Home » , , » Pendapatan Ke 12 Adsense Dan Invalid Traffic

Pendapatan Ke 12 Adsense Dan Invalid Traffic

Pendapatan Ke 12 Adsense Dan Invalid Traffic. Saya benda yang best kalau main dengan adsense ni ialah setiap hari anda akan dapat pendapatan tetapi min untuk dapat payment ialah USD100. memang setiap hari ada income dari adsense samada banyak atau sikit sahaja la.

Lain pula kalau anda main  produk affiliate sahaja. Sekali dapat sale memang banyak tetapi tidak setiap hari anda akan dapat sale kan. Jadi untuk memaksimunkan pendapatan secara online melalui blog, anda kena gabungkan kedua-duanya sekali iaitu buat duit dengan adsense dan juga melalui pemasaran produk affiliatte seperti ashadee.

Nak gunakan kedua-dua medium mencari duit secara online ni tidak susah tetapi untuk menarik trafik ke blog itu lagi susah dan memerlukan usaha yang berterusan dan paling penting jangan berputus asa sebab pendapatan online ni ada naik dan turunya.



Pendapatan Ke 12 Adsense


Untuk memotivasikan anda semua, saya kongsikan pendapatan ke 12 daripada google adsense saya. Payment belum masuk lagi tetapi angka-angka duitnya sudah ada dalam akaun adsense seperti di bawah:

pendapatan adsense may 2015
Sudah pasti orang lain lagi banyak dan sudah pasti juga tidak ramai yang berjaya mendapat duit dari adsense setiap bulan kan.

Bulan lepas, saya juga telah mendapat payment dari adsense dan dah habis pun - pendapatan adsense ke 11. Seronok juga main-main dengan adsense ni walaupun kadang-kadang hampir putus asa kan. Disebabkan duit dalam akaun meningkat setiap hari, itu yang memotivasikan saya dan anda untuk bermain dengan adsense ni.

Tidak mudah sebenarnya nak buat duit dengan adsense. 2-3 bulan yang lepas, saya perhatikan ramai yang baru mendapat akaun adsense tetapi ramai juga yang berputus asa kerana menyangka melalui adsense mudah untuk mendapat duit - teori yang salah. Anda kena belajar dan baca tip-tip dapat duit dari adsense ni untuk mendapat pulangan yang setimpal dengan usaha anda.

Cuba bayangkan, iklan adsense dalam blog anda. Daripada blog yang bersih dari iklan tetiba ada 3 iklan adsense tetapi tiada income. Sudah tentu anda terfikir-fikir baik buang je iklan adsense ni - menyemak sahaja dan income tiada. Saya rasa ramai yang berfikir macam tuh. Sabar bro. Tidak mudah nak senang.

Adsense Invalid Traffic


Dan satu yang baru juga dalam akau adsense saya ( juga rasantya rakan-rakan adsense yang lain ), terdapat satu remark dalam akaun adsense terbaru - Adsense Invalid Traffik seperti gambar di bawah:

adsense invalid traffik for content

Nanti saya kongsikan kesannya kepada pendapatan adsense anda sama ada kesan buruk atau tiada kesan kepada pendapatan adsense anda.

Nasihat saya kepada rakan-rakan adsense yang baru menceburkan diri dalam adsense - apa-apapun perlu ada ilmu. Kita nampak macam senang je nak set up dan ambil kod adsense letak dalam blog tetapi iklan banyak tak guna juga kalau tiada klik. Yang ni kena usaha atau cuba jaya ataupun dapatkan mentor adsense untuk turunkan ilmu kepada anda. 

Kalau ada mentor adsense, anda boleh short cut dalam belajar adsense dan seterusnya boleh turunkan pula ilmu tersebut kepada rakan-rakan yang lain.

[+] Belajat Buat Duit Dengan Adsense Youtube




Terima kasih kerana membaca Pendapatan Ke 12 Adsense Dan Invalid Traffic. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



8 Komen:

  1. terbaiklah....aku tak lulus2 lagi apply adsense...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabo2, lama2 nanti boleh lulus tuh.

      Padam
  2. adsense..memang klik main peranan. takde klik..kurang la hasilnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hari2 mau kena ada klik, kalu trafik tinggi lagi le best

      Padam
  3. Samalah ngan aku. Masih gagal untuk apply adsense :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn sedih2, ada akaun adsense tu hanya langkah permulaan, masih byk lagi kena buat utk dapat USD10 yg pertama.

      Padam
  4. Sabo.... sabo...... saya pun tak lepas lepas lagi apply adsense walaupun dah lama berblog.... hubby saya yang baru setahun buat blog pun dapat adsense huhu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. konsistan update blog, insyaallah akan dapat akaun adsense tu.

      Padam