Toyota corolla altis.
Ramai gak sekarang ni guna kereta import seperti Toyota dan Honda. Nak beli
satu hal, satu hal lagi kena fikirkan bajet untuk servis jugak ler. Tetapi masa
bawak memang best berbanding dengan kereta buatan Malaysia.
Keyakinan pun lebih
jugak ler. Bagi yang mampu, kenapa tidak mencuba kereta luar yang performance
nih memang terbaik di jalan raya. Tambah-tambah kalau nak jalan jarak jauh.
Maintain 140km/j dah menjadi satu kemestian baru boleh cepat sampai.
Toyota Corolla Altis Airconds Servis
Nak servis kereta ToyotaCorolla Altis nih tak pasti mahal ke tidak le, ikut kemampuan tetapi biasanya
kalau servis biasa tukar minyak hitam tuh dalam rm230 le habis sekali dengan
filter dan check sana dan check sini.
Kalau boleh dapat
minyak hitam kat luar, boleh servis kat luar jer untuk minor servis tetapi
untuk major servis, saya tak berani takut barang kat luar tiruan. Major servis
baik buat kat ppusat servis Toyota, kos memang mahal. Contohnya servis 80k km,
boleh cecah rm1k lebih sebab bermacam-macam minyak kena tukar sekali gus.
Tetapi saya lebih
yakin le untuk bawak jarak jauh kan sebab pakar yang buat. Macam mana pulak
dengan aircond?
Ikut jadual, dah kena
servis 2 kali tetapi saya tak pernah buat pun ha2. Sekali servis mungkin dalam
rm500-600. Pakai toyota vios murah sikit kot.
Sehingga 130k km nih,
saya belum pernah servis lagih. Ok lah sejuk lagi kata orang tetapi sekali tak
sejuk, banyak keluar duit nih.
3 tahun lebih guna,
tak pernah servis aircond Toyota Corolla Altis nih. Mungkin sebab aircond,
boleh le nak delay2 kan. Kalau rosak pun, panas je ler, kereta masih boleh
jalan lagih.
Kesimpulan, saya tak
pernah servis aircond Toyota Corolla Altis yang dah millage 130k nih dan aircond
masih sejuk lagih.
Next servis mungkin
kena banyak sikit sebab belt dan break pad dah nak kena tukar nih. Setiap satu
melebihi rm300. Jadi nak beli kereta kena fikirkan pasal kos servis juga ya.
Adios.
aircond ni selagi tak rosak ataupun dah tak sejuk..memang kita tak peduli..haha
BalasPadambiasa cam tuh le bro kan... usik kan jadi lain plak.
PadamKeta mahal servis pun memang kena tip top kan
BalasPadamnak konfiden, servis kat pusat servis, kalau nak murah servis kat bengkel lain, upah nyer murah, minyak harga lebih kurang jer.
Padampakai myvi pun dah rm360 service
BalasPadamitu ler, nak hidup rilek n tak bimbang, berbelanja di bwh kemampuan.
Padam