Tarikh penubuhan dana unit trust public mutual

Dana unit trust public mutual. Kat sini saya nak membincangkan mengenai dana unit trust public mutual sahaja. Dalam  unit trust public mutual terdapat banyak dana yang merupakan produk-produk unit trust yang di tubuhkan secara berperingkat. Bila sesuatu dana habis terjual, dana tersebut akan di tutup untuk di langgan dan tidak akan menerima pelaburan baru untuk dana unit trust tersebut sehinggalah ada pelabur yang menjual dana yang mereka pegang, akan di beli oleh public mutual dan akan di tawarkan kepada pelabur baru. Banyak lagi panduan melabur dalam unit trust di Malaysia yang boleh di pelajari.

Terdapat beberapa kategori dana dalam unit trust public mutual iaitu dana ekuiti, dana aset campuran, dana sukuk, dana pendapatan tetap dan dana pasaran wang. Kenapa ada banyak kategori dana? Sebab pelabur mempunyai kemampuan menangung risiko yang berlainan. Ini secara umum sahaja.

Kat blog ini , saya akan hanya membincangkan mengenai dana ekuiti kerana kebanyakkan rakyat Malaysia membeli dana-dana ekuiti.

Bila Dana Unit Trust Di Tubuhkan?


Penting untuk kita mengetahui bila sesuatu dana tersebut di tubuhkan atau mula di jual kerana daripada sana kita dapat melihat rekod keuntungan atau kerugian sesuatu dana dan mendapatkan gambaran lebih jelas tentang prestasi dana walaupan rekod lepas tak menjamin pencapaian semasa.

dana islamik unit trust public mutual
Tarikh penubuhan dana islamik unit trust public mutual
(kredit: publicmutual.com.my)



Lihat pic di atas, ada dana di tubuhkan pada 2003 dan ada yang baru di tubuhkan 2014. Jadi bila nak membeli dana, ejen akan melihat rekod sebelum ini. Untuk dana tahun 2003, sudah tentu ada rekod prestasi sebelum ni, bagus ke tak. Dan bagi dana baru, kita belum tahu lagi macam mana prestasi dana tersebut tetapi dana baru harganya rendah dan ii menjadi tarikan untuk pelabur dengan harapan harga dana tersebut akan terus meningkat.

Nanti saya akan cuba membincang lebih lanjut tentang dana-dana terpilih.


Terima kasih kerana membaca Tarikh penubuhan dana unit trust public mutual. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



2 Komen:

  1. sekarang macam cara ada untuk buat simpanan bijakkan.cuma kita perlu memilih

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg susahnya, nak pilih yang mana satu yang di katakan terbaik.

      Padam