Home » » Dot com atau dot org? Mana lagi sesuai?

Dot com atau dot org? Mana lagi sesuai?

Kebiasaannya ramai blogger akan memulakan blog dengan mengguna nama domain percuma seperti blogspot.com. Setelah dah biasa menggunakan nama blogspot.com ni, dan mulalah berjinak dengan membeli nama domain yang sesuai seperti .com dan .net.

Tahukah anda, sekarang ni populariti .org sedang meningkat kerana bila anda menggunakan .org nampak blog atau website anda lebih dekat dengan masyarakat. Kalau .com tu lebih kepada nama syarikat kan.

Kalau dulu memang .com yang mendahului, sekarang telah di cabar oleh .org. Serentak dengan itu, kami telah membeli satu lagi nama domain untuk menambahkan lagi keseriusan kami dalam aktiviti blogging.

Kenapa perlukan nama domain berbayar?



Nama domain memang kena bayar. Kalau guna blogspot.com, kita hanya perlu beli nama domain sahaja, hosting tidak perlu. Itu yang bestnya blogspot.

Kenapa kita perlukan nama domain sendiri sedangkan gunakan blogspot dah ok dan percuma lagi?

Nampak lebih profesional - iya blog anda akan nampak lebih profesional dan lebih senang untuk terima iklan daripada pengiklan. Lagipun nama domain ni takde la mahal sangat, kalau tahun pertama, bawah rm20 boleh dapat jika menggunakan kupon diskaun.

daftar nama domain

Lebih serius - kalau ada nama domain sendiri, anda akan lebih serius untuk kekalkan blog anda. Anda juga lebih bermotivasi dalam blogging.

Nama domain tidaklah mahal - iya tak mahal. Kalau dulu kami beli nama domain encikarman.com tidak sampai rm10 ringgit untuk tahun pertama. Tahun kedua harga dah naik, tak silap rm50 ringgit tanpa guna kupon. Semalam kami beli nama domain baru untuk blog baru hanya rm19.55 ringgit. Pembayaran adalah menggunakan kredit kad visa atau mastercards di godaddy.com


Tetapi ramai juga blogger yang hanya mengguna blogspot.com tetapi boleh popular. Pada pendapat kami, anda biasakan dulu dengan nama domain percuma dan bila anda sudah ready untuk lebih serius, anda belilah satu nama domain.

Tetapi kalau anda tunggu lama sangat, nama domain yang anda hendak daftar mungkin telah di gunakan oleh orang lain.



Terima kasih kerana membaca Dot com atau dot org? Mana lagi sesuai?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



1 Komen: