Pengalaman buat duit online 2014

thumbnail
Buat duit online. Rasanya sejak dua menjak aku saya asyik cakap pasal buat duit online sahaja, tak banyak citer mengenai benda lain. Mungkin ini yang saya minat bila beronline dan mungkin ini jugalah niche yang saya suka tulis.

Walaupun pada asalnya saya niche ni bercampur-campur dan saya pasti ramai blogger juga macam nih, tak tahu nak fokus menulis dalam bidang apa. Dan saya pasti lama-lama korang akan tahu ke arah mana minat korang nak pegi semasa menulis blog.

Bila kita menulis tentang apa yang kita suka buat, idea menulis tuh sekejap jer datanagnya, ntah ari mana-mana. Tetapi kalau kalau kita nak tulis bukan bidang yang kita minat, punya lah idea nak menulis tuh susah nak datang.

tip buat duit online 2015
Dah ramai suka main dengan affiliate ni.

Pengalaman buat duit online


Saya sejak kebelakangan ini banyak menulis tentang panduan buat duit online. Bukan apa pun, ni sebagai perkongsian sahaja dan juga untuk panduan yang baru-baru nak mencuba atau pun yang dah lama cuba tapi belum dapat duit secara online.

Saya biasa akan cuba sesuatu cara buat duit online tuh dalam sebulan dan tengok hasilnya. Kalau positif, saya akan teruskan hingga dapat payment pertama. Selepas payment pertama, saya akan kongsikan apa yang saya buat.

Payment tu adalah sebagai bukti cara yang saya guna tuh betul. Mungkin juga banyak lagi cara-cara yang lain dan salah satunya cara yang saya kongsikan tu lah.

Pendek kata, saya sepanjang 2014 ni, saya pernah berkongsi tentang:




Jadi, kalau korang rasa belum baca lagih perkongsian saya nih, sila kan lah, mungkin ada benda yang korang belum tahu lagi.

Harap tahun 2015 lebih gemilang. Selamat tahun baru 2015 kepada pembaca blog encikarman.com.

Adsense Pop-ups - boleh ke tak?

thumbnail
Buat duit dengan adsense. Adsense masih releven lagi kat Malaysia nih. Masih ramai blogger yang buat duit dengan adsense nih, termasuklah saya jugak walaupun jumlahnya takde le banyak mana tetapi seronok jugak main dengan adsense nih.

Iklan yang keluar tuh memang sesuai dengan entri blog, jadi kebarangkalian nak dapat klik tuh senang. Lagipun bayaran adsense ni dalam USD.

Bagi yang pakar dalam adsense nih, ataupun yang ada trafik tinggi, mereka memang boleh  buat duit dengan adsense denga cara yang di benarkan. Tetapi ada jugak yang menggunakan teknik-teknik yang tidak di benarkan seperti menggunakan iklan pop-ups untuk adsense, Yang ni memang menyalahi peraturan google adsense. Mau kena ban akaun emas adsense kalau macam nih.

Contoh email warning adsense


Saya juga mencuba iklan adsense pop up ni. Cari kod untuk buat iklan pop-up, copy paste kod adsense dalam kod pop up tersebut. Mengikut pengalaman saya, cara ni hanya bertahan 3 bulan sahaja sebelum di kesan oleh google.



adsense pop up banned
Adsense Pop-ups tak di benarkan.
Dari segi penambahan pendapatan adsense takde perubahan ketara pun, lebih kurang je kalau bandingkan dengan guna iklan biasa jer. Jadi mengikut pengalaman saya, saya sarankan tak perlulah guna iklan pop up untuk adsense.

Gunalah iklan lain untuk pop-up. H12 memang ada iklan pop up. Korang boleh gak letak kod nuffnang dalam iklan pop up nih.

Walaupun ada butang tutup, masih salah dari segi peraturan adsense. Jadi jaga akaun adsense korang dan juga harap baca tip buat duit dengan adsense lepas nih.


Panduan buat duit Google Adsense

thumbnail
Panduan buat duit Google Adsense. Panduan pasal adsense ni semakin popular sebab masih ramai yang mencari-cari ilmu adsense dan cara terbaik nak buat duit dengan adsense melalui blog. Paling utama sebab buat duit adsense dalam USD dan iklan jenis PPC yang keluar adalah berkaitan dengan entri dalam blog. Jadi kebarangkalia nak dapat klik adalah tinggi. Boleh juga letak iklan adsense dalam blog bahasa melayu, tiada masalah setakat nih kecuali 3-4 bulan lepas ada masalah dalam blog bahasa melayu, sekarang dah ok.

Daftar google adsense


Sebelum nak buat duit  dengan adsense, kena daftar dulu akaun adsense kat google.com/adsense. Pendaftaran makin lama makin susah tapi masih banyak akaun baru yang approve. Boleh bacalah  sedikit tip-tip untuk apply akaun adsense dengan cara yang selamat dan betul tapi tiada jaminan akaun adsense anda akan di terima oleh google.

cara daftar adsense
Daftar akaun adsense di google.com/adsense


Anda boleh cari kat Fb ada rakan-rakan yang menyediakan perkhidmatan apply akaun adsense nih dengan sedikit bayaran ( mungkin dalam rm250 ). Kalau tak nak susah-susah apply, boleh guna khidmat mereka. Mereka pun akan upah orang lain buat entri yang original dan apply akaun adsense untuk sesiapa yang berminat. Kalau rasa cam susah nak dapatkan akaun adsense, boleh cuba sistem seakan-akan adsense iaitu buat duit dengan H12 Media - senang apply dan guna.

Dah daftar, next?


Setelah dapat akaun adsense, jagalah dengan baik. Jangan gunakan cara yang tak betul untuk dapatkan klik kerana ada kemungkinan akaun adsense anda akan di ban oleh google. Hati-hati dengan yang ini sebab ramai yang tak sabar nak dapat income lebih. Orang kata, jaga akaun adsense seperti menjaga ibu angsa emas yang boleh memberikan emas kepada tuannya. Lagi satu jangan klik iklan adsense sendiri - sesekali jangan cari nahas sebab susah nak dapat akaun adsense nih. Cuba baca kenapa akaun adsense akan kena ban.
panduan buat duit adsense malaysia
Apakah rahsia yang terdapat dalam adsense?
Apa yang ada dalam akaun adsense nih? Banyak benda yang kita boleh tahu mengenai akaun adsense ni. Pendapatan, kos iklan statistik dan tip-tip untuk membantu kita set iklan adsense.

Lepas ada akaun adsense, ambil kod iklan yang di sediakan dan letakkan kat blog di lokasi iklan adsense yang sesuai. Jangan letak sebarangan jer nanti susah dapat klik. Cuba nampak iklan adsense tak seperti satu iklan, kebarangkalian untuk dapat klik adalah tinggi.

Cara pasang iklan adsense

cara pasang kod adsense di blog
Terdapat banyak cara nak pasang kod adsense di blog


Cara nak masukkan iklan adsense ada saya kongsikan dalam entri sebelum nih. terdapat banyak cara dan yang penting biarlah cara tersebut kita boleh monitor pendapatan adsense tu datang dari kod yang kita letak mana supaya senang lain kali kita nak edit atau ganti kod yang tak mendatangkan hasil. Setting ni ada dalam akaun adsense yang telah kita dapat.


Tak susah pun nak letak kod adsense dalam blog, lebih kurang nak letak nuffnag jugaklah. Cuma bila kita nak letak di tempat-tempat yang strategi, kita kena edit template tuh. Itu yang mencabar sikit ler sebab nak kena tahu bagaimana nak edit template.

Tip meningkat pendapatan adsense

tip dan panduan buat duit adsense
Banyak tip dan panduan adsense secara online

Nak buat duit dengan secara online dengan adsense ni tak boleh sebarangan jer. Kena ada panduan dan tip daripada mereka yang telah berjaya mendapatkan duit dari adsense sebab banya try dan error telah di buat untuk mencari cara bagaimana meningkat pendapatan dengan adsense nih. Banyak tip dan panduan adsense yang saya telah kongsikan hasil dari pengalaman saya dan pembacaan saya tentang adsense ni.

Dalam tip dan panduan ini, ada juga menyentuh tentang lokasi terbaik untuk letak iklan adsense ( dan juga iklan-iklan lain seperti nuffnang, h12 media dan sebagainya ). Boleh cuba apply kat blog kita dan tengok hasilnya dalam masa 3 bulan, meningkat ke tidak pendapatan online kita.

Akhir kata, selamat mencuba buat duit dengan adsense, pasti kita tak akan kecewa. Ramai dah gunakan adsense nih dalam blog masing-masing. Kalau kita rajin baca tip-tip buat duit dengan adsense ( official ), kita akan jumpa cara yang sesuai dengan kita dan blog kita.

Selamat mencuba.


Pendapatan ke 8 Adsense

thumbnail
Dekat-dekat raya ni. boleh pula cash out duit dari google adsense. Biasanya orang tak dedahkan berapa diorang dapat kan, jadi saya pun tutup le pendapatan ke 8 adsense saya buat kali nih. Korang mesti dapat agak nilainya berapa kan. Tak banyak, tapi bagi orang biasa cam saya nih, tinggi nilainya.

Pendapatan ke 8 adsense kali nih agak perit sikit setelah google main tukar setting adsense nih. Paling teruk untuk kali nih apabila ads adsense tak boleh keluar dekat homepage, tapi di post page takde masalah. Benda ni masih tak settle lagih hingga saya tukar ads ke affiliatte ashadee. Lagi pun blog ni takde le memberikan pendapatan adsense yang besar kat saya. Saya ada beberapa blog dan forum dengan niche yang berbeza.

Jangan ingat dengan blog ni jer saya buat duit dengan adsense nih. Tapi standard blogger, blog-blog lain saya tak akan bagitahu urlnya. Kalau lama-lama follow saya kat facebook, ada jugak terselit nama-nama blog yang saya letak adsense. Macam-macam template telah saya gunakan tapi semunya yang free je. Best ooo free banyak boleh belajar tentang setting blog adsense. Kalau nak belajar tentang buat duit dengan adsense, panduan adsense ni terbaik.

Apa dah jadi dengan contest?

thumbnail
Setelah saya ubah sikit kod meta tag keyword semalam, ada le sikit perubahan. Daripada tak tahu page ke berapa contest buffet ramadan ni, hari ni naik ke page 1 dan no. 3. Macam menjadik je kod nih. Kod bukan saya buat, saya copy paste jer jumpa kat internet. Baru satu hari lepas ubah setting, tengok berapa lama boleh tahan kat no. 3 tuh. Kalau bertahan kat situ, malas dah saya nak buat analisis lagi, nak biar jer. Kalau agak-agak ada orang pintas.. hihi. Kena buat analisis post ni lagih. Best gak syok sendiri nih kan, macam main game plak masuk contest ni, monitor dari jauh. Bukan saya jer, orang lain pun sama gak kan. Tapi otai-otai yang pernah menang tak nak pulak dedah rahsia-rahsia nak menang contest ni kan. Cari punya cari, takde yang betul-betul boleh apply. Mungkin subjektif le kot benda nih.

Buat duit online boleh guna Mercedez Benz ke?

thumbnail
Selamat berpuasa. Korang mesti kenal Ebby Yus kan. Pelawak tak terkalah tuh. Saya suka kalau dia melawak - asli dan spontan. Sempoi dan tak banyak masalah peribadi ( setahu saya le ) dan terbaru usahawan berjaya! Dek kerana bisnes restoran yang di nama Restoran Adam Lai Ebby Yus atau Muhammad Yunus Abdul Rashid telah memiliki kerata mewah kereta edisi sport Mercedez Benz plat ABY444. Rezeki dia kat bisnes rupanya. Tapi beliau masih lagi menjadi artis. Restoran ni menyediakan hidangan Cima Muslim dan terletak di seksyen 15 Shah Alam. Saya tak pernah cuba lagi  nih. Boleh juga cuba berbuka puasa, mana le tahu ada buffet macam Buffet Ramadhan Casa Ombak.