Unit Trust CIMB - agresif sama agresif

thumbnail
Jumaat lepas aku pergi sembahyang kat masjid seksyen 18 shah alam. Depan masjid tu ada le 3 orang gadis buka kaunter untuk promote CIMB Wealth unit trust, sama macam unit trust public mutual gak ler kan.
Peluang baik utk aku tahu lebih lanjut pasal CIMB nih kan dan aku nak kongsi kat sini le ( tu pun kalau korang nak tahu le )
1. Dana CIMB ni takde yg bagi insurans percuma seperti unit trust public mutual Public Ittikal Fund
2. Gaids2 tu ada buat homework skit le utk compare unit trust public mutual dgn CIMB tapi yg tak bestnya dana agresif di bandingkan dgn dana moderate. Kalau aku nak buat perbandingan le, agresif mesti banding dgn agresif kan, baru adil skit.
Bagus gak invest kat mana2 pun kan, janji ada buat investment utk masa depan.

KWSP Isytihar Kadar Dividen 6.00 Peratus Untuk 2011 Tertinggi Dalam Sedekad

thumbnail
Bayaran Dividen RM24.47b daripada Pendapatan Pelaburan Kasar RM27.24b
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.00 peratus, tertinggi dalam tempoh 10 tahun untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Kadar dividen ini meningkat sebanyak 20 mata asas daripada 5.80 peratus yang dibayar pada 2010 atau bersamaan RM24.47 bilion yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, "Tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP. Walaupun persekitaran pelaburan yang mencabar, ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP berserta dengan usaha berterusan pasukan pelaburan KWSP."
KWSP terus menunjukkan pencapaian yang lebih baik pada 2011 dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010. Bayaran dividen sebanyak RM24.47 bilion diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi, caj berkanun dan bayaran dividen pengeluaran, bertambah sebanyak 13.23 peratus berbanding RM21.61 bilion pada 2010.
"Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global serta program pengurusan yang aktif.
"Prestasi kukuh selepas krisis kewangan 2008 membuktikan komitmen KWSP dan pendekatan berdisiplin dalam pelaburan. Walaupun KWSP tidak boleh menjamin dapat mengekalkan prestasi pelaburan ini dalam suasana ekonomi global dan pasaran tidak menentu, KWSP komited untuk melindungi dan memberi nilai tambah kepada simpanan persaraan ahli khususnya dalam menghadapi tekanan inflasi," kata Tan Sri Samsudin.
Setakat 31 Disember 2011, jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini disumbangkan sebahagian besarnya oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada ahli dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan.
Selaras dengan tumpuan untuk memberikan pulangan yang stabil bagi jangka panjang, KWSP terus melabur sebahagian besar aset pelaburannya atau 60.79 peratus dalam instrumen berpendapatan tetap yang berisiko rendah dan stabil. Sejajar dengan pendedahan risiko yang boleh diterima, 35.64 peratus jumlah aset dilaburkan dalam Ekuiti sementara baki 3.18 peratus dan 0.39 peratus diperuntukkan kepada Instrumen Pasaran Wang dan Hartanah. (Rujuk Lampiran 1, Jadual 1).
Ekuiti merupakan penyumbang pendapatan terbesar sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan. Ini diikuti oleh Pinjaman dan Bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Instrumen Pasaran Wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta. Baki sebanyak RM115.41 juta atau 0.43 peratus disumbangkan oleh Hartanah dan Pendapatan Pelaburan Lain. (Rujuk Lampiran 1, Jadual 2).
"Oleh kerana pegangan KWSP banyak tertumpu dalam aset berpendapatan tetap, sebahagian besar pulangan dipengaruhi oleh arah aliran kadar faedah. Dalam persekitaran kadar faedah yang rendah, ia merupakan satu cabaran kepada KWSP untuk memaksimumkan pulangan. Justeru, KWSP telah secara beransur-ansur dan berhati-hati beralih kepada aset yang memberikan pulangan lebih tinggi dengan had risiko yang boleh diterima.  Strategi ini telah memberikan kesan yang baik, melebihi jangkaan KWSP kerana berjaya mengatasi kadar simpanan tetap  dan faedah semasa," kata Tan Sri Samsudin.
"Salah satu pencapaian utama aktiviti pelaburan KWSP pada 2011 ialah penyelesaian pengambilalihan bersama (dengan Kumpulan UEM) PLUS Expressway Berhad melalui  syarikat pelaburan bersama PLUS Malaysia Sdn. Bhd. Selain itu, KWSP juga telah meluaskan pelaburan global dalam Hartanah, Ekuiti dan Sukuk. Perluasan ini adalah selaras dengan objektif dan strategi pelaburan yang berpandukan Alokasi Aset Strategik dan Rangka Kerja Pengurusan Risiko KWSP," tambah beliau.
Berikutan bilangan ahli yang bertambah, sebanyak RM4.08 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen pada 2011. Ini merupakan peningkatan sebanyak 9.44 peratus berbanding RM3.73 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus  kadar dividen bagi tahun 2010. (Rujuk Lampiran 2, Carta 1). Amaun yang diperlukan untuk membayar satu peratus dividen akan terus meningkat 8 hingga 9 peratus setiap tahun.
"KWSP  menjangka saiz dana akan mencecah setengah trilion ringgit menjelang akhir tahun ini atau pada awal tahun hadapan. Sebagai sebuah dana persaraan, KWSP berpegang teguh kepada objektif pelaburan jangka panjang dan strategi pelaburan berhemah untuk kepentingan persaraan ahli," kata Tan Sri Samsudin.
Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-kira KWSP mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 20 Februari 2012.
> Nak dapat lebih dari 6% setahun? sila ke http://encikarman.blogspot.com/

UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL - KELEBIHAN PELABURAN DANA ISLAM MELALUI SKIM AHLI KWSP

thumbnail
1.       MENEPATI SYARIAH
Peluang membuat pelaburan ke dalam dana-dana yang menepati syariah. Pelaburan di dalam dana-dana Islam dikawalselia oleh Panel Penasihat Syariah yang dilantik oleh Pengurus-Pengurus Dana berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

2.       PULANGAN LEBIH TINGGI
Anda berpeluang menikmati pulangan dividen dan keuntungan modal yang diperolehi daripada pelaburan di dalam unit amanah. Sekadar perbandingan, dalam tempoh lima tahun terkini (bagi tahun 2001 – 2005) purata pulangan dividen oleh KWSP sebanyak 4.7% setahun, berbanding pulangan Dana Public Ittikal dalam tempoh yang sama memperolehi pulangan sebanyak 15% setahun!
Nota : Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa prestasi masa lalu tidak semestinya sebagai petunjuk atau gambaran sebenar prestasi masa depan.

3.       TIDAK GANGGU WANG POKET
Tidak mengganggu aliran tunai wang poket anda kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang daripada poket anda, sebaliknya hanya perlu memindahkan wang daripada Akaun 1 KWSP anda ke Institusi Pengurusan Dana.

Melabur dalam unit trust islamik

4.       MENGGUNAKAN SUMBER SEDIA ADA
Anda tidak perlu membuat pinjaman atau mendapatkan kewangan daripada sumber-sumber baru untuk mendapatkan peluang untuk melabur dalam unit amanah kerana anda cuma perlu bijak menggunakan sumber kewangan sedia ada pada anda iaitu di dalam Akaun 1 KWSP anda untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

5.       NILAI TAMBAH
Anda berpeluang memperolehi pelbagai nilai tambah melalui pelaburan di Institusi Pengurus Dana kami. Di antaranya, melalui pelaburan di dalam dana Public ITTIKAL atau Public Islamic Balanced, anda akan memperolehi perlindungan Takaful secara PERCUMA yang melindungi risiko Keilatan Kekal Menyeluruh dan Kemalangan Diri Berkelompok sehingga RM100,000 berdasarkan jumlah unit pelaburan yang diambil.

6.       KEKERAPAN MENAMBAH PELABURAN
Anda berpeluang menambah pelaburan melalui skim ini setiap 90 hari untuk mendapatkan pulangan yang kompetitif.

7.       WANG PERSARAAN LEBIH TINGGI
Dengan peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan, bermakna anda berpeluang untuk meningkatkan simpanan KWSP untuk tujuan hari persaraan anda kelak.

8.       KEPUASAN MENGURUS SENDIRI
Anda boleh mendapat kepuasan menguruskan sendiri wang simpanan KWSP anda untuk dilaburkan di tempat yang anda inginkan dan yakini melalui Institusi Pengurusan Dana yang berkredibiliti dan berprestasi tinggi, khususnya untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi, menepati syariah dan lebih nilai tambah !

UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL - KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH

thumbnail
1.   Pengurusan Dana Profesional
Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.
2.   Mempelbagai Peluang
Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.

3.   Memudahkan Transaksi
Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.

4.   Meminimakan Risiko
Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.

5.   Kecairan
Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.
 6.   Potensi Pertumbuhan Modal
Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.

UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL - SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

thumbnail
Secara umumnya, unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan, yang lebih penting, pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka.
Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang terbaik dan ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap (fixed deposit). Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.

UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL - BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?

thumbnail
Ada dua cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui pertumbuhan modal dan menjana dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli.
Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.

Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen.

Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.

Apa Itu Unit Amanah?

thumbnail
Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional.

Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah.

BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.

Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.

Dengan pertalian sedemikian kita dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi.

