Semua pemandu bas ekspres diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk saringan air kencing sebelum memulakan perjalanan mereka menjelang Aidilfitri ini.
Selain itu, pemeriksaan ke atas bas ekspres yang akan membuat perjalanan pada musim perayaan ini akan turut dilakukan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Selain itu, pemeriksaan ke atas bas ekspres yang akan membuat perjalanan pada musim perayaan ini akan turut dilakukan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Malah latar belakang pemandu bas ekspres juga akan diambil kira bagi memastikan hanya mereka dengan mempunyai rekod bersih dibenar membawa bas sepanjang musim perayaan ini.
Pemeriksaan lebih ketat dan bersepadu, termasuk kesihatan pemandu bas serta keselamatan bas ekspres akan mula dilakukan mulai minggu depan." Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi, berkata langkah lebih ketat itu dibuat bagi memastikan keselamatan ribuan penumpang bas ekspres lebih terjamin pada musim perayaan.
Katanya, pemeriksaan itu akan dilakukan di semua terminal bas utama seluruh negara dan di lokasi terpilih secara rambang.
"Pemeriksaan lebih ketat dan bersepadu, termasuk kesihatan pemandu bas serta keselamatan bas ekspres mula dilakukan mulai minggu depan sebelum ribuan penumpang mula pulang ke kampung.
"Pemeriksaan akan dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)," katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri Zon Tongkang Pechah, di Sekolah Kebangsaan Sri Tanjong, Kampung Parit Selulun, dekat sini, semalam.
Aziz berkata, pemeriksaan bersepadu kali ini dibuat bagi memastikan pemandu bas bebas alkohol dan dadah, selain memastikan hanya bas yang dalam keadaan selamat berada di atas jalan raya.
"Pemandu positif dadah atau alkohol ketika pemeriksaan, akan ditahan serta-merta, manakala bas tidak mengikut piawaian dihalang membawa penumpang," katanya.
Sementara itu, Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading menasihatkan orang ramai menggunakan kenderaan sendiri pulang ke kampung Aidilfitri ini membuat pemeriksaan ke atas kenderaan masing-masing.
awal-awal tiket bas dah habis...hehehe
BalasPadamsmlm dalam berita rasanya ada lagih
BalasPadamKeselamatan bas balik kampung perlu diambil berat oleh semua pihak..
BalasPadamdah lama tak naik bas balik kg nih..nak merasai keseronokkannya ntah le bila lagih
BalasPadamsyukurlah pihak berkuasa menjaga kebajikan penumpang bas..
BalasPadamSemoga perjalanan mereka semua selamat..aminn..pemandu bas, tanggungjawab besar kali ni..
BalasPadam