Panduan buat duit Google Adsense

Panduan buat duit Google Adsense. Panduan pasal adsense ni semakin popular sebab masih ramai yang mencari-cari ilmu adsense dan cara terbaik nak buat duit dengan adsense melalui blog. Paling utama sebab buat duit adsense dalam USD dan iklan jenis PPC yang keluar adalah berkaitan dengan entri dalam blog. Jadi kebarangkalia nak dapat klik adalah tinggi. Boleh juga letak iklan adsense dalam blog bahasa melayu, tiada masalah setakat nih kecuali 3-4 bulan lepas ada masalah dalam blog bahasa melayu, sekarang dah ok.

Daftar google adsense


Sebelum nak buat duit  dengan adsense, kena daftar dulu akaun adsense kat google.com/adsense. Pendaftaran makin lama makin susah tapi masih banyak akaun baru yang approve. Boleh bacalah  sedikit tip-tip untuk apply akaun adsense dengan cara yang selamat dan betul tapi tiada jaminan akaun adsense anda akan di terima oleh google.

cara daftar adsense
Daftar akaun adsense di google.com/adsense


Anda boleh cari kat Fb ada rakan-rakan yang menyediakan perkhidmatan apply akaun adsense nih dengan sedikit bayaran ( mungkin dalam rm250 ). Kalau tak nak susah-susah apply, boleh guna khidmat mereka. Mereka pun akan upah orang lain buat entri yang original dan apply akaun adsense untuk sesiapa yang berminat. Kalau rasa cam susah nak dapatkan akaun adsense, boleh cuba sistem seakan-akan adsense iaitu buat duit dengan H12 Media - senang apply dan guna.

Dah daftar, next?


Setelah dapat akaun adsense, jagalah dengan baik. Jangan gunakan cara yang tak betul untuk dapatkan klik kerana ada kemungkinan akaun adsense anda akan di ban oleh google. Hati-hati dengan yang ini sebab ramai yang tak sabar nak dapat income lebih. Orang kata, jaga akaun adsense seperti menjaga ibu angsa emas yang boleh memberikan emas kepada tuannya. Lagi satu jangan klik iklan adsense sendiri - sesekali jangan cari nahas sebab susah nak dapat akaun adsense nih. Cuba baca kenapa akaun adsense akan kena ban.
panduan buat duit adsense malaysia
Apakah rahsia yang terdapat dalam adsense?
Apa yang ada dalam akaun adsense nih? Banyak benda yang kita boleh tahu mengenai akaun adsense ni. Pendapatan, kos iklan statistik dan tip-tip untuk membantu kita set iklan adsense.

Lepas ada akaun adsense, ambil kod iklan yang di sediakan dan letakkan kat blog di lokasi iklan adsense yang sesuai. Jangan letak sebarangan jer nanti susah dapat klik. Cuba nampak iklan adsense tak seperti satu iklan, kebarangkalian untuk dapat klik adalah tinggi.

Cara pasang iklan adsense

cara pasang kod adsense di blog
Terdapat banyak cara nak pasang kod adsense di blog


Cara nak masukkan iklan adsense ada saya kongsikan dalam entri sebelum nih. terdapat banyak cara dan yang penting biarlah cara tersebut kita boleh monitor pendapatan adsense tu datang dari kod yang kita letak mana supaya senang lain kali kita nak edit atau ganti kod yang tak mendatangkan hasil. Setting ni ada dalam akaun adsense yang telah kita dapat.


Tak susah pun nak letak kod adsense dalam blog, lebih kurang nak letak nuffnag jugaklah. Cuma bila kita nak letak di tempat-tempat yang strategi, kita kena edit template tuh. Itu yang mencabar sikit ler sebab nak kena tahu bagaimana nak edit template.

Tip meningkat pendapatan adsense

tip dan panduan buat duit adsense
Banyak tip dan panduan adsense secara online

Nak buat duit dengan secara online dengan adsense ni tak boleh sebarangan jer. Kena ada panduan dan tip daripada mereka yang telah berjaya mendapatkan duit dari adsense sebab banya try dan error telah di buat untuk mencari cara bagaimana meningkat pendapatan dengan adsense nih. Banyak tip dan panduan adsense yang saya telah kongsikan hasil dari pengalaman saya dan pembacaan saya tentang adsense ni.

Dalam tip dan panduan ini, ada juga menyentuh tentang lokasi terbaik untuk letak iklan adsense ( dan juga iklan-iklan lain seperti nuffnang, h12 media dan sebagainya ). Boleh cuba apply kat blog kita dan tengok hasilnya dalam masa 3 bulan, meningkat ke tidak pendapatan online kita.

Akhir kata, selamat mencuba buat duit dengan adsense, pasti kita tak akan kecewa. Ramai dah gunakan adsense nih dalam blog masing-masing. Kalau kita rajin baca tip-tip buat duit dengan adsense ( official ), kita akan jumpa cara yang sesuai dengan kita dan blog kita.

Selamat mencuba.




Terima kasih kerana membaca Panduan buat duit Google Adsense. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



14 Komen:

  1. Memang best buat duit dengan adsense ni. Dibayar dalam USD.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tukar ke rm, gak masyuk gak ler.

      Padam
  2. Terima kasih bro berkongsi info tentang google adsense ni. Dah lama nak buat di blog saya, namun tak tahu caranya. Semoga panduan ini boleh diguna pakai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh buat bro, janji nak dan minat, lain2 akan menyusul.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  3. adsense ni cerewet .. tpi bila dah dpaat ... pergh penuh poket

    BalasPadam
    Balasan
    1. erkk.. yg ni saya tak setuju, ada lagi yg lebih cerewet.

      Padam
  4. ebook apa yg trbaik untuk blajar adsense ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba baca entri nih, kot2 membantu
      http://www.encikarman.com/2014/08/panduan-buat-duit-google-adsense.html

      Padam
  5. bagaimana nk dapatkan akaun adsense..adakah sy perlu membeli untuk dapatkan akaun adsense..berapakan harganye

    BalasPadam
    Balasan
    1. akaun adsense boleh apply sendiri tetapi susah nak approve sbb blog kena mantap baru lulus. Kalau nak ambil servis org buat pun boleh, bayaran agak mahal, lebih kurang rm300 sbb byk kerja kena buat tu.

      Padam
  6. Anda pernah dengar tentang kerja klik iklan dan anda akan dibayar nilai usd..kerjanya amat mudah dan tidak terikat dengan masa.anda rajin akan dapat manfaatnya..jika berminat sila klik atau copy paste link yg saya sertakan di bawah pada carian anda:

    http://wad.ojooo.com/register.php?ref=Bidun

    BalasPadam
  7. Anda pernah dengar tentang kerja klik iklan dan anda akan dibayar nilai usd..kerjanya amat mudah dan tidak terikat dengan masa.anda rajin akan dapat manfaatnya..jika berminat sila klik atau copy paste link yg saya sertakan di bawah pada carian anda:

    http://wad.ojooo.com/register.php?ref=Bidun

    BalasPadam