Temuduga kerja kerajaan. Ramai yang mengimpikan untuk bekerja dengan kerajaan tetapi tidak ramai yang berjaya. Kenapa agaknya? Mesti ramai yang isi borang online kan dan tertunggu-tunggu panggilan sama ada exam online SPA dan juga temuduga kerja kerajaan.
Jika anda dah terpanggil oleh SPA, syukur lah dan yang tidak di panggil-panggil walaupun dah lama isi borang spa online, bersabar ya. tetapi tidakkah anda terfikir, kenapa ada yang di panggil dan kenapa tidak. Di mana silapnya situasi ini. Apa yang SPA tengok untuk memilih calon exam online spa atau temuduga spa.
Bagi yang telah di panggil temuduga kerja kerajaan, sudahkah anda membuat persedian rapi. Jangan ingat temuduga kerja kerajaan tak perlu buat persediaan, rugilah anda. Ini peluang anda untuk berjaya mendapat kerja dengan kerajaan. Jadi kena buat betul-betul.
Dilema Calon Nak Hadapi Temuduga Kerja Kerajaan
Kebanyakkan calon temuduga kerja kerajaan
akan mengalami ataupun merasai benda yang sama iaitu:
Dipanggil temuduga kerja kerajaan tetapi
gagal – yang ni bernasib baik juga lah sebaba di panggil temuduga kerja
kerajaan ni tetapi asyik gagal sahaja, tak pernah Berjaya untuk bekerja dengan
kerajaan yang menjanjikan jaminan kerjaya yang stabil dengan
kelebihan-kelebihan yang tiada jika bekerja dengan syarikat swasta. Kenapa anda
gagal? Atau pun kenapa anda belum Berjaya lagi sedangkan anda telah di panggil
temuduga kerja kerajaan?
Lagi terasa lagi jika sudah berkali-kali
memohon kerja kerajaan tetapi temuduga pun tidak di panggil. Apa yang terjadi
sebenarnya. Apa yang kerajaan nakkan dari calon-calon yang memohon temuduga
kerja kerajaan ini. Adakah panduan yang memberikan maklumat lanjut mengenai
benda ni, jawapannya ada. Anda akan jumpa sekejap lagi.
Baru habis belajar – ini memang tak boleh
buat apa la, kena cari panduan untuk lulus temuduga kerja kerajaan ni sebab dah
memang tiada pengalaman nak temuduga – kosong. Katakan habis belajar kat
university, dapat keputusan bagus, mohon kerja kerajaan dan di panggil
temuduga. Ok setakat tuh dah settle kan tetapi macam mana nak hadapi sesi
temuduga tersebut? Mungkin ada di ajar secara asasnya masa belajar dulu, secara
detailnya tidak tahu.
Tambah-tambah lagi kalau nak menjawab
soalan killer daripada penemuduga. Soalan killer ni macam satu cara penemuduga
untuk memahami anda melalui jawapan yang anda bagi. Ada maksud tersirat
daripada jawapan yang anda bagi. Kalau anda tersilap jawap, penemuga pun akan
tersilap anggap tentang anda.
Ini sangat penting dan anda boleh mengatasi
masalah ini jika anda membaca pengalaman abang-abang dan akak-akak anda yang
pernah menjalani temuduga kerja kerajaan sebelum ini. Ada juga panduan yang
telah di bukukan oleh mereka yang berusaha untuk membantu calon temuduga kerja
kerajaan ini. Saya sarankan anda dapatkan panduan ini yang dalam bentuk
softcopy ( pdf ) supaya anda lebih yakin untun menjalani temuduga nanti.
Lemah Bahasa Inggeris – yang ni di kalangan
orang Melayu memang terjadi terutama bagi calon-calon temuduga kerja kerajaan
yang berasal dari kampong. Saya tak katakana semuanya tetapi segelintirnya
memang macam ni. Sebab utama ialah suasana sekeliling di mana semasa di kampong
anda jarang mempraktikkan Bahasa inggeris ni berbanding dengan suasana bandar.
Tetapi calon-calon temuduga dari bandar juga menghadapai masalah yang sama.
Sebenarnya masalah Bahasa inggeris ni boleh
di kurangkan jika anda hanya mengetahui apa yang hendak di tanya oleh panel
penemuduga di mana anda boleh siapkan awal-awal jawapannya di dalam Bahasa
inggeris. Dah ada garis panduan untuk jawapan, maka anda akan lebih yakin untuk
bercakap di dalam Bahasa inggeris. Tak perlu terror sangat tetapi jangan tidak tahu
langsung. Itu sudah ok dan sudah membolehkan anda Berjaya dalam temuduga kerja
kerajaan.
Kelebihan Bekerja Dalam Sektor Awam
Banyak kelebihan bekerja dalam sector awam
atau pun dengan kerajaan ni, memang banyak dan lebih baik daripada dulu. Sebab
tu sekarang graduan berlumba-lumba untuk memasukki sektor awam ni
Elaun Perumahan – ya, jika bekerja dengan
kerajaan, anda akan dapat elaun perumahan setiap bulan! Wow bestkan, kerja
dengan swasta boleh dapat ke? Dapat pangkat biasa-biasa takdenya elaun perumahan
seperti bekerja dengan kerajaan ni. Setiap bulan boleh dapat tu. Ringanlah
sikit beban untuk bayar sewa rumah tu tetapi jika anda tinggal kat kuarters
kerajaan, maka tak dapatlah elaun perumahan ni.
Cost Of Living Allowance ( COLA ) – anda
akan dapat juga elaun COLA ni. COLA ni mengikut tempat. Jika bandar-bandar
besar, COLA ni banyak le dapat. Dapat mengurangkan kos taraf hidup yang tinggi
di bandar-bandar.
Imbuhan Tetap Khidmat Awam ( Itka ) – imbuhan tetap pun ada sebagai
menghargai jasa anda berkhidmat dengan kerajaan. Orang kerja swasta tak dapat
ni ya. Imbuhan tetap ni tetapi tak tahu la saya berapa ringgit imbuhan tetap
khidmat awam ni.
Kenaikan gaji setiap tahun – kalau dulu
kenaikan gaji orang kerja kerajaan ni sikit jer tetapi tidak lagi sekarang.
Kalah orang swasta ni dari segi kenaikkannya. Lagi lama bekerja dengan
kerajaan, lagi tinggi kenaikkan gaji mereka ni. Jadi kalau anda dapat kerja kerajaan ni, kerja je le, jangan
berhenti. Ada kelebihannya kalau jadi senior ni.
Pinjaman Perumahan – ini yang best. Rate
rendah sahaja. Banyak untuk dan jimat kat sini. Anda cari rumah, dah jumpa dan
beli guna pinjaman kerajaan. Rate sangat rendah berbanding dengan bank-bank
swasta yang ada. Ini kelebihan kerja kerajaan yang paling besar saya Nampak setakat
ni. Selain itu anda juga boleh buat pinjaman beli computer dan kereta.
Peluang Sambung Belajar – ini lagi satu
kelebihan orang kerja kerajaan ni, peluang untuk sambung belajat dengan gaji
yang penuh. Iya, tak perlu kerja tetapi gaji jalan. Pergi belajar sahaja,
mungkin setahun dua belajar dengan gaji masuk seperti biasa dan bila habis
belajar, dapat kerja balik dan juga dapat sijil/ijazah/diploma. Kan best tuh.
Peluang Pergi Kursus – kursus ni penting
untuk meningkat ilmu anda dan juga untuk menambah nilai diri anda dalam
pekerjaan. Setiap tahun ada kursus yang perlu anda hadiri. Kadang-kadang di
pulau, kadang-kadang di hotel yang best-best. Semuanya di berikan percuma, anda
hanya perlu hadirkan diri sahaja. Transport juga di sediakan. Tak perlu risau apa-apa.
Banyakkan kelebihan bekerja denga kerajaan
tetapi itulah susah juga nak lulus untuk bekerja dengan kerajaan ni. Temuduga
SPA pun nak kena buat persedian juga. Kalau anda tak buat persedian yang serius
dan jika calon-calon buat persedian, maka anda akan ketinggalan. Rugi anda jika
dapat peluang temuduga tetapi tidak buat persediaan untuk lulus temuduga kerja
kerajaan.
Mengikut kajian, anda hanya mempunyai 3.33%
sahaja peluang untuk dapat kerja kerajaan kerana calon yang di panggil temuduga
sangat ramai tetapi jawatan kosong kerja kerajaan sikit sahaja.
Mitos Nak Masuk Kerja Dengan Kerajaan
Ada beberapa mitos yang tertanam dalam
fikiran kebanyakkan orang tentang peluang untuk bekerja dengan kerajaan ni.
Mitos ini sejak turun temurun lagi menyebabkan ramai calon yang tidak memandang
serius peluang untuk Berjaya dalam temuduga kerja kerajaan kerana merasakan
tiada harapan untuk lulus dalam temuduga kerja dengan SPA ni.
Sebelum menghadapi temuduga kerja kerajaan
ni, anda mestilah buang jauh-jauh mitos seperti di bawah:
Ada kabel baru Berjaya – ini anggapan
salah. Kalau dulu saya setuju, sekarang ni tak lojik lagi dah. Guna kabel ke
tak ke, jiak tidak lepas temuduga, maka tak dapat le kerja dengan kerajaan.
