Home » » 8 Julai tarikh akhir mohon visa Umrah

8 Julai tarikh akhir mohon visa Umrah

Riyadh: Kementerian Luar Arab Saudi mengumumkan tarikh 8 Julai sebagai tarikh akhir untuk memohon visa Umrah.

Semua misi diplomatik Arab Saudi di seluruh dunia akan terus mengeluarkan visa Umrah sehingga akhir bulan Syaaban, kata Osama Nugali, jurucakap kementerian berkenaan.
Menurut statistik Kementerian Haji, empat juta visa Umrah sudah dikeluarkan tahun ini.


Prosedur rutin setiap tahun

Ini adalah prosedur rutin setiap tahun oleh Arab Saudi, kata ejen pelancongan, Arif Kannauji, yang bekerja untuk pengendali tempatan Haji dan Umrah di sini.

Setiap tahun, kami diminta supaya tidak menerima sebarang permohonan visa Umrah ketika Ramadan, katanya.

Tindakan itu adalah untuk memastikan semua yang berhasrat menunaikan Umrah menerima visa pada masa ditetapkan, iaitu ketika bulan Syaaban.
Ia biasanya mengambil masa seminggu hingga dua minggu untuk mendapatkan visa itu.

Musim Umrah bermula pada bulan Safar, bulan kedua dalam bulan Islam, sehingga akhir Ramadan.

Sehingga 1 Julai, kira-kira 3.8 juta jemaah mengerjakan Umrah, peningkatan 400,000 berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut laporan Kementerian Haji baru-baru ini.

Di JEDDAH, kos menunaikan Haji dan Umrah tempatan dijangka meningkat musim ini, menurut penyedia perkhidmatan jemaah.

Peningkatan harga itu menyebabkan penyedia perkhidmatan berkenaan menggesa campur tangan kerajaan supaya mengawal harga.

Kelewatan dalam menerima khemah jemaah memburukkan masalah penyedia Umrah dan Haji.

Pengarah Syarikat Haji dan Umrah Al-Ehsan, Abdullah Al-Ghamdi, mengakui bahawa kelewatan menerima khemah adalah satu masalah tahunan yang juga satu pelanggaran kontrak dengan jemaah.

Proses penghantaran perlu bermula pada awal Syawal, supaya setiap penyedia boleh membuat persiapan diperlukan, tambahnya


Terima kasih kerana membaca 8 Julai tarikh akhir mohon visa Umrah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



6 Komen:

  1. InsyaAllah panjang umur dan murah rezeki nak buat haji masa muda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hebat ko nya niat nih, jrg org muda niat cam nih, biasa nak keta2 besar je kan.

      Padam
    2. Dahhh tu..nanti tua tak larat pula..emm nak beli kereta besar rasanya tak mampu dah..kereta besar puluh2 ribu duit..pergi haji tak sampai 10 ribu pun...haha

      Padam
    3. tahun ni pegi umrah jumlahnya rendah skit dr thn lepas sbb tgh reno katanya.

      Padam
  2. insyaAllah tahun haadapan akan kerjakan umrah, walaupun perancangan asalnya tahun ni tapi atas sebab tertentu terpaksa ditunda juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah jadi tu, benda baik.

      Padam