Buat duit dengan affiliate Jobdirumah Ogos 2016 - RM850

thumbnail
Terdapat banyak cara untuk buat duit secara online ni dan cara yang saya suka ialah buat duit dengan program adsense dan juga affiliate. Adsense ni caranya mudah sahaja. Letak iklan adsense di blog dan bayaran akan di terima setiap kali ada visitor yang klik iklan tersebut. Itu secara umum sahaja la. Banyak lagi anda kena tahu pasal tips adsense ni jika anda serius nak buat duit setiap bulan dengan adsense.


Melalui affiliate pula, yang paling saya suka ialah jobdirumah. Jobdirumah ni menyedia dua jenis cara untuk menjana duit iaitu dengan mempromosikan program affiliate jobdirumah dan juga turut serta buat kerja dari jobdirumah. Ini sesuai yang berbeza tetapi kedua-duanya boleh menghasilkan duit kepada anda semua.

Pendapatan affiliate Klikjer dari Shut Network

thumbnail
Adakah affiliate telah mati? Adakah affiliate telah berkubur? Mungkin ramai yang tertanya-tanya kan. bagi saya buat duit online melalui affiliate masih valid lagi di Malaysia. Dengan kata lain, kita masih lagi boleh buat duit dengan affiliate tetapi tidak semua affiliate boleh mendatangkan hasilkan kepada kita. Setiap affiliate memerlukan pendekatan yang berbeza-beza. Hanya mereka yang telah berjaya menjana income dengan affiliate tersebut memahami cara yang betul untuk menjana pendapatan dengan affiliate.

Sebagai contoh, jika anda berminat untuk menjana pendapatan berterusan dengan affiliate jobdirumah, anda bolehlah follow mereka yang telah berjaya. Dan untuk pengetahuan anda, bagi saya affiliate jobdirumah adalah yang terbaik pernah saya join kerana menjanjikan pendapatan bulanan yang masyuk. Tetapi untuk mendapat kedudukan seperti itu, banyak usaha keras diperlukan pada awalnya.

Pendapatan affiliate Klikjer dari Shut Network


Selain jobdirumah, jika anda masih mencari-cari penyedia affiliate mana yang berpotensi untuk menjana wang, anda boleh cuba Klikjer.com daripada Shuth Network. Satu nama besar dalam indusri online di Malaysia. Tetapi memang boleh mendapat duit ke dengan affiliate klikjer ni?


buat duit affiliate
Boleh, memang boleh. Ini notis bayaran payment dari affiliate klikjer yang baru sahaja saya terima hari ini 5/9/2016. Tetapi bukan mudah. Potensi tetap ada. Apa yang saya buat untuk mendapat komisen dari affiliate klikjer?

Daftar percuma affiliate klikjer

1. Hubungi  klikjer - ya, saya email klikjer bertanyakan produk mana yang menghasilkan sale yang tinggi. Shuth ada bagi saya 3 produk yang saya kira terbaik untuk saya promosikan.

2. Tulis 5 post tentang produk ini dan saling link dalaman antara satu sama lain.

Itu sahaja. Anda pun boleh buat cuma rajin dan malas sahaja kan.

Buat duit dengan affiliate rahsiauber - payment ke 3 - 5

thumbnail
Kali ni saya nak bercerita sikit dengan affiliate agak baru juga iaitu rahsia uber - buat duit dengan rahsia  uber. Sekarang ni kan, ramai yang daftar jadi pemndu uber di Malaysia, juga grabcar. Nak daftar jadi pemandu uber ni senang sahaja, boleh settle secara online sahaja tanpa perlu pergi ke pejabat atau kiosk uber. Saya ada berkongsi tentang cara daftar pemandu uber dalam past saya yang lepas. Nak daftar dengan grabcar leceh sikit. Boleh di lakukan secara online termasuk training online ( kena jawab soalan ) dan upload dokumen macam uber. Tetapi dokumen kena verify oleh pihak grabcar. Maknanya kena jumpa dengan pihak grabcar jugak lah sama ada di pejabat grabcar atau pun di kiosk sahaja.

Payment komisen affiliate kerja part time di rumah jobdirumah May 2016 - RM1100

thumbnail
Ramai orang buat kerja dari rumah lah, termasuk jugak lah saya. Kali ni saya nak kongsikan sikit tentang payment komisen affiliate kerja part time di rumah jobdirumah untuk bulan May 2016. Ada peningkatan ketara pendapatan affiliate jobdirumah untuk bulan ni berbanding bulan lepas. Kalau komisen kerja sambilan di rumah April 2016 ialah sebanyak rm675, tetapi untuk bulan May dah melebihi rm1000 komisen yang saya terima.

Walaupun pihak jobdirumah ni bayar lambat komisen affiliate ni, tetapi boleh la tahan. Berbaloi untuk di tunggu bayaran komisen affiliate jobdirumah kali ni. Bayangkan minggu ke2 baru masuk bayaran komisyen ni. Adeehhh, mungkin banyak kerja pihak jobdirumah nak mengira duit ke akaun-akaun sahabat yang juga menerima bayaran komisen untuk bulan lepas.

Bayaran payment komisen affiliate Rahsiauber ke 1 dan ke 2

thumbnail
Anda pasti pernah dengar tentang Uber bukan? Ataupun grabcar. Sekarang kedua-dua tengah meletop di bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Penang kerana perkhidmatan uber dan grabcar hanya aktif di bandar-bandar tersebut. Dan saya juga tidak ketinggalan mendaftar dengan uber untuk menjadi driver uber. Senang nak nak daftar jadi pemandu uber ni atau lebih tepat lagi uber partners driver, secara online sahaja tetapi kena sediakan dokumen yang di perlukan. Kenapa uber ni meletup? Adakah uber vs taxi mana lagi bagus?

Oh ya, uber menyediakan perkhidmatan di mana rider / penumpang boleh minta kereta uber datang ambil mereka di satu-satu lokasi melalui aplikasi uber. Uber partners driver pula akan menerima notis permintaan daripada rider / penumpang melalui uber partner app. Kedua-dua app ni adalah berlainan tetapi saling menghubung. Untuk menjadi uber partners, kena daftar dulu dengan uber dengan syarat-syarat yang mudah terutamanya kereta tak boleh lebih dari 8 tahun umurnya.

Komisen kerja sambilan jobdirumah April 2016 - RM675

thumbnail
Semalam rakan-rakan yang buat kerja sambilan di rumah happy. Komisen jobdirumah dah masuk, termasuklah saya juga. Best juga buat duit dengan affiliate jobdirumah ni. Memang menjadi kalau kena gayanya. Ni nak citer pasal komisen kerja sambilan jobdirumah la nih. Komisen bulan lepas, April 2016 sebanyak RM675. Tapi tak boleh lawan lagi komisen Adsense ni.

Jobdirumah ni makin menarik. Sebab komisen yang saya dapat makin naik. Komisen jobdirumah bulan lepas RM400, bulan ni ada naik sikit. Saya tahu caranya. Saya tahu apa yang telah saya buat di dalam mempromosikan affiliate jobdirumah ni. Saya kongsikan dan saya tak nak makan sorang-sorang. Saya dah kongsikan cara promosi affiliate jobdirumah sebenarnya dalam artikel yang lepas.

Ranking Terakhir Ashadee dan Tip Pemasaran Affiliate

thumbnail
Saya belum jumpa lagi pengganti ashadee ni setelah penyedia affiliate ni di tutup. Masih boleh login ke ashadee tetapi segala aktiviti tak boleh buat. Hanya boleh tengok ranking untuk tahun 2016 sahaja - ranking terkahir ashadee.

Mungkin dah ada sahabat-sahabat affiliate yang sudah jumpa affiliate yang baru sebagai pengganti ashadee. Ambil masa untuk promosi sesuatu produk baru di dalam penyedia affiliate yang baru. Begitulah berkahirnya salah satu affiliate menjana duit online di Malaysia 2016.

Saya berfikir, sudah tentu mereka yang konsistan dapat duit dari affiliate ni tengah mencuba cara-cara baru untuk menjana duit secara part time atau full time. Dan salah satu cara untuk buat duit dari rumah secara part time / sampingan ialah dengan kerja part time online JObdirumah.

jana duit online affiliate


Tip Pemasaran Affiliate


Antara tip pemasaran produk affiliate ialah:

1. guna email marketing - teknik ini memang power kerana mereka yang subscribe sudah t entunya kumpulan sasaran produk tersebut. Jadi salenya tinggi berbanding dengan bilangan user yang mendaftar. Anda boleh cuba tool email marketing percuma ni.

2. satu blog untuk satu produk - Mustahil? Tidak mustahil. Ramai blogger yang buat macam ni terutamanya untuk produk seperti jobdirumah. Anda pun boleh buat. Hanya guna keyword tertentu untuk blog niche ni. Memang boleh dapat ranking tinggi kat google. saya dah siapkan beberapa blog untuk menfokus ke affiliate tertentu sahaja dan hasilnya luar biasa.

3. Tulis beberapa review untuk produk affiliate yang sama. Perbanyakkan keyword dalam post dan gunakan google keword planner sebagai tempat untuk ambil keyword.

Semoga bermanfaat.

Perniagaan tanpa modal

thumbnail
Perniagaan tanpa modal? Ada ke perniagaan tanpa modal? Secara realitinya tiada, memang kena guna modal juga walaupun sedikit kan. Modal mungkin dalam bentuk wang tunai, mungkin dalam bentuk tenaga empat kerat anda atau pun masa anda.

Salah satunya ialah dengan menyertai program affiliate la. Yang ni memang seronok jika hanya anda telah mendapat hasilnya dan boleh di katakan anda buat duit dari rumah sahaja lah samada ada pendapatan sampingan atau pun tidak. Macam berniaga dari rumah yang ramai orang buat tu.

Minggu lepas di gemparkan bahawa top affiliate programs di Malaysia akan menutup operasi. Sangat mengejutkan dunia buat duit online. Tak sangka juga la walaupun banyak sale dan komisen daripada ashadee.com akhirnya tutup juga. Kalau di berikan kepada org lain untuk maintain, rasanya ramai yang nak.

Komisen masih utuh


Walaupun berita penutupan top affiliate program belum reda, sale masih ada dan komisen tetap unggul.


buat duit dengan affiliate


Boleh la sikit-sikit kan. Lepas ni tak tahu la lagi nak main dengan affiliate mana. dengar cite buat duit dengan affiliate Lazada pun boleh juga. Kena lebih serius ni. Sebelum ni saya dah banyak kali dapat duit dari Lazada dengan sale-sale yang hebat  terutamanya semasa Lazada sale.

Mungkin boleh fokus ke Lazada pula.Tetapi yang pasti, pasti ada pengganti ashadee ni, tunggu dan lihat sahaja nanti.

Komisen affiliate ashadee.com terakhir 2015

thumbnail
Telah berlegar-legar di kalangan blogger yang buat duit dengan affiliate ashadee tentang penutupan ashadee. Sepenuhnya penutupan ashadee pada bulan march 2016 merupakan satu hentakan yang kuat kepada penjana duit secara online terutama dengan ashadee kerana ashadee merupakan pelopor atau top affiliate di Malaysia ( betulkan jika saya silap ).

Dengan penutupan ashadee ni, ramai yang tercari-cari peluang untuk buat duit dengan affiliate dalam bentuk menjual produk informasi seperti ebook. Dalam ashadee terdapat banyak kategori ebook yang boleh anda pilih dan di tulis oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang tersebut.


Komisen affiliate ashadee terakhir 2015?

jana duit dengan affiliate

Dengan berita ini, kita ada dua pilihan samada:

1. nak promosikan kau-kau produk ashadee sebelum penutupannya dengan harapan banyak sale di jana dan komisen yang diperolehi meningkat.

2. terus beralih ke penyedia affiliate yang lain seperti klikjer.com ( salah satu penyedia affiliate yang kedua selepas ashadee di Malaysia ( bagi saya ).

Ini merupakan satu peluang keemasan untuk klikjer melangkah lebih jauh dan menyediakan platform yang lebih mesra pengguna. Dengan perpindahan ramai-ramai penjana duit online ke klikjer.com buat masa ini, akan meningkat lagi persaingan di dana.

Selain itu, kita boleh juga fokuskan ke jobdirumah ( sebuah portal untuk buat duit dari rumah ) di mana komisennya tidaklah menyecewakan.

Paling tidakpun, join lah contest review yang sentiasa di buat oleh blogger.

Buat masa ini, saya pun akan lebih menumpu ke sana dan sudah tentulah banyak kerja rumah kena buat untuk bersaing dengan entri atau review yang telah di rank oleh google.

Jom kita teruskan usaha, jangan putus asa untuk buat duit secara online secara part time atau full time.

Best affiliate program

thumbnail
Ramai yang tahu tentang affiliate program tetapi ada juga yang tak tahu. Biasanya blogger akan tahu tentang affiliate programs sebab sudah biasa tengok di blog dan sebagainya, Memang di akui program affiliate ditakuti bagi mereka yang tak pernah join sebab meraka menganggap affiliates ni adalah sama dengan MLM - MLM mempunyai rekod yang buruk pada tanggapan umum tetapi tidak kepada mereka yang join MLM ni.

Affiliate network ni bukanlah sama dengan program MLM, lain sebenarnya. Affiliate marketing ni tidak mengkayakan mereka yang di atas tetapi memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang menghasilkan sale dari affiliate marketing yang mereka lakukan. Lihat sale pertama affiliate yang saya dapat untuk menaikkan motivasi anda.

Contoh affiliate websites yang menyediakan affiliate advertising seperti ini ialah ashadee.com dan ramai telah mendapat pulangan make money online dengan top affiliate programs ini.

Affiliate products


Saya cuba khususkan untuk ashadee untuk entri kali ni. Banyak produk dalam ashadee ni dan produknya ialah informasi. Panduan dan tip yang di berikan dan memang di perlukan oleh kita semua sebagai pengguna.

best affiliate program


Sebagai contoh, ada ebook tentang resipi masakan, tentang hartanah, info unit trust, produk-produk kesihatan pun ada hinggalah kepada cara pemasaran online.

Memang produk-produk ini panas di pasaran dan info yang dikongsikan oleh mereka yang berpengalaman ni sangat berbaloi untuk di milikki.

Top affiliate programs: ashadee.com

Jadi, kita ambillah kesempatan ini untuk mempromosikan affiliate sites ini da mendapat komisen yang berpatutan. Lagipun, cara-cara untuk mempromosikan juga telah di sediakan oleh pemilik affiliate site ashadee ni. Anda boleh rujuk dan amalkan seperti yang di tunjukkan.

Top affiliate programs


Sudah tentu saya akan cadangkan untuk anda semua affiliate websites ashadee. Kenapa? Kerana dah ramai berjaya mendapat hasilnya. Saya pun mula-mula dah join dan cuba pelbagai jenis affiliate network tetapi ternyata ashadee juga terbaik.

Anda boleh cuba. Sebagai permulaan, anda fokusnya untuk satu produk sahaja dulu. Promosi habis-habis. Bila dah dapat sale, janga berhenti promosi, teruskan juga biar anda sudah pegang keyword untuk produk tersebut.

Nampak tak, kat sini lah kekuatan. Anda akan dapat sale daripada produk yang sama berulang-ulang kali. Menarik bukan. Bila dah affiliate business ni dapat menjana income bulanan anda secara part time, best kan. Duit percuma dan senang jika anda sudah tahu caranya.

Jom mulakan, jangan bertangguh lagi sebab semuanya percuma sahaja.

Lazada affiliate online revolution 2015

thumbnail
Lazada merupakan salah satu penyedia tempat untuk kita membeli belah secara online. Secara peribadi, saya pun pernah beberapa kali shopping kat lazada ni memandangkan senang nak bandingkan harga barang dan produk, tiada yang terselindung sebab harga telah di paparkan dengan jelas.

Selain tempat membeli barang, lazada juga menyediakan dua lagi peluang kepada orang ramai untuk sama-sama buat duit secara online melalui Lazada. Macam mana tu? Satu ialah dengan menjual produk di Lazada dan satu lagi menyediakan affiliate program untuk buat duit secara online bagi blogger dan juga yang tiada blog ( guna media sosial pun boleh ).

Lazada affiliates online revolution


Sepeti tahun-tahun lepas, Lazada akan mengadakan jualan terbesar setaip tahun, biasa tarikh seperti 11.11 dan untuk tahun ni, jualan hujung tahun Lazada akan di mulakan pada 11.11.15. Mengikut pengalaman saya yang lepas, harga lebih murah dari biasa dengan pengunaan kupon diskaun Lazada yang di berikan.


lazada affiliate

Masa paling sesuai untuk membeli barang idaman anda ialah pada pukul 1 pagi pada 11.11.15 apabila jualan ini telah mula. Bila sampai pukul 8 pagi, sale berjalan seperti biasa tetapi tidak sebanyak awal-awal pagi.

Selain itu, Lazada juga menjemput mereka yang join affiliate Lazada untuk turut serta di pelancaran Lazada Online Revolution ni. Jadi boleh lah kalau nak kenal-kenal mereka yang berjaya dalam affiliate Lazada dan mencuri tips pemasaran affiliate daripada mereka.


Bila masa sesuai nak buat duit online?

thumbnail
Soalan ini sering di tanya oleh rakan-rakan affiliate. Bila masa sesuai untuk buat duit online? Bila agak-agaknya ya.

Satu lagi soalan famous, macam mana nak buat duit dengan affiliate. Tang ni pun ramai gan yang tanya dan emailkan. Alasannya sebab newbie dan baru berjinak-jinak dengan affiliate. Dan minta tunjuk ajar.

Rasanya dah banyak saya menulis dan berkongsi mengenai buat duit dengan affiliate ni tetapi soalan-soalan macam ni saya kena layan juga sebab tak mahu mematahkan semangat mereka yang baru menceburi bidang buat duit online. Jangan le buat eksyen pula ya.

Kalau nak ikut cara saya, memang masuk sale tak berapa banyak la tetapi ada lah sikit-sikit. Boleh la kan masuk ranking affiliate tuh. Tapi yang bestnya pasal affiliate ni, walaupun saya tak menulis atau buat blog post, sale tetap masuk juga. Nampak kan kelebihan affiliate ni.

Dah macam income pasif pun ada, itu yang bestnya pendapatan online ni. Tak kira masa, kalau nak masuk sale tuh, masuk jugak.

Tapi masuk takde le banyak kan...


pendapatan affiliate


Apakah persediaan anda untuk be;ajar buat duit online ni? 


Ke takde persediaan langsung?

Bagi saya le, tak perlu persediaan untuk macam beriya-iya sangat. Cukup sekadar ada lap top dan smabungan internet. Kalau takde internet, pergi le lepak kat mamak, internet pun laju kan. Lap top kena ada la, spec rendah pun takpe.

Paling bagus anda kena start sekarang. Start buat sekarang, sambil buat sambil belajar. Cara ni yang amalkan termasuklah saya sendiri. Buat dulu dan perbaikki sikit-sikit. Lama-lama kan jadi terror.

Kalau anda tak faham juga, anda boleh baca ebook yang percuma ataupun yang berbayar. Banyak ada cuba lah google. Mereka yang berjaya buat duit internet pun banyak membaca juga kalau tak macam mana boleh tahu caranya kan.

Yang percuma dan berbayar, dua-dua boleh pakai cuma kalau yang berbayar ni, ebook dia lebih tersusun, padat dan banyak gambar-gambar serta langkah demo langkah. Anda tidak akan keliru separuh jalan, semua di terangkan. Tetapi kena tengok juga siapa penulisnya. Biasanya mereka yang tulis ebook ni dah ada banyak pengalaman. Mereka luahkan dan kongsi pengalaman mereka terutama tip-tip yang mereka amalkan.

Saya cadangkan, kalau nak belajar buat duit dengan affiliate, belajar dengan Reezluv.

Ebook rahsia klikjer ni memang terbaik untuk saya dan juga mungkin untuk anda.

Daripada anda tak mula apa-apa lagi, lebih baik anda mula sekarang dan menjawap kepada soalan tajuk post ini, jawapanya ialah sekarang.

Kalau anda tak nak mulakan lagi, baik anda menghadap facebook je ler, layan status dan video gelak ketawa tu dan tak dapat apa-apa. Kalau anda kaki game, mainlah games puas-puas.

Bila masa sesuai nak buat duit online


Hahaha.. sori la saya gelak sikit.

Anda pun dah besar panjang kan, dah taku berfikir mana baik mana buruk kan. Kalau asyik nak tanya soalan je, tanpa buat apa-apa, maknanya tak dapat apa-apa lah.

Dah-dah, pegi baca panduan buat duit klikjer oleh Reezluv ni dulu. Lepas tu sembang lain kali ya.

Apa yang ada dalam video Affiliate Ninja?

thumbnail
Affiliate Ninja. dengar cite hebat panduan affiiate ni - buat duit dengan affiliate. Bukan stail biasa-biasa untuk jana duit dengan affiliate tetapi tahap luar biasa. Pendapatan mencecah puluhan ribu dan memang terbukti oleh beberapa rakan affiliate marketer.

Itulah gelaran kepada teknik yang di gunakan oleh rakan affiliate di dalam mempromosikan produk affiliate hinggakan pendapatannya berpuluh ribu - betul ni. Tetapi kena ada cara-caranya lah, bukan semborono je - kata owner video Affiliate Ninja.

Nampak gaya macam banyak keje kena  buat ni kan tetapi kalau serius, semua boleh jadi. Takde yang susahnya kalau melibatkan pendapatan puluhan ribu. Kalau dulu, pendapatan dari affiliate ni agak mustahil untuk affiliate Malaysia, sekarang tidak lagi sebab telah di buktikan di dalam beberapa jenis produk affiliate.

Apa yang ada sebenarnya dalam Affiliate Ninja ni?


Katanya, kandungan panduan Afiliate Ninja ni agak menyeluruh tentang produk affiliate.  Bermula dengan cara memilih produk affiliate hinggakan kepada menjadi kawan kepada bakal pelanggan. Uhhh hebat ni. Tektikal dan teknikal juga dikongsikan hasil daripada pengalaman rakan-rakan affilite di dalam mempromosikan produk kerjaya.

Ahhh, produk kerja kerajaan memang le senang. Iya tidak di nafikan tetapi inilah salah satu daripada panduan Affiliate Ninja iaitu memilih produk. Kalau pilih produk affiliate yang salah, produk syok sendiri, promosilah macam mana pun, susah nak dapat sale yang kebaboom. Nampak tak, cara-caranya.

affiliate ninja


Cara pilih produk affilite - ini ada dikongsikan di dalam pakej Affiliate Ninja. Produk pun tak boleh sebarangan ya, kena pilih juga yang sesuai dan ada pasaran. Pastikan produk tersebut di  buat untuk menyelesaikan masalah orang lain, bukannya untuk syok sendiri. Beberapa parameter di berikan untuk memilih produk hasil dari pengalaman top affiliate yang lepas-lepas. Macam kisah benar pulak ni.

Yang penting, produk mempunyai permintaan. Sebelum produk di buat, kajian pasaran mesti di lakukan dahulu. Cam tu lah lebih kurang pasal video Affiliate Ninja ni.

Cara pemasaran produk - ada produk tetapi cara pemasaran tidak bagus, hasilnya tak menjadi. Dalam video Affiliate Ninja ni, akan di ceritakan mengenai cara pemasaran produk affiliate yang luar biasa - targeted people, desperado people dan juga cara kumpul database yang berkualiti.

Secara ringkasnya, video Affiliate Ninja ni adalah satu perkongsian daripada pengalaman top affiliate bermula dengan cara untuk pilih produk affiliate hinggalah kepada membina keyakinan kepada bakal pelanggan.

Daripada istilah-istilah ini, dapatlah saya simpulkan, apa yang hendak di sampaikan ialah bagaimana caranya kita nak kumpul list untuk sesuatu produk. Sales letter, autoresponder, free gift akan memainkan peranan dan melibatkan banyak elemen-elemen untuk mempromosikan produk. Sudah tentunya bab kumpul list berkualiti ni memerlukan masa yang berterusan untuk di lakukan tetapi elemen-elemen lain hanya  kita buat sekali sahaja.

Cam tu lah secara kasarnya isi kandungan video Affiliate Ninja - Buat duit dengan affiliate dan ini hanya mukaddimah sahaja. Jika anda mahukan detail, teknikal dan tektikalnya, ada dalam video tersebut.

Pendapatan sampingan tanpa modal dengan affiliate

thumbnail
Semenjak ringgit merundun jatuh ni, makin ramai pula yang cuba untuk menjana pendapatan sampingan. Siapa tak nak kan dapat duit daripada pekerjaan kedua secara part time. Salah satu cara menjana pendapatan sampingan sama ada di rumah atau tidak ialah melalui program affiliate yang memang tidak asing lagi di Malaysia.

Seperti yang diketahui ramai, penyedia affiliate seperti ashadee dan klikjer memang memberikan hasil yang lumayan JIKA anda tahu cara mempromosikan. Anda boleh menjana pendapatan dari rumah secara berterusan jika anda susah master tentang pemasaran affiliate di mana anda tidak perlu membuat atau mencipta benda atau cara baru, cukup sekadar anda mengikuti apa yang telah mereka yang berjaya lakukan.

Dengan affiliate, pendapatan anda adalah tiada penghujungnya dengan syarat anda telah membuat sale dan mendapat komisen. Jika anda tertanya-tanya mana nak cari duit lebih, anda boleh cuba mempromosikan produk affiliate seperti saya juga.

Dua cara berkesan promosi produk affiliate


Sebelum itu saya nak kongsikan dulu, pengalaman saya mempromosikan produk affiliate ni. Anda boleh lihat pendapatan affiliate saya bulan ini - Ogos dalam post yang lepas. Dan selepas saya mempromosikan di facebook - buat duit dengan facebook, saya telah menambahkan dua lagi sale. Hebat bukan penangan facebook ni.

cara promosi affiliate

Dua cara kerkesan untuk menjana duit sampingan dengan affiliate:

Tulis review - ini sudah mesti. Anda gunakan keyword planner untuk mencari keyword yang sesuai dan seterusnya tulis review berkenaan produk berkenaan dengan memasukkan keyword yang anda jumpa di dalam keyword planner. Masukkan 2-3 keyword sudah memadai dan pastikan ayat-ayat anda tidak janggal setelah memasukkan keyword anda.

Jika anda nak belajar menulis review di mana satu review boleh memberikan hasil atau jualan produk affiliate berkali-kali, anda cuba baca ebook yang di namakan Kitab SEO Merah Jambu. Ebook ini di tulis oleh blogger yang menjana pendapatan melalui affiliate setiap bulan.

Promosi melalui facebook - cara ini mungkin tidak ramai yang buat, jika buat pun mereka pasti akan gunakan login facebook kedua. Biasa blogger akan buat macam ni supaya facebook utama tiada bahan-bahan promosi yang ketara. Seeloknya anda guna login facebook kedua anda. Promosikan di group-group yang sesuai supaya produk tersebut sampai ke kumpulan sasaran.

Nampak simple sahaja tetapi anda cubalah dua cara untuk mempromosikan affiliate ni, pasti kejayaan milik anda kerana saya telah melakukannya. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Kata-kata motivasi supaya rajin promote produk affiliate

thumbnail
Buat duit dengan produk affiliate. Memang ramai yang mencuba buat duit dengan affiliate tetapi tidak ramai yang berjaya. Kenapa? Ini yang menjadi persoalannya. Kena cuba banyak cara sehingga anda akan jumpa yang sesuai dengan anda. Sekarang lagi senang, dah ada facebook.

Biasanya blogger mula-mula buat blog atau ada blog, akan letak iklan seperti Nuffnang kerana ingin mencuba sebab ramai yang guna iklan ini. Bagi saya. Nuffnang hanya sesuai untuk mereka yang famous secara online samaada melalui media sosial - facebook ataupun melalui blog sebab job berbayar yang mereka dapat agak masyuk.

Kalau nak harapkan orang klik iklan banner kat blog, memang lambat dapat hasil ( tetapi walaupun lambat, dapat juga ). Untuk permulaan ok la - belajar untuk buat duit dengan iklan kat blog. Sampai satu tahap, anda akan berfikir dan terasa boring pula layan Nuffnang ni. Saya kira ramai yang berfikir macam ni setelah tukar-tukar lokasi Nuffnang, tapi hasilnya mengecewakan kerana trafik blog anda rendah.

Buat duit dengan produk affiliate


Maka anda akan cari alternatif buat duit online dengan benda lain, cuba lah ashadee.com di mana anda promote produk orang lain - produk digital ( biasanya ) dan anda akan dapat komisen dari setiap sale yang di buat.

Orang kata, kita kena melabur dulu sebelum dapat hasilnya? Iya ke tu? Saya rasa tidak semua tetapi kita kena tahu cara dan teknik untuk promosi produk affiliate barulah kita boleh menjana duit affiliate dengan blog secara konsistan.

Bayangkan kalau satu-satu produk harga rm50, komisen 50% maka anda akan dapat rm25 kan. Kalau berbanding dengan Nuffnang, berapa lama anda boleh dapat rm25 tu? Sudah tentu memakan masa yang lama - bagi blogger baru dan trafik tak tinggi.

komisen affiliate online

Jika kena caranya, lebih berbaloi jika anda promote produk affiliate berbanding dengan letak iklan seperti Nuffnang - bagi saya la. Setiap orang berbeza keadaannya.

Jika anda serius untuk buat duit dengan affiliate, anda tontonlah video jana wang dengan affiliate ini. Memang banyak membantu sebab yang buat video ni pun bukan calang-calang orangnya.

Semua orang boleh buat duit dengan affiliate ni, cuma kena tahu caranya.

Komisen affiliate ashadee dan kepentingan penguasaan keyword untuk sale berulang

thumbnail
Setelah kami menukar beberapa kali template blog untuk tengah tahun 2015 kerana beberapa faktor, akhirnya kami memilih template dari Kang Muasir ni untuk blog kami.

Template blog ini percuma sahaja dengan memberikan kredit kepada empunya template asal. Sepanjang tempoh edit blog, banyak yang kami kena hati-hati supaya kedudukan blog tidak tergugat di enjin carian.

Kalau boleh, kami nasihatkan kepada anda semua, tak perlulah selalu tukar template. Guna template yang sama je le sebab perkara paling penting ialah kandungan blog bukannya blog tu cantik ke tidak.

Sepanjang proses menedit blog, di akibat kekangan masa agak sukar untuk kami memastikan blog kami maintain macam biasa. Jadi sale produk affiliate pun sukar dan dapat, tidak seperti biasa ( guna template lama ).

Cara pemasaran produk affiliate yang di tunjukkan dalam kitab SEO juga penting.

Hari ni barulah nampak sinar sebab dah ada start masuk sale produk affiliate ashadee.

Berita gembira dari ashadee




Semak email hari ni, kami teruja sebab ada sale daripada ashadee. Bukan senang nak buat duit dengan produk affiliate sebab kena ada cara yang betul.

Terutamanya anda kena menguasai sesuatu keyword sebab biasanya kalau anda dapat satu sale produk affiliate seperti ebook, kemungkinan besar anda akan dapat lagi sale daripada produk yang sama berulang-ulang.

Komisen affiliate ashadee dan kepentingan penguasaan keyword untuk sale berulan

Jadi sebagai permulaan, anda boleh cari satu produk dan tulis beberapa review supaya blog anda mengandungi banyak keyword mengenai produk tersebut. Kepadatan keyword tu sangat penting untuk menjana wang dengan produk affiliate.

Jangan berputus asa untuk belajar cara mempromosi produk affiliate sebab saya yakin anda akan mendapat sale jika anda berterusan mengiklan sesuatu produk.


Komisen Ashadee Ke 10 2015

thumbnail
Cara buat duit dengan blog. Sudah tentu terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan sampingan lebih-lebih lagi paling menarik minat kalau cara menjana pendapatan tersebut adalah dari rumah atau lebih di kenali sebagai bisnes di rumah. Tetapi berapa ramai yang berjaya untuk menjana pendapatan tanpa modal dari rumah? Tidak ramai bukan.

Memang best kalau boleh berniaga dari rumah, tak perlu keluar rumah tetapi masih boleh mendapatan pendapatan yang halal hanya beroperasi dari rumah! Semua orang nak bekerja macam nih maksud saya berniaga dari rumah.

Selain berniaga produk-produk seperti produk dari China, terdapat juga program lain yang anda boleg ikuti untuk menjana pendapatan sampingan anda hanya dari rumah - affiliate Malaysia. Ya sistem affiliate. Anda sertailah mana-mana affiliate dan saya sarankan anda cuba ashadee.com kerana telah di sediakan panduan untuk buat duit dengan ashadee ni. Daftar percuma sahaja dan panduan di berikan percuma. Boleh terus mula selepas melihat dan mendengar panduan yang di berikan. Agak mudah tetapi perlukan usaha juga untuk menjana pendapatan pertama daripada affiliate seperti ashadee.

Bayaran Pendapatan Ashadee Jun 2015

thumbnail
Bayaran Pendapatan Ashadee. Banyak penyedia portal yang memberikan runag kepada blogger dan sesiapa sahaja untuk daftar dan menjadi ejen untuk mempromosikan produk. Ini adalah salah satu lagi cabang terutamanya untuk blogger membuat duit secara part time atau full time secara online dan percuma.

Percuma sebab apa, sebab daftar percuma sahaja dan jalankan promosi. Jika ada sale, dapatlah komisen seperti yang termaktud di dalam portal buat duit online ni dalam lingkungan 20 - 50%. Kalau produk tersebut - biasanya produk digital berbentuk ebook berharga, maka anda akan di berikan komisen sebanyak rm25 jika komisen ialah sebanyak 50%.

Setiap produk mempunyai % komisen yang berlainan. Jadi  hati-hati memilih produk yang sesuai untuk di promosikan supaya komisen yang di dapati adalah setimpal dengan usaha anda.

Komisen Kedua Dari Lazada 2015 - yippiiii

thumbnail
Komisen kedua dari Lazada 2015. Kalau kita main affiliate ni kan, yang paling bestnya bila dapat payment atau pun komisen. Yang ni paling seronok dan puas hati. Rasa macam hirup teh tarik tepi pantai pun ada.

Ramai yang gerun kalau dengar perkataan affiliate ni. Bagi yang tak biasa memang menakutkan, MLM ke apa ni kan tetapi bagi yang dah biasa dengan affiliate seperti ashade dan lazada ni, perkataan affiliate ni adalah benda setiap hari yang terlintas di fikiran.

Komisen daripada affiliate seperti Lazada susah nak dapat ( bagi saya le ) tetapi senang nak dapat bagi mereka yang biasa dapat, tul tak? Kalau nak dapat komisen daripada Lazada, ada caranya berguru dengan mereka yang pakar dan saya bukan pakar tetapi saya kongsikan apa yang saya tahu.

Komisen affiliate dari produk baru pulak

thumbnail
Buat duit dengan affiliate. Ramai dah tahu tentang affiliate di mana kita daftar percuma untuk  join affiliate nih dan kita akan promosikan produk yang di sediakan dalam sistem affiliate tersebut. Setiap produk, kita akan di berikan satu link unik khas untuk kita sahaja supaya sistem affiliate boleh kenal, jika ada sale melalui link tersebut, itu kita punya. Itulah affiliate.

Ramai bercakap tentang buat duit dengan affiliate tetapi tak ramai yang berjaya melakukannya, ada yang dapat komisen sekali sekala dan ada yang berterusan dan konsistan. Saya pun susah juga nak dapatkan duit melalui affiliate nih.

Memang kena ada cara dan teknik yang betul dan jika korang melakukan percubaan secara berterusan, saya pasti akan ada sale dan komisen daripada affiliate nih cuma masa sahaja yang menentukan.

Jika korang nak short cut, korang ambil pengalaman dan apa teknik-teknik yang telah di lalui oleh mereka yang lebih berpengalaman di dalam mempromosikan affiliate nih.

Komisen produk baru dari ashadee


Bulan ni merupakan bulan yang makmur juga bagi saya dalam membuat duit secara online ni sebab saya berjaya buat duit dengan affiliate lazada dan juga peningkatan komisen dalam affiliate ashadee.