Home » » Jepun silap beli pulau

Jepun silap beli pulau

Seorang lelaki memasang poster Pulau Diaoyu di pondok pameran makanan di Shanghai baru-baru ini mengandungi perkataan 'Ikan Pulau Diaoyu tiba di Shanghai'. Tokyo: Bekas duta Jepun ke China menyifatkan tindakan Tokyo membeli pulau Senkaku sebagai satu kesilapan dan tidak kena pada masanya.

Pulau itu yang dikenali sebagai Diaoyu di China mencetuskan kemarahan Beijing hingga menjejaskan hubungan dua hala.
Uichiro Niwa yang berkhidmat sebagai duta Tokyo ke Beijing hingga lewat tahun lalu juga mengakui beliau sendiri tidak memahami mengapa negaranya mengambil langkah membeli pulau berkenaan yang turut dituntut Taiwan.
Seorang lelaki memasang poster Pulau Diaoyu di pondok pameran makanan di Shanghai baru-baru ini mengandungi perkataan  ‘Ikan Pulau Diaoyu tiba di Shanghai’.



Akses maklumat

"Mereka mungkin ada akses kepada maklumat yang saya tidak tahu. Tetapi, secara peribadi, saya berpendapat masanya tidak sesuai," kata Niwa di Kelab Wartawan Asing Jepun.

Niwa yang juga wakil sektor swasta pertama menjadi duta ke China ketika itu mendapati pandangannya bercanggah dengan kerajaan dalam isu berkenaan.

Ia selepas Perdana Menteri ketika itu, Yoshihiko Noda meneruskan rancangan membeli beberapa pulau berkenaan daripada pemilik persendirian.
Ia dianggap bertujuan menghalang pelan Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara membeli dan membangunkannya. Apapun, Beijing nyata marah.


Eksport Jepun terjejas

Ia menyebabkan protes anti-Jepun membawa kepada insiden ganas di China dan menjejaskan dengan teruk eksport Jepun ke pasaran luar terbesarnya.

"Kerajaan Jepun sepatutnya menimbang kemungkinan bahawa mungkin inilah persoalan sebenar," kata Niwa.

Sekurang-kurangnya, katanya lagi, Jepun sepatutnya memberi penjelasan lebih baik kepada China dan masyarakat antarabangsa.

Niwa percaya, Beijing tidak mahu isu tuntutan wilayah bertukar kepada konflik bersenjata.

Beliau juga percaya, China menganggap tindakan Jepun sebagai mencabul persetujuan tidak bertulis untuk mengelak meningkatkan ketegangan.

"Ada pihak di China menganggap Jepun mencabul hubungan berasaskan kepercayaan," katanya.

Beijing juga menganggapnya satu penghinaan kerana berlaku selepas mesyuarat antara Noda dan Presiden Hu Jintao.

"Malang sekali pihak Jepun tersilap mentafsir keadaan," katanya. - AP


Terima kasih kerana membaca Jepun silap beli pulau. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan