu korang tahu tentang unit trust kan? Mestilah terutamanya kalau korang dah bekerja, biasanya korang akan di dekati oleh ejen unit trust atau nama bestnya unit trust konsultan. Mereka ni memang suka kumpul-kumpul ni telefon bakal pelabur unit trust.

Ok gak ah melabur dalam unit trust ni tetapi korang  kena hati-hati sikit sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam unit trust.

Berapa banyak korang untung dalam unit trust - 10%, 20% atau 30%? Percaya  ke kalau korang boleh dapat untung 30%? Betul ker? Kalau melabur rm1000, boleh dapat rm300 percuma sahaja. Macam banyak je kan tetapi itulah yang biasanya di beritahu oleh konsultan unit trust.


Berapa banyak untung dalam unit trust?


Kalau korang di dekati oleh ejen unit trust, korang jangan panik. Sambut salamnya dengan baik. Diorang ni memang nak kongsikan tentang unit trust. Free je info diorang bagi tetapi terpulanglah kalau korang nak melabur ke  tidak kan.

mutual fund definition


Korang jangan mudah percaya apa yang ejen unit trust cakap terutamanya bab keuntungan tuh. Kalau korang di beritahu boleh  untung 30%! Wow korang pun  melompatlah kan, lama-lama korang buat tak tahu jer.  Suka le ejen tuh kan sebab dah dapat komisenn.

Bagi saya, kalau untung dalam unit trust melebihi 10% dah kira banyak oooo, tak perlu sampai 30%, Nanti kecewa pulak nanti kalau tak dapat





Biasanya ejen unit trust akan cakap untung banyak, Sebaik-baiknya korang tanya balik, keuntungan 30% tu ( katakanlah ) untuk tempoh berapa lama. Kalau setahun sahaja atau tahun tu sahaja untung 30%, memang lojik lah tetapi korang kena awas la. Sebab kalau untung banyak cam nih, mungkin dana yang korang leabur nih adalah dana yang berisiko tinggi.

Potensi keuntungan tinggi, begitu juga potensi kerugiannya, tinggi juga ( biasa ejen unit trust tak cakap tentang kerugian nih ). tahun ni boleh untung 30%, tahun depan mungkin rufi pulak 28%. Tak kemana, ke situ jugak duit tuh.

Jadi korang kena faham dulu pasal unit trust ni, baru le best nak melabur.



Terima kasih kerana membaca Melabur dalam unit trust. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan