Home » , , , » Kenapa akaun adsense kena banned?

Kenapa akaun adsense kena banned?

Memang ramai yang ada akaun adsense dan kena banned? Rata-rata adsense pernah kena banned sebab banyak factor, tetapi kalau sebab-sebab yang remeh seperti tajuk berbau sex, gambar tak senonoh, ini kita boleh buat rayuan dalam masa 3 hari dari tarikh google hantar email menyatakan akaun adsense ke banned. Isi boring melalui link yang di sediakan dan biasanya google akan unbanned balik. Kebiasaannya sebab-sebab simple macam nih ler, try and error kata orang. Ada juga program yang menjadi alternatif kepada google adsense kalau anda nak cuba.

Sebab akaun adsense senang di banned


Ubah suai kod

Tak perlu ubah suai kod adsense. Kod tu dah cantik dah dan kita hanya guna je kod adsense tuh dan letak dalam lokasi yang sesuai blog, contohnya letak adsense di tengah-tengah post. Google lebih bijak dari kita. Google akan tahu kalau kita main ubah-ubah kod adsense. Ubah macam mana, saya pun tak arif tentang nih sebab saya takde main ubah-ubah kod adsense nih – takut kena banned akaun angsa emas nih.
Klik sini

sebab akaun adsense kena banned

Jangan letak ayat seperti ‘ klik di sini ‘ untuk merujuk kepada akaun adsense. Sekejap jer google boleh kesan kalau letak ayat-ayat macam nih. Google nak visitor klik sebab memang nak tahu sesuatu produk yang di tawarkan bukan sebab terpengaruh dengan ayat-ayat yang blogger tulis. Google nak jaga pengiklan lebih utama dari jaga publisher macam blogger. Jadi awas, elakkan meletakkan ayat-ayat seperti di atas.

Klik adsense sendiri

Klik adsense sendiri! Uh mak aiii.. ni paling di di larang. Jangan sesekali cuba, kena banned kan naya. Tak pun income dari klik sendiri tu akan di tolak dari akaun adsense bila kita nak cash duit adsense nih. Selain dari klik sendiri, menyuruh orang lain klik juga adalah satu kesalahan. Buat geng klik-klik pun tak boleh, kantoi nanti hilang angsa emas kita. Jadi buatlah secara berhemah dan patuhi syarat-syarat google adsense.


Ok perkongsian tentang buat duit dari google adsense untuk kali nih. Jumpa lagi lain kali dengan entri yang lebih hebat mengenai google adsense. Oh ya, nak baca sedikit tip untuk apply akaun adsense, ada satu pernah tulis dalam entri sebelum nih.


Terima kasih kerana membaca Kenapa akaun adsense kena banned?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



8 Komen:

  1. kalau tak tuan sendiri klik banyak..banyaklah dapat kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh, mana aci cam tuh kan

      Padam
  2. Banyak kena belajar dari EA. Terbaik tips yang ini.Boleh dijadikan panduan yang berguna.

    BalasPadam
  3. saya bukanlah pakarnya, cuma berkongsi pengalaman je untuk kebaikkan dan pertukaran ilmu ( skima siot ayat)

    BalasPadam
  4. dah lama sangat akaun saya kena banned ho oh

    BalasPadam
  5. satu nasihat dari seorang yang bakal menjadi pakar maa..

    BalasPadam