Melabur dalam unit trust

thumbnail
Melabur dalam unit trust. tentu korang tahu tentang unit trust kan? Mestilah terutamanya kalau korang dah bekerja, biasanya korang akan di dekati oleh ejen unit trust atau nama bestnya unit trust konsultan. Mereka ni memang suka kumpul-kumpul ni telefon bakal pelabur unit trust.

Ok gak ah melabur dalam unit trust ni tetapi korang  kena hati-hati sikit sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam unit trust.

Berapa banyak korang untung dalam unit trust - 10%, 20% atau 30%? Percaya  ke kalau korang boleh dapat untung 30%? Betul ker? Kalau melabur rm1000, boleh dapat rm300 percuma sahaja. Macam banyak je kan tetapi itulah yang biasanya di beritahu oleh konsultan unit trust.

Invest dalam unit trust + panduan ejen unit trust

thumbnail
Public Mutual Fund Price. Korang mesti pernah dengan tentang unit trust atau unit amanah kan. Kat Malaysia ni ada dua yang popular iaitu unit trust Public Mutual dan unit trust CIMB. Mana korang suka?

Dengan unit trust ni kita boleh buat duit juga tetapi untuk jangka masa yang panjang iaitu lebih dari 3 tahun. Kalau kurang dari itu, tak yah nak melabur dalam unit trust la, membazir masa jer. Baik masukkan dalam asb.

Lagi best kalau korang jadi ejen unit trust, selain korang sendiri melabur korang boleh ajak rakan-rakan atau kaum keluarga melabur. Dan korang akan dapat komisen daripada nilai pelaburan mereka.

Nampak tak mainan unit trust nih. Lagi pun nak jadi ejen unit trust ni tak susah le, ambil exam selama 2 jam ( kalau tak silap ) jawab soalan a b c d jer, tak tahu tembak je ler tetapi selalunya soalannya guna lojik jer dan beberapa soalan matematik la.

Tips Unit Trust


Untuk menjadi ejen unit trust ataupun menjadi pelabur yang bijak dalam unit trust nih, korang kena tahu  selok belok unit trust ni ataupun sedikit info pasal unit trust nih:


  • masa sesuai untuk melabur - ini penting ni, jangan main letak je duit tuh untuk melabur. Kena cari masa yang sesuai. Ejen unit trust kena tahu nih bila masa yang sesuai ataupun bila masa yang seakan-akan sesuai sebab nak tentukan masa paling sesuai memang susah le kalau nak tepat-tepat. Kita boleh agak-agak jer tetapi jangan le jauh sangat dengan masa sebenar. Objektik kita nak beli masa harga rendah nak jual pada harga tinggi, baru lah boleh untung kan. Memang masa sesuai melabur unit trust kena tahu.



  • info terbaru unit trust - kita kena tahu kat mana nak dapatkan info terbaru unit trust secara online. Ejen unit trust ni dia ada satu portal yang korang boleh log in dan dapatkan infi terbaru. Juga tersedia komisen dan sale yang pernah korang buat serta nama pelanggan korang. Korang kena pandai guna portal satu nih sebab ini adalah percuma ( kalau tak silap saya le ).



  • cara baca graf turun naik tuh - sekadar tengok je graf tunrun naik, apa barang der. Kena pahami graf tuh, buat analisis supaya kita boleh untung. Bukannya nak biar je pelaburan dalam unit trust berjalan dengan sendiri. Biar je pasaran tentukan, salah tuh. Kita kena tahu bila nak masuk pasaran dan bila nak keluar balik supaya kita boleh memaksimumkan keuntungan kita dan pelanggan.



  • dana mana yang sesuai - setiap pelanggan ada keupayaan kewangan berbeza dan juga umur berbeza. Ini penting untuk menentukan dana mana yang sesuai dengan pelanggan. Dana islamik menjadi pilihan pelanggan Islam tetapi dana islamik ada banyak - mana satu yang bagi untung lebih. Kena tahu nih. Jangan main dengan jer senior unit trust tuh cakap lepas tuh goreng-goreng sikit kat bakal pelanggan. Kena ada etika dan boleh menjawab soalan bakal pelanggan.


public mutual fund price
Panduan unit trust
Adehhh, malas saya nak tulis panjang-panjang. baik korang dapat panduan unit trust bahasa Melayu nih, murah jer harganya dan panduan ni korang boleh guna sampai bila-bila.

Itu pun jika korang serius nak melabur dalam unit trust dan juga nak jadi ejen unit trust yang berjaya. Memang lumayan jadi ejen unit trust nih, ada pangkat-pangkat juga di mana setiap pangkat dapat komisen berbeza.

Ramai dah baca panduan nih, tak baca pun takpe boleh dapat info percuma kat sini tetapi sikit-sikit ler. Kalau ada panduan tuh, boleh baca sekali gus. Kongsi dengan rakan ejen unit trust pun boleh, takde salah.


Tarikh penubuhan dana unit trust public mutual

thumbnail
Dana unit trust public mutual. Kat sini saya nak membincangkan mengenai dana unit trust public mutual sahaja. Dalam  unit trust public mutual terdapat banyak dana yang merupakan produk-produk unit trust yang di tubuhkan secara berperingkat. Bila sesuatu dana habis terjual, dana tersebut akan di tutup untuk di langgan dan tidak akan menerima pelaburan baru untuk dana unit trust tersebut sehinggalah ada pelabur yang menjual dana yang mereka pegang, akan di beli oleh public mutual dan akan di tawarkan kepada pelabur baru. Banyak lagi panduan melabur dalam unit trust di Malaysia yang boleh di pelajari.

Terdapat beberapa kategori dana dalam unit trust public mutual iaitu dana ekuiti, dana aset campuran, dana sukuk, dana pendapatan tetap dan dana pasaran wang. Kenapa ada banyak kategori dana? Sebab pelabur mempunyai kemampuan menangung risiko yang berlainan. Ini secara umum sahaja.

Kat blog ini , saya akan hanya membincangkan mengenai dana ekuiti kerana kebanyakkan rakyat Malaysia membeli dana-dana ekuiti.

Bila Dana Unit Trust Di Tubuhkan?


Penting untuk kita mengetahui bila sesuatu dana tersebut di tubuhkan atau mula di jual kerana daripada sana kita dapat melihat rekod keuntungan atau kerugian sesuatu dana dan mendapatkan gambaran lebih jelas tentang prestasi dana walaupan rekod lepas tak menjamin pencapaian semasa.

dana islamik unit trust public mutual
Tarikh penubuhan dana islamik unit trust public mutual
(kredit: publicmutual.com.my)



Lihat pic di atas, ada dana di tubuhkan pada 2003 dan ada yang baru di tubuhkan 2014. Jadi bila nak membeli dana, ejen akan melihat rekod sebelum ini. Untuk dana tahun 2003, sudah tentu ada rekod prestasi sebelum ni, bagus ke tak. Dan bagi dana baru, kita belum tahu lagi macam mana prestasi dana tersebut tetapi dana baru harganya rendah dan ii menjadi tarikan untuk pelabur dengan harapan harga dana tersebut akan terus meningkat.

Nanti saya akan cuba membincang lebih lanjut tentang dana-dana terpilih.