Jangan di sebabkan benda ni anda berputus asa awal-awal lagi. Buatlah
persediaan dengan cara yang betul dan cuba dapatkan pekerjaan dengan kerajaan
melalui saluran yang sah.
Saya sudah 5 tahun pengalaman – pengalaman
ini pun tidak menjamin anda akan Berjaya dalam temuduga kerja kerajaan.
Pengalaman dan mungkin berbeza dengan kerja kerajaan terutamanya kalau
pengalaman anda dengan syarikat swasta. Jadi masa temuduga jangan anda
tunjukkan sikpa eksyen anda ya. Jadilah calon yang merendah diri dan cuba
serlahkan pengalaman anda itu dengan cara yang baik dan professional.
Kerja kontrak dengan kerajaan – ini
pun lagi satu mitos. Jangan ingat sudah
kerja secara kontrak dengan kerajaan akan di berikan pekerjaan tetap. Semuannya
kena melalui proses temuduga dan sudah tentu yang kontrak mempunyai
kelebihannya. Tetapi yang belum berkhidmat dengan kerajaan, juga boleh
menandingi yang sudah bekerja kontrak ni
dengan membuat persediaan yang rapid an cuba dapatkan panduan untuk Berjaya
dalam temuduga kerja kerajaan yang di garap dan di update sesuai untuk temuduga
kerja kerajaan.
CGPA 3.5 – keputusan peperiksaan yang bagus
tidak menjamin anda untuk Berjaya dalam temuduga kerja kerajaan ni. Jangan
ingat keputusan final year anda bagus anda ada advantage untuk dapat kerja dengan kerajaan. Untuk dapat peluang
temuduga mungkin ya tetapi untuk lulus temuduga bergantung kepada keadaan masa
anda di temuduga. Cuba buat persediaan serapi mungkin.
Dah baca pelbagai buku temuduga – iya,
ramai yang dah baca pelbagai buku panduan temuduga tetapi sudahkan anda baca
buku panduan temuduga untuk kerajaan Malaysia? Ini lebih focus kepada kaedah
untuk Berjaya dalam temuduga kerja kerajaan. Juga terdapat contoh-contoh soalam
temuduga kerja kerajaan ni. Bahagian itu
yang bestnya.
Tidak mudah tetapi bukan mustahil
sebenarnya untuk berjaya dalam temuduga kerja kerajaan ni. Melalui kajian, 90%
calon tidak membuat persedian menghadapi temuduga kerja kerjaan ni. Di sini
peluang untuk anda. Bagi calon fresh grad pula, mereka kurang dari segi
kekurangan pendedahan dengan teknik temuduga. Iyalah sebaba kali pertama
menghairi temuduga kerja kerajaan.
Selain daripada itu, sebab lain gagal
temuduga kerja kerajaan ialah tidak membuat persediaan dari segi komunikasi dan
pertuturan menyebab anda tiada idea untuk menjawab soalan panel penemuduga.
Penampilan juga penting dan di berikan juga markah untuk anda. Jangan abaikan
hal penampilan ni.
Dan yang lebih teruknya ialah over
confident. Terlalu yakin tetapi semasa menjawab soalan temuduga sikap ini akan
terserlah dan dapat di kesan oleh panel penemuduga. Jadi awas. Hati-hati semasa
di temuduga. Jaga Bahasa anda sebab kadang anda akan menggunakan Bahasa negeri
anda di mana ini tidak di bernarkan dalam temuduga kerja kerajaan.
Sudahkan Anda Baca Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan?
Terdapat satu laporan yang menyediakan
bahan-bahan yang berkaitan dengan cara untuk lulus temuduga kerja kerajaan?
Laporan ini bagi saya paling lengkap hingga saat ini tentang temuduga kerja
kerajaan ni di mana laporan temuduga ini sentiasa di update mengikut keadaan
semasa.
Laporan yang di nama Rahsia Lulus Temuduga
Kerajaan ini di buat dalam bentuk pdf yang boleh di baca melalui computer anda
ataupun boleh juga di print.
Apa yang menarik tentang Rahsia Lulu
Temuduga Kerja Kerajaan ini ialah:
Lebih 500 calon yang Berjaya di tanya –
dalam penyedia laporan ini, terdapat lebih dari 500 orang calon yang telah
Berjaya di temuramah dan di tanya soalan bagaimana beliau boleh Berjaya
temuduga. Hasil kajian ini di muatkan dalam laporan temuduga ini supaya
kandungan laporan ini releven dengan apa yang dikehendaki oleh panel
penemuduga.
Rahsia dari panel penemuduga – terdapat
juga tip-tip daripada bekas panel penemuduga berdasarkan pengalaman mereka, apa
yang merak hendak daripada calon temuduga kerja kerajaan dalam sesi temuduga
tersebut. Ini kiranya temuduga tu dari sudut panel penemuduga. Menarik kan dan
tidak sama dengan buku-buku mengenai temuduga yang terdapat di pasaran.
