Home » » Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2014

Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2014

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:


Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa


Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2014


STRUKTUR PROGRAM

Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester


SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS



  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

CARA MEMOHON


Iklan pengambilan guru pada tahun ini dijangka akan diwar-warkan pada 9 Mac 2014 di media massa.


Calon tidak perlu lagi membeli nombor pin di BSN seperti tahun-tahun sebelum ini.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan: http://www.moe.gov.my/ mulai 10 Mac 2013. 


Pemohon dinasihatkan memuat turun e-Panduan: http://www.moe.gov.my/artikelkplspm.pdfbagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.


Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.


Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 MAC 2014 (11.59 MALAM). Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.


Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


Terima kasih kerana membaca Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2014. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



6 Komen:

  1. Perkongsian yang berguna ni bagi yang nak jadi guru.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. keje mulia, mlm2 bloh blogging.. hoho

      Padam
  2. terima kasih infonya.. alamak teringin nak jadi cikgu tapi tak tercapai

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu aku rasa tak nak jadi cikgu, skrg rasa maca nak tapi dah terlmbt le plak

      Padam
  3. seronok jadi guru ni..pernah menjadi guru ganti selama 2 bulan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu pengalaman yg best tuh kan..

      Padam