Home » » Tips Turun Berat Badan dengan Cepat dan Selamat

Tips Turun Berat Badan dengan Cepat dan Selamat

alam semua, untuk mereka yang tercari-cari tips turunkan berat badan dengan cepat dan selamat.. Ini dia, boleh lah korang cuba amalkan.Formula utk Menurunkan Berat Badan dengan Cepat dan Selamat adalah mudah..jika anda mengikuti cara yg diberikan...

1. Makan pagi hendaklah diambil selepas sejam bangun dari tidur... KENAPA? Badan kita memerlukan bahan makanan utk membakar bagi meninkatkan kadar metabolik.... Pentingnya makan pagi utk meningkat oksigen di dalam badan serta paling penting adalah Otak kita...kerana anda akan lebih fokus serta idea2 bernas dan akan berjln dgn laju... JIka lambat makan anda akan lapar dan tentunya anda akan makan dgn banyaknyaaa....lagi anda akan cepat mengantuk selepas makan waktu begini... anda akan hilang fokus kerja dan kekurangan idea serta tindakan... yg teruknya rasa MALAS... lagi ialah kadar metabolik anda adalah rendah diwaktu ini, jika lambat makan...

2. Waktu rehat pukul 10.00 pagi perlu makan...jika anda breakfast diawal pagi iaitu jam 6.00 atau 7.00 pagi...pukul 10.00 pagi anda perlu mengambil makanan... ini kerana perut kita memerlukan bahan makanan selepas 3 - 5 jam... Biasanya makanan yg paling sesuai ialah 1 jenis buah/ 1 biji buah bersama 1 gelas (250 ml) air kosong..ini kerana kita akan bersedia utk makan tengahari pulak...

3. Makan tengahari anda disarankan mengambil lebih banyak lauk iaitu sebesar tapak tangan masing2... contoh lauk ayam (isi dada) - jika nasi ambil 7 - 12 suap (mengikut tangan masing2 - kerana melambangkan saiz sebenar diri anda...), kemudian pastikan ambil pelbagai warna sayur-sayuran - kerana setiap warna sayur mempunyai vitamin yg berbeza... ambil antara 10 - 16 sudu sayur... setiap hidangan... jangan lupa minum air yang banyak iaitu 2 - 3 gelas air kosong...

4. Pukul 4.00 -5.00 ptg mesti makan sbb jarak antara makan tengahari ke mlm adalah panjang...so sila makan sebiji buah bersama air kosong (sejuk dan panas tak mengapa)...

5. Jika makan petang, pastikan jaraknya antara 3 - 4 jam untuk bersedia makan mlam... cara makan lebih kurang sama dengan waktu tengahari atau anda lebih baik makan lauk saja bersama sayur-sayuran...

6. Pastikan ambil minuman manis sekali sehari sahaja... elakkan minuman yg jenis 3 in 1. biasanya ianya mengandungi gula yg tinggi..

7. Masak secara bakar, panggang dan kukus adalah lebih baik dan mempercepatkan penurunan berat badan... Jika menggoreng pakai minyak yg kurang atau tak ada kolesterol...

8. Makan buah dan sayuran 3 - 5 kali sehari.... Minum air mengikut berat badan anda iaitu :-
Berat badan 50 - 60kg - mimum air sbyk 2.5 litre sehari
Berat badan 61 - 70kg - minum air sbyk 3 litre sehari (2 botol mineral bekas besar - 1.5L setiap satu botol)
Berat badan 71 - 80kg - minum air sbyk 3.5 litre sehari
Berat badan 81 - 100kg - minum air sbyk 4 litre sehari 

8. Lakukan senaman 4 - 5 kali seminggu... lakukan selama 30 min ke atas tanpa henti dengan intensiti yg sederhana dan juga tinggi... KENAPA 30 min? sbb lemak baru terbakar selepas 30 minit senaman dan selepas 45 min hingga sejam baru protein yg jahat dapat dibakar... Jika intensiti yg agak perlahan lakukan dlm masa 2 jam tak mengapa...

9. Lakukan senaman yg berlainan setiap kali.... cth ahad aerobik dance hari sabtu - Step aerobik - Isnin - Kick boxing - Rabu atau sabtu - Gym (cardio dgn treadmill atau basikal - otot bhg atas, otat tengah dan otot bhg bawah), Isnin - Squash, Rabu - Berenang. KENAPA? sbb otot2 badan jika lakukan dengan pelbagai aktiviti yg berlainana akan mempercepatkan proses pembakaran kalori dan penurunan berat badan secara stabil.

10. Sila mengambil tambahan vitamin-vitamin kerana di dalam masakan dan jenis makanan yg kita makan belum mencukupi zat yg diperlukan sebenar oleh badan...

11. Untuk menurunkan berat badan secara selamat dan sihat hanya ada 2 cara sahaja iaitu 70% menjaga permakanan anda dan 30% menjalani latihan/senaman.


Terima kasih kerana membaca Tips Turun Berat Badan dengan Cepat dan Selamat. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



6 Komen:

  1. boleh cuba tips yang encik arman bagi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. berat badan ni masalah beso..

      Padam
  2. tips menarik.. nak kurus pun tak perlu diet hingga terus skip makan

    BalasPadam
  3. Kena ada motivasi kalau hendak turunkan badan. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahla

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni yg sukar sebenarnya, motivasi...

      Padam