Pendapatan ke 8 Adsense

Dekat-dekat raya ni. boleh pula cash out duit dari google adsense. Biasanya orang tak dedahkan berapa diorang dapat kan, jadi saya pun tutup le pendapatan ke 8 adsense saya buat kali nih. Korang mesti dapat agak nilainya berapa kan. Tak banyak, tapi bagi orang biasa cam saya nih, tinggi nilainya.

Pendapatan ke 8 adsense kali nih agak perit sikit setelah google main tukar setting adsense nih. Paling teruk untuk kali nih apabila ads adsense tak boleh keluar dekat homepage, tapi di post page takde masalah. Benda ni masih tak settle lagih hingga saya tukar ads ke affiliatte ashadee. Lagi pun blog ni takde le memberikan pendapatan adsense yang besar kat saya. Saya ada beberapa blog dan forum dengan niche yang berbeza.

Jangan ingat dengan blog ni jer saya buat duit dengan adsense nih. Tapi standard blogger, blog-blog lain saya tak akan bagitahu urlnya. Kalau lama-lama follow saya kat facebook, ada jugak terselit nama-nama blog yang saya letak adsense. Macam-macam template telah saya gunakan tapi semunya yang free je. Best ooo free banyak boleh belajar tentang setting blog adsense. Kalau nak belajar tentang buat duit dengan adsense, panduan adsense ni terbaik.

Pendapatan ke 8 google adsense


Dekat-dekat raya ni elok sangat le dapat duit nih, boleh beli baju raya, takde lagi nih. Belum jumpa yang segak dan kacak untuk di pakai. Yang tahun-tahun lepas pun boleh pakai lagi, macam-macam warna ada dalam almari tuh. Rasa cam membazir plak sebab sekali sekala je pakai. Tapi orang kata raya setahun sekali, boleh ke terima alasan nih.

buat duit google adsense
Email dari google mengenai payment adsense

cara cash out adsense
Kena ada resit nih baru boleh cash out adsense. Eh lupa tutup amaunt, takpe le.

Kereta dah tip top. Tayar 2 bijik dah tukar masa promosi bridgestone 2-3 minggu lepas, murah le skit sebab yang  lama dah licin bebenor. Camne nak menjalar di jalan Cameron Highlang kalau dah botak kan, bahaya tuh.

Selamat hari raya


Selamat hari raya saya ucapkan kepada pengunjung blog nih semuga ukhwah kita berpanjangan:

Balik kampung konvoi kereta
Tapi jangan lupa puasa
Maaf maafan sesama kita
Eh selamat hari raya.

( jawab jawab jawab.. tu pun kalau terror pantun la )


Terima kasih kerana membaca Pendapatan ke 8 Adsense. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



8 Komen:

  1. terbaik la dapat duit adsense..
    jarang dapat .. setahun sekali baru le lepas minimum payout

    BalasPadam
    Balasan
    1. steadu tuh bro, lama2 makin cepat dapat tuh

      Padam
  2. tak banyak atau tak sikit tapi dapat jugakan heee..syukrlah sebab tak semua orang ada kesungguhan nak buat benda ini ya tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena banyak sabar le yer, lain la kalau trafik kencang kan sis

      Padam
  3. Tahniah bro arman. banyak dapat dengan adsense tu ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sikt sikit lama lama jadi bukit tak pun gunung kan bro.

      Padam
  4. Alahamdulilah... Rezeki juga kan boleh laa nanti buat coaching untuk saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ocj sebotol tuan.. usahawan muda yang patut di kagumi. Adsense, boleh je kalau nak bagi tip, kat blog ni pun dah banyak nih.

      Padam