Ikan Bakar Malim - Tempat Makan Di Melaka. Restoran ikan bakar ni agak famous di
Melaka yang terletak di kawasan MITC Melaka berdekatan dengan Mydin Mitc
Melaka. Restoran ikan bakar ini menyediakan makanan tengahari untuk anda semua
dan terletak di lot kedai hujung ( corner lot ), nak parking pun senang.
Di Restoran Ikan Bakar Malim ni, terdapat bilik hawa dingin
dan tempat makan biasa yang ada kipas – cuaca panas sekarang baik anda guna
bilik hawa dingin.
Hidangan istimewa di sini ialah ikan bakar. Di samping itu
juga di sediakan juga menu-menu lain dan pelbagai jenis lauk pauk tetapi
pastikan anda tidak membazir.
Restoran Ikan Bakar Malim |
Jika anda daripada tol Ayer Keroh, terus menuju ke Bandar Melaka
hinggalah anda Nampak Mydin mitc di sebelah kanan anda. Trafik light, pusing
kanan menuju ke mitc Melaka hingga jumpa round about dan ambil simpang pukul 12
( jalan terus ) hingga anda Nampak Malim Ikan Bakar di sebelah kiri anda.
Senang sahaja nak cari tempat makan seperti restoran ikan
bakar ni.
Untuk makan malam, saya tak pasti kedai ikan bakar Malim ni
buka ke tidak tetapi untuk luch terbaik lah kat sini. Ramai kekawan orang
Melaka yang rekemen kedai makan ini. Lagipun lokasinya senang sahaja nak cari
dan dekat dengan tol sahaja.
Banyak ikan bakar dan best |
Jika menginap di mana-mana hotel atau resort di Melaka untuk melihat tempat-tempat menarik di
Melaka ni, untuk makan makan saya sangat cadangkan anda makan di Restoran IkanBakar Parameswara di Umbai. Kalau dari Ayer Keroh, perjalanan akan mengambil
masa 20-30 minit. Guna waze jika belum biasa dengan jalan-jalan di Melaka.
Untuk Kedai Malim Ikan Bakar ni, saya rasa harganya mahal
sedikit untuk makan tengah hari. Jadi semasa mengambil makanan, awas dengan
bajet anda.
sedapnya ikan bakar
BalasPadamyang ni memang baik, rempah tu yg best.
Padam