Rahsia penceramah – terdapat juga rahsia
daripada penceramah yang mengadakan bengkel atau kursus kepada panel penemuduga
ini. Tip-tip yang di kongsikan untuk Berjaya dalam temuduga kerja kerajaan ni.
Pelbagai buku temuduga – dalam penyedian
laporan temuduga kerja kerajaan ni, pihak terlibat telah mengkaji banyak buku
mengenai temuduga dari dalam dan luar Negara dan di masukkan ke dalam laporan
ini untuk lebih memberikan kandungan yang bermanfaat kepada calon temuduga
kerja spa. Jadi, anda tidak memerlukan rujukan lain lagi jika anda di panggil
untuk menghadari temuduga kerja kerajaan sekarang.
Bagaimana laporan ini boleh membantu calon temuduga kerja kerajaan
Laporan ini mudah di fahami oleh mereka
yang ada SPM ke, ataupun master. Bahasa yang di gunakans angat mudah. Jika
masih tidak faham, anda boleh tanyakan soalan kepada pihak yang membuat laporan
ini.
Menjimat masa anda untuk mencari tip
temuduga. Laporan ni paling lengkap setakat ini untuk menghadapi temuduga kerja
kerajaan. Anda tidak memerlukan rujukan lain lagi untuk menghadari temuduga
kerja kerajaan. Laporan ini memang mengfokus kepada kerja kerajaan.
Anda akan di tunjukkan langkah demi langkah
untuk menghadapi temuduga ini – persediaan sebelum temuduga, semasa temuduga
dan apabila temududa telah habis. Langkah demi langkah di tunjukkan dengan
jelas dan mudah di fahami.
Laporan ini sesuai dengan semua jenis
pangkat yang anda ditemuduga. Dari pangkat rendah hingga ke pangkat atas. Anda
akan berasa lebih yakin untuk menghadapi temuduga kerajaan. Cuba bayangkan jika
anda tidak membuat persediaan? Mesti anda keliru dan tertanya-tanya bagaimana
temuduga ini di jalankan.
Apa Kandungan Tambahan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan?
Terdapat 4 Kandungan Tambahan untuk laporan
Berjaya Temuduga Kerja Kerajaan ini.:
Teknik menjawab soalan temuduga kerja
kerajaan – teknik penting untuk setiap soalan. Jangan main jawab sahaja. Setiap
jawapan akan mengambarkan anda ni seorang yang macam mana. Cara untuk jawab
soalan killer juga di berikan. Jangan bimbang.
Bagaimana pula dengan soalan-soalan
berbentuk ‘ communication skill ‘. Soalan-soalan ini menguji kematangan,
kreatif, sikap kerjasama anda dan kebolehan anda. Cara jawab soalan ini juga di
sediakan.
Terdapat juga acara untuk menjawab soalan
yang menguji cara pengurusan dan stress semasa kerja. Ada pelbagai jenis soalan
dan setiap soalan adalah penting.
Kisah calon yang Berjaya dan gagal – ada
juga dalam laporan ini. Bagaimana merea boleh lulus temuduga? Perkara yang kena
buat dan perkara yang kena elak semasa temuduga sangat sesuai untuk di ketahui
oleh calon temuduga kerja kerajaan ini.
Cara tulis resume yang terkini – cara
tulis resuma kerja kerajaan pun ada juga
di berikan. Malah paling penting anda akan di berikan template resume. Anda
hanya perlu edit sahaja template resume
kerja kerajaan tersebut sesuai dengan maklumat diri anda.
Koleksi soalan dan jawapan temuduga kerja
kerajaan – yang ni paling penting dan sangat penting. Contoh soalan untuk
temuduga kerja kerajaan ni, ini hanyalah contoh sahaja bukannya soalan ramalan.
Contoh ini berdasarkan pengalaman calon temuduga yang lepas-lepas di kumpul
dalam laporan ini dan di persembahkan kepada anda seadanya. Penting ni jika
anda first time pergi temuduga kerja kerajaan.
Penting – Jaminan Pulangan Wang
Jika anda dah dapatkan laporan lulus kerja
kerajaan ini dan sudah membaca hingga habis serta mempraktikkan apa yang si
sarankan, tetapi anda masih tidak puas hati lagi, anda boleh minta wang anda di
kembalikan dalam tempoh 7 hari dari tarikh anda beli. Tiada masalah sebab
laporan ini bukannya laporan palsu. Laporan ini cuba membantu anda untuk
mendapatkan pekerjaan yang anda idamkan dalam sector awam ataupun bekerja
dengan kerajaan.
0 Komen:
Catat Ulasan