Home » , » Kisah aku dan adsense

Kisah aku dan adsense

Saya dan adsense ni dah agak lama dah ler, hampir berapa tahun eh, aku pun dah lupa, malas nak semak  dalam akaun adsense tuh. Padahal setiap hari aku tengok income adsense, ader le ciput naik sikit-sikit. Saya tak main tarik-tarik trafik dari facebook pun seperti kebanyakkan orang buat.

Saya hanya update blog dan ada le kekawan yang tetap menjenguk blog ni dan kadang-kadang ada yang jumpa blog ni dari google. Setakat ni dah 8 kali saya cashout adsense dan yang ke 9 bakal menyusul sedikit masa lagi,

Pelan-pelan la kata orang, jangan teruja nak cukupkan usd100 tu cepat sangat. Segalanya bergantug pada trafik dan juga keyword yang korang guna. Dan kalau boleh buatlah secara berhemah sebab akaun google adsense tu mahal tuh bro.

Apa yang orang suka buat dengan adsense.


Melalui tinjau dan pembacaan saya, pemain-pemain adsense Malaysia ni  banyak idea dan cara masing-masing untuk meningkat pendapatan adsense - ada cara yang selamat dan ada yang tidak selamat. Ada yang kena banned akaun sampai beberapa kali dan juga membeli atau apply sendiri akaun adsense beberapa kali.

tip buat duit adsense


Nak cepat dapat USD100 - satu gambaran salah untuk yang baru dapat akaun adsense ni, adsense ni lumayan dan senang nak buat duit dengan adsense. Silap tuh, susah jugak nak dapat duit dengan adsense ni tetapi ada pengecualian la. Kalau sekadar blog-blog dipinggiran tuh, memang susah le. Nak dapat USD10 yang pertama pun susah jugak, ambil masa jugak. Kecuali kalau korang dah ada ilmu adsense dan dapat akaun adsense - korang boleh teruskan beraksi la.

Bila dah dapat akaun adsense tu, biasanya korang akan buat experimen tentang lokasi adsense, jenis iklan macam mana nak dapat income banyak dan sebagainya. Korang akan mencari-cari tips buat duit dengan google adsense di blog-blog yang lain. Itulah prosesnya yang akan korang lalui untuk membuat duit online adsense.

Klik ads sendiri - bila korang dah fed up sikit, lambatnya naik USD korang, maka korang akan cuba-cuba klik sekali dua iklan korang sendiri. Hahaha, mestilah sebab lama sangat nak dapat USD10 pertama tuh. Koranga kan klik dan tengok hasilnya.  Ada naik ke tidak. Setakat lokasi Malaysia ni, satu klik tuh takde le banyak sangat walaupun ads itu mengenai insurans atau lawyer ker. memang sikit jer. Tak percaya try le klik.

Tarik trafik dari facebook - dah lama sikit, korang akan cuba tarik trafik dari facebook. Biasanya tarik trafik ke blog-blog niche seperti benda-benda lucu la sebab yang ini orang lain akan suka tengok dan sesuai dengan semua orang. Samapai satu-satu masa tuh ada 400 user sedang buka blog korang, menarik bukan. Aktiviti ini akan berterusan sampailah akaun adsense korang kena banned oleh google. Dan korang akan buat atau beli akaun adsense lain plak. Begitulah seterusnya.

Yang bijak sikit, sewa facebook fan page - ini pun untuk tarik tarfik daripada facebook juga lah, Bayar le kat owner fan page, rm300 semingug ker untuk post kat page tersebut. Ini untuk tarik trafik le tiada benda lain. Betul memang boleh tarik trafik tetapi kena bekerja kan dan ada kosnya kena bayar.

Tukar IP US dan klik ads sendiri - yang ni pun ada gak yang cuba. Log out dari akaun adsense dan tukar ip ke US sebab kalau klik dari US, satu klik tu mahal harganya. Macam mana nak tukar IP ni bro? Korang boleh guna ZenMate. Senang je download, lepas tuh on dan pilih nak ip negara mana. Hari pertama oklah sebab google tak boleg detect lagih, hari kedua sia-sia je kerja korang tuh. Google ni bijak ooo.

Cara terbaik jana pendapatan adsense


Buat niche blog dan popularkan blog tersebut. Susah tu nak popularkan blog, makan masa jugak tuh kan sebab banyak benda nak kena belajar termasuklah SEO dan sebagainya.

Cam mana? Nak jugak buat duit dengan adsense? Kalau nak jugak, korang boleh belajarlah daripada otai-otai adsense ni supaya korang boleh pendekkan masa untuk menimba pengalaman menimba ilmu mengenai adsense.

[+] Belajar adsense dengan otai adsense.

Semoga berjaya.


Terima kasih kerana membaca Kisah aku dan adsense. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan