Buat Duit Internet Dengan H12 Media. Di dalam dunia internet ni kan, banyak terdapat program-program buat duit secara online ni dan salah satunya ialah buat duit dengan h12 media. Ada suka h12 media ni dan ada yang tak suka, bergantung kepada objektif masig-masing.
H12 media ni di katakan alternatif kepada google adsense kerana adsense susah nak approve akaunnya, h12 media ni senang sahaja tetapi tetap ada syarat-syaratnya. Syaratnya takde le ketat macam adsense. Boleh di katakan, kalau korang dah ada blog selama 6 bulan tuh, boleh approve le akaun h12 media nih.
Kelebihan Buat Duit Affiliate H12 Media
H12 media ni banyak juga kelebihannya dan ada juga keburukkannya. Kat sini saya kongsikan sikit kelebihannya sahaja h12 media ni:
Akaun mudah di luluskan - nak daftar senang sahaja, tunggu satu hari dah boleh lulus. Lain benar kalau bandingkan dengan adsense ni.
Nak ambil ads senang - yang ni pun senang juga. PIlih ads jenis mana yang korang suka untuk di sesuaikan dengan blog korang dari segi saiz. Warna tak boleh pilih, pilih saiz dan lokasi ads kat mana nak letak, copy paste kod ke dalam blog.
Bayaran USD - sama macam adsense juga, bayaran dalam USD. Takde klik pun boleh dapat bayaran juga sebab h12 ni bergantung juga kepada page impression. Ini kelebihan yang boleh di pertimbangkan. Kalau adsense kena ada klik.
Keburukkan H12 Media
Keburukkan buat duit dengan h12 media pun ada jugak:
Ads tidak sesuai - ads yang keluar tidak sesuai dengan entry kita. Lagi satu ads yang keluar kadang-kadang gambarnya ampun seksi sikit. Kalau untuk blog-blog keluarga tuh memang tak sesuai ads jenis nih. Kita memang tak boleh pilih ads jenis apa yang nak keluar.
Jadi eloklah korang cuba h12 media ni sebagai alternatif kepada adsense. Asyik reject je apply akaun adsense, cuba yang ni pula.
bab keburukkan dia tu lah yang buat aku taknak daftar..hu3
BalasPadamdulu2 ada ads seksi cam tuh, skrg ni dah takde dah.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam