SIAPA sangka, selain daripada perbankan Islam dan hab makanan halal, Malaysia juga ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan perisian keselamatan internet atau bahasa mudahnya, antivirus yang berlandaskan sistem digital syariah sepenuhnya.Lebih membanggakan, produk unik ini dihasilkan sebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS), 1Machine Sdn Bhd (1Machine) yang merupakan antara syarikat di bawah bimbingan Technology Park Malaysia (TPM).Dikenali sebagai Perisai, perisian yang digunakan untuk keselamatan internet ini adalah buah fikiran tiga usahawan muda Melayu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif 1Machine, Abbyamir Sapie; Ketua Pegawai Operasi 1Machine, Shaifulizan Othman dan Pengarah Perniagaan Antarabangsa 1Machine, Mohd Juani Affendi Ibraham.
Tembusi pasaran Timur Tengah
Idea menghasilkan produk teknologi itu datang selepas mereka menyedari masih tiada syarikat tempatan yang menawarkan produk perisian keselamatan internet kepada pengguna, jadi 1Machine diasaskan pada 2010 bagi merealisasikan impian itu.Pada 2011, 1Machine mula mengkomersialkan Perisai kepada umum dengan mengutamakan konsep perniagaan kepada perniagaan (B2B) melalui pengedar.
Idea menghasilkan produk teknologi itu datang selepas mereka menyedari masih tiada syarikat tempatan yang menawarkan produk perisian keselamatan internet kepada pengguna, jadi 1Machine diasaskan pada 2010 bagi merealisasikan impian itu.Pada 2011, 1Machine mula mengkomersialkan Perisai kepada umum dengan mengutamakan konsep perniagaan kepada perniagaan (B2B) melalui pengedar.
Kini, syarikat itu menawarkan perkhidmatan seperti Perisai Antivirus, Perisai Anti Spyware, Perisai Anti Spam, Perisai Parental Control, Perisai Firewall dan Perisai Mobile Security.
Abbyamir berkata, selepas empat bulan pelancaran Perisai, pada 2012, 1Machine berjaya mendapatkan beberapa pengedar di peringkat global di mana kebanyakannya adalah dari negara Islam Timur Tengah serta Utara Afrika seperti Arab Saudi dan Mesir.
“Peluang ini kami dapat daripada penglibatan dalam beberapa program seperti pameran dan juga program di bawah TPM termasuk tunjuk ajar mengenai kemasukan pasaran, nasihat perniagaan, pembangunan serta rancangan perniagaan.
“Tahun lalu, kami banyak habiskan masa mencari pendedahan kepada pasaran. Pada Februari tahun ini, kami telah menubuhkan syarikat pertama 1Machine di luar Malaysia dikenali sebagai 1Machine Technology Pte Ltd di Juba, Sudan Selatan bagi menjaga operasi dan pemasaran jualan kami di Afrika," katanya.
Abbyamir menambah, 1Machine pada bulan lalu juga telah membuka syarikat 1Machine Technology Pte Ltd yang berpangkalan di Yorkshire, United Kingdom sebagai pusat operasi dan hab pemasaran Perisai di Eropah.
"Kami buka syarikat itu dengan kerjasama rakan kongsi di sana yang sudah beri pendapat dan kemukakan rancangan mereka bagaimana untuk membantu Perisai menembusi pasaran di Eropah," katanya.
Kerajaan turut bantu sektor teknologi
Bagi Abbyamir, inisiatif daripada kerajaan memang banyak disediakan bagi membantu usahawan sektor teknologi.
“Kami juga penerima bantuan daripada Yayasan Usahawan Baru Malaysia (Mynef) yang membuat rancangan baik untuk mempromosikan Perisai dalam kalangan pengguna terutamanya syarikat PKS.
“Melalui geran ini kami menyediakan Perisai kepada syarikat PKS secara percuma dan ia dibiaya oleh Mynef sendiri,” katanya.
Berdasarkan sokongan itu, 1Machine menyasarkan anggaran penggunanya akan mencecah 200,000 pada hujung tahun ini.
Namun beliau juga berharap akan ada bantuan dari segi penjenamaan produk unik itu supaya lebih dikenali pengguna.
“Sebagai produk baru kami perlukan bimbingan dari segi penjenamaan, komersial dan pengiklanan bagi memberitahu umum mengenai produk tempatan dan saya harap kerjaan akan beri lebih perhatian untuk bantu usahawan teknologi dalam perkara ini," katanya.
Tak banyak produk negara Islam
Ditanya mengenai perancangan akan datang, Abbyamir berkata, 1Machine akan mengutamakan sasaran bagi penembusan pasaran Perisai di peringkat global kerana tidak banyak produk yang datang dari dunia Islam seperti negara-negara dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Boleh dikatakan 98 peratus (produk teknologi) adalah dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Di sini kita boleh lihat peluang sangat cerah bagi produk dari Malaysia dan negara Islam untuk tembusi pasaran Timur Tengah dan negara yang mempunyai peratusan penduduk Islam tinggi.
“Rakan kongsi kami di Eropah juga turut memberi cadangan untuk menembusi pasaran negara di Eropah yang mempunyai peratusan penduduk Islam tinggi seperti Perancis, United Kingdom dan beberapa negara lain lagi,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tetap mahu mengukuhkan kedudukan di pasaran negara sendiri sebelum menarik perhatian pengguna luar kerana syarikat itu yakin, produk dari dunia Islam boleh diterima dengan baik di negara Islam seluruh dunia - Kosmo.
first time saya dengar..
BalasPadamtapi mmg bagus kita support produk islam spt ini..
Bagus la. Ade jugak usahawan malaysia terlibat dalam bidang digital nie..
BalasPadamsaya turut berbangga dengan kejayaan mereka..
BalasPadambagus tu.. diharap antivirus ni dpt membantu
BalasPadamnanti kita cuba keberkesanannya..
BalasPadamdah ada yang mencuba ke ni..bagus tak
BalasPadamHmmm.. bab mana yg berasaskan syariah nya? mahu gak kawe fahami..
BalasPadamada juga rupanya antivirus macam ni. ni berbayar punya ke? yang versi free ada?
BalasPadamkena try nih bro
Padamp/s: beberapa kali aku cuba letak msg kat blog bro, tak lepas le sbb setting blog bro tak benar user guna proxies utk tinggalkan komen.
Tak der link ke laman web mereka ke Encik Arman. nak tahu juga dgn lanjut tentang anti-virus ni. dah 3 tahun aku tak guna antivirus.
BalasPadam