Home » , » Kata-kata motivasi supaya rajin promote produk affiliate

Kata-kata motivasi supaya rajin promote produk affiliate

Buat duit dengan produk affiliate. Memang ramai yang mencuba buat duit dengan affiliate tetapi tidak ramai yang berjaya. Kenapa? Ini yang menjadi persoalannya. Kena cuba banyak cara sehingga anda akan jumpa yang sesuai dengan anda. Sekarang lagi senang, dah ada facebook.

Biasanya blogger mula-mula buat blog atau ada blog, akan letak iklan seperti Nuffnang kerana ingin mencuba sebab ramai yang guna iklan ini. Bagi saya. Nuffnang hanya sesuai untuk mereka yang famous secara online samaada melalui media sosial - facebook ataupun melalui blog sebab job berbayar yang mereka dapat agak masyuk.

Kalau nak harapkan orang klik iklan banner kat blog, memang lambat dapat hasil ( tetapi walaupun lambat, dapat juga ). Untuk permulaan ok la - belajar untuk buat duit dengan iklan kat blog. Sampai satu tahap, anda akan berfikir dan terasa boring pula layan Nuffnang ni. Saya kira ramai yang berfikir macam ni setelah tukar-tukar lokasi Nuffnang, tapi hasilnya mengecewakan kerana trafik blog anda rendah.

Buat duit dengan produk affiliate


Maka anda akan cari alternatif buat duit online dengan benda lain, cuba lah ashadee.com di mana anda promote produk orang lain - produk digital ( biasanya ) dan anda akan dapat komisen dari setiap sale yang di buat.

Orang kata, kita kena melabur dulu sebelum dapat hasilnya? Iya ke tu? Saya rasa tidak semua tetapi kita kena tahu cara dan teknik untuk promosi produk affiliate barulah kita boleh menjana duit affiliate dengan blog secara konsistan.

Bayangkan kalau satu-satu produk harga rm50, komisen 50% maka anda akan dapat rm25 kan. Kalau berbanding dengan Nuffnang, berapa lama anda boleh dapat rm25 tu? Sudah tentu memakan masa yang lama - bagi blogger baru dan trafik tak tinggi.

komisen affiliate online

Jika kena caranya, lebih berbaloi jika anda promote produk affiliate berbanding dengan letak iklan seperti Nuffnang - bagi saya la. Setiap orang berbeza keadaannya.

Jika anda serius untuk buat duit dengan affiliate, anda tontonlah video jana wang dengan affiliate ini. Memang banyak membantu sebab yang buat video ni pun bukan calang-calang orangnya.

Semua orang boleh buat duit dengan affiliate ni, cuma kena tahu caranya.



Terima kasih kerana membaca Kata-kata motivasi supaya rajin promote produk affiliate. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



6 Komen:

  1. ada cadangan x nak promosikan produk affilate ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. encikarman.comIsnin, Ogos 24, 2015

      kalau stail saya le, 2 kaedah saya gunakan. Satu ttulis review dan satu lagi promote kat fb - boleh bagi link direct atau bagi link post review. jangan kerap sangat bagi link tu.

      Padam
  2. masih belajar affiliate ni. baru sekali dapat komisyen. tapi masih belum cukup untuk payout :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. encikarman.comIsnin, Ogos 24, 2015

      kalau bro dah dapat sekali, nasihat saya ialah banyakkan review lagi produk tersebut sebab bro dah pegang keyword produk tu.

      Padam
  3. huhu..baca ni mmg bg motivasi kat jie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. encikarman.comIsnin, Ogos 24, 2015

      Jie, kalau seriuas nak buat duit dgn affiliate - buat review ( jgn lupa keyword, boleh semak kat keyword planner).

      Padam