Promosi terbaru 2012 untuk bakal klien aku

thumbnail
Sekarang aku telah mengedit sales leteer terbaru dan terkini utk tahun 2012 ni untuk aku mengegarkan lagi untuk menyebarkan maklumat tentang unit amanah public mutual ni secara online.

Kali ni sale letter baru nih aku rasa lagi mantap dan lagi banyak isi supaya info-info boleh terus sampai ke bakal2 klien dan juga kepada UTC lain secara percuma je. UTC lain nak gunakan info2 dalam sale letter itu nanti, gunalah dengan berhemat.

Info dah kumpul, cuma nak susun dan tambah ayat2 supaya mesej dapat di sampaikan dengan jelas

Public Islamic Select Enterprises Fund ( PISEF ) - Agresif

thumbnail
2012
Feb 0.3790
March 0.3824
April 0.3829
May 0.3822
June 0.3849
Julai 0.3953
Ogos 0.3903
September 0.3921
Oktober 0.4031

Akan dikemaskini.
-->

Kempen UTC Baru 2012

thumbnail


Kalau nak dapat ganjaran lebih, UTC kena buat sale macam kat bwh nih:
Rm40k – rm70 ( baucer training rm260 + rm100 tunai )
Rm70k – rm150k ( baucer training rm260 + rm200 tunai )
Rm40k – rm70 ( baucer training rm260 + rm300 tunai )

Usaha lebih ya UTC utk dapat ganjaran nih.

ANALISIS UNIT TRUST – Dana mana paling best 2011?
1.      Bagi tahun 2011, tahukah korang dana mana yg berprestasi tinggi? Maksud aku untung paling banyak la? PISEF 24.88% keuntungannya ( aku tumpukan yang islamis je) diikuti oleh P ITTIKAL 23% dan PIEF 22.8%.
Amacam? Untung banyak tak korang dapat?

2.      Average Pulangan Tahunan
Tahu tak korang dana mana yang purata keuntungnya paling tinggi sejak di lancarkan? Sini aku nak dedahkan skit le kan. PISEF paling banyak purata keuntungan sejak di tubuhkan iaitu pada 2008 ( dalam 3-4 tahun lepas ) iaitu 17.07% setahun.

Cut-off Dates for Sales and Cash Book Closing for Year 2012

thumbnail

Jan 30hb
Feb 29hb
March 27hb
April 30hb
May 31hb
June 26hb
July 31hb
August 30hb
September 25hb
October 31hb
November 30hb
December 26hb

Kisah Kejayaan Maria Elmar Ramly

thumbnail

Semalam masa lepak-lepak kat rumah, aku kesempatan baca The Bulletin Jan/Feb 2012 majalah percuma yang di hantar oleh public mutual untuk UTC macam aku nih. Dalam ni aku tertarik dgn kisah kejayaan seorang UTC ( namanya macam nama kat atas tu) yang telah buka agensi sendiri setelah lebih 5 tahun dalam public mutual.

Emm.. 5 tahun ya? Bagus2

Bermula dgn part time setelah tgk rakan serumah kerja rilek je tapi hidup mewah gak, katanya le kan. Lepas korek rahsia kwnnya, dia pun join public mutual sebagai part time je, selepas sthn kemudian buat full time biarkan family tak berkenan. Tapi lepas nmpk figure menarik, family pun reda le dgn pilihannya yang ada ijazah dlm geospasial ( kos menda nih, aku pun tak pasti ).

Pada awal 2011 beliau mencapai jualan rm9 juta dan layak pegi jalan2 ke Los Angeles ( bile le aku nak layak ni ).

Boleh jadi motivasi kepada UTC yang lain termasuklah aku.

4th Quater Fund Review 2011 / Ulasan Dana Suku Ke 4 2011

thumbnail
Perghhh..telah terbit kat publicmutual.com.my Ulasan Dana Suku Ke 4 2011. Dokumen yang memberikan maklumat apa yang berlaku pada dana-dana yang korang beli untuk suku k4 2011. Korang boleh cuba baca kat sini:
 
 
Nanti aku bagi plak ulasan aku nanti untuk dana-dana yg terpilih sebab banyak sangat dana, mana larat nak baca semua kan, lagipun korang bukannya melabur dlm semua dana tu kan.
 
Nanti aku buat kajian dulu, dan aku ringkaskan kat blog ni. Tungguuu..

Kadar Baru Caruman KWSP ( Caruman February 2012 )

thumbnail
Adalah dimaklumkan kadar baru caruman syer majikan bagi pekerja-pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah akan berkuat kuasa mulai upah/gaji bulan Januari 2012 (caruman Februari 2012). Kadar baru caruman KWSP syer majikan ini melibatkan dua kategori pekerja seperti berikut:

  • Pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun
    Kadar  baru caruman syer majikan  adalah 13% (kenaikan 1%); tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian A, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991

  • Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas sehingga 75 tahun
    Kadar baru caruman syer majikan adalah 6.5% (kenaikan 0.5%); tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian C, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Selaras dengan perubahan kadar caruman ini, KWSP mengeluarkan Jadual Ketiga Akta KWSP 1991 terkini untuk panduan majikan yang boleh dimuat turun dari laman ini.

Sila klik di sini untuk mendapatkan Soalan-soalan Lazim berkaitan.

Pertanyaan lanjut boleh disalurkan ke:
a.    Maklum balas online melalui Enquiry
b.    Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000
c.    Mana-mana Pejabat KWSP


Tarikh kemaskini: 27 Disember 2011

Padah Sertai Skim Piramid – Rugi Ribuan Ringgit Daripada Syarikat Jualan Langsung. Unit Trust Bukan Skim Piramid Ya

thumbnail
 
Posted: 31 Jan 2012 07:10 PM PST
KEPALA BATAS – Orang ramai di sekitar daerah ini diminta lebih berhati-hati dengan tawaran menyertai sebuah syarikat jualan langsung kerana ia merupakan satu perangkap untuk menipu mereka melalui wang deposit yang dikenakan sebagai yuran keahlian.
Biarpun baru dua kes dikesan berlaku, namun jika dibiarkan tidak mustahil lebih ramai akan menjadi mangsanya kerana terpengaruh bakal memperoleh wang yang banyak yang ditawarkan melalui skim piramid itu.
Seorang mangsa, Mohd Jais Mohamad, 44, berkata, dia tampil mendedahkan kegiatan itu bagi mengelak orang ramai tertipu selepas kerugian RM1,500 hampir sebulan lalu.
"Saya terpedaya selepas dipujuk rayu menyertai skim berkenaan yang menawarkan ganjaran wang tunai tinggi secara mingguan selepas menyerahkan wang deposit keahlian yang ditetapkan.
"Selepas puas menunggu selama empat minggu, bukan kata wang ganjaran yang dijanjikan gagal diterima malah, dua lelaki yang mengaku wakil syarikat terkenal itu gagal dikesan," katanya.
Menurutnya, lebih menyulitkan talian telefon bimbit mereka juga gagal dihubungi hingga menyukarkan dia mendapatkan kembali wang deposit yang dilaburkan itu.
Malah kunjungannya ke pejabat syarikat yang dimaksudkan yang terletak di Seberang Jaya itu juga tidak berhasil apabila dimaklumkan bahawa syarikat itu sebenarnya tidak wujud di situ.
Mohd Jais berkata, disebabkan malu dia hanya mendiamkan diri dan tidak membuat laporan polis, tambahan lagi selepas mendapati dokumen yang diberikan lelaki berkenaan sebenarnya palsu.
Menurutnya, modus operandi dua lelaki berkenaan mudah iaitu mendekati orang ramai di sekitar kedai makan dan restoran di sini sebelum berusaha menawarkan mereka cara mudah memperoleh wang.
"Jika mangsa dilihat boleh 'dimakan', dua lelaki terbabit akan mula berusaha memujuk menyerahkan wang deposit berkenaan dengan janji bakal menerima wang yang banyak secara mingguan.
"Mereka akan terus berhubung dengan mangsa biarpun memerlukan masa berhari-hari dan selepas berjaya memperoleh wang berkenaan mereka menghilangkan diri," katanya.
Mohd Jais berkata, biarpun pada peringkat awal menyedari skim yang ditawarkan itu seakan-akan skim labu peram yang diharamkan namun, disebabkan terpengaruh dengan pujukan lelaki berkenaan dia menyertainya.
"Tambahan pula, ketika itu saya sememangnya memerlukan duit yang banyak untuk menjelaskan hutang membuatkan sanggup meminjam daripada kawan untuk menyertai skim berkenaan.
"Kini, saya rugi berganda kerana selain hilang wang yang ada, keselesaan hidup terganggu kerana didesak menjelaskan wang oleh peminjam berkenaan," katanya.
Mohd Jais mengingatkan orang ramai supaya menolak pelawaan dua lelaki yang berpakaian kemas apabila didekati kerana semua tawaran mereka sebenarnya untuk mengaburi mata bagi memudahkan ditipu.

PIOGF - Dapat distribution 1.50 sen per unit.

thumbnail
Public Mutual mengumumkan PIOGF dapat distribution 1.50 sen per unit. Contohnya:
Kalau korang ada 5000 unit
 
5000 unit x rm0.15 /unit = rm750.
 
TAPI harus ingat Nilai Aset Bersih ( NAV ) akan turun selepas distribution, Jadi Jumlah RM korang tetap sama walaupun ada distribution yang bertujuan untuk mengalakkan pelabur baru dan lama membeli dana PIOGF di sebabkan harganya telah di turunkan.
 
Masa yg sesuai utk beli dana PIOGF ni. Hubungi saya.