Home » » Betul ke jika melabur dalam emas menguntungkan?

Betul ke jika melabur dalam emas menguntungkan?

Melabur dalam emas. Satu ketika dulu, pelaburan dalam emas kecoh sekejap. Mungkin ramai tukang-tukang promosi yang boleh di dapati di kalangan kawan-kawan kita, Tetapi selepas beberapa ketika, betul ke mereka telah beroleh keuntungan di atas belian dan simpan emas dalam pelbagai bentuk ni seperti jongkong emas dan bar emas.

Saya dari dulu tak percaya benda-benda macam ni. Bukan sebab saya ni tertutup minda tetapi saya tak nampak jelas macam mana jual beli emas ni. Tambah-tambah kalau urusan di lakukan oleh persendirian, memang lagilah saya cuba jauhkan.

Tetapi dalam kejatuhan nilai ringgit sekarang ( bukan ringgit sahaja, beberapa mata wang lain juga jatuh ), ramai berpendapat jika anda beli emas boleh untung, betul ke?

Kejatuhan ringgit dan pelaburan emas


Dalam kejatuhan ringgit sekarang, tambah lagi oleh persepsi negatif terhadap ekonomi dan kestabilan negara, ramai yang mencadangkan membeli emas.

Boleh beli emas tetapi anda kena pertimbangkan beberapa perkara dahulu:

Jika anda nak tahu bagaimana pelaburan emas ni di jalan, anda boleh baca strategi pelaburan emas.

Emas yag di beli adalah betul-betul tulen. Jangan terlalu ghairah melabur dalam emas hinggakan sanggup berurusan dengan syarikat yang tidak berlesen khususnya emas yang di jual tetapi tidak boleh di buka daripada sampul ataupun bar code nya. Bimbang takut emas ni palsu iaitu di luar nampak macam emas tetapi di dalam bukan emas.

pelaburan emas

Hakikatnya emas sukar untuk di jual semula dengan harga yang baik. Jadi semasa beli emas, jangan buat pinjaman ataupun gunakan duit yang di simpan untuk kegunaan masa terdekat.

Beli emas tanpa tangguuh bayaran ataupun penerimaan kerana ini adalah riba.

Bar emas susah nak simpan dan susah untuk di jual kembali.

Sewaktu beli dan jika ingin jual semula sebelum tempoh 2 tahun, pastikan anda sudah tahu di mana nak jula dengan harga yang baik. Jika di jual kepada penjual semula, margin  keuntungan yang di ambil oleh ereka sangat tinggi dan ini merugikan anda.

Ada pendapat mengatakan, membeli lembu lebih bagus daripada membeli emas untuk pelaburan? Betul ker beli lembu lagi untung ni.



Terima kasih kerana membaca Betul ke jika melabur dalam emas menguntungkan?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan