Anda pernah dengar tak tentang pusat latihan kemahiran SHRDC
di Selangor? SHRDC ataupun nama penuhnya ialah Selangor Human Resource
Development Centre adalah penyedia pusat latihan kemahiran untuk belia-belia
lepasan SPM, SKM tahap 3 dan diploma di Selangor. Sejak 2004 lagi, kerjasama SHRDC
dengan pemain industry telah memberikan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat seperi Panasonic, Hitachi, Shinetsu, Sony, Continental, Sony, Western Digital dan banyak lagi.
Melalui program yang di sediakan oleh pihak SHRDC, anda
berpeluang untuk mendapat sijil kemahiran dan pekerjaan yang sesuai dengan
kemahiran yang anda ada. Sebagai contoh, untuk lepasan SPM, anda pohon program
latihan kemahiran SHRDC dan di terima. Anda akan menjalani latihan kemahiran dan
selepas latihan, anda telah mempunyai pekerjaan dengan gaji permulaan lebih
kurang rm1200 – rm1500. Untuk rujukan, gaji pemegang diploma tanpa pengalaman
pun baru rm1500.
Maklumat lanjut SHRDC
Jadi, SHRDC adalah pusat latihan kemahiran yang saya rasa
sesuai untuk anda untuk mendapat pekerjaan dan juga untuk mendapatkan kenaikkan
pangkat dengan lebih cepat dari cara biasa.
Kelebihan mengikuti latihan kemahiran di SHRDC
Saya nak berkongsi sikit tentang kelebihan di SHRDC ni.
Sebelum ni saya tak tahu sangat tentang SHRDC ni. Tetapi setelah menghadiri
satu taklimat di SHRDC, barulah saya Nampak hala tuju belia yang belajar di
SHRDC.
Latihan kemahiran adalah percuma – Kos latihan kemahiran di
SHRDC ni adalah percuma kerana kosnya telah ditampung oleh geran latihan
kemahiran yang disediakan oleh kerajaan. Setelah anda mohon untuk memasukki
latihan kemahiran di SHRDC, anda hanya perlu hadir ke kelas sahaja dan anda
akan dapat RM300 dari pihan SHRDC dan RM300 dari pihak industry. Kalau nak
ikutkan, satu-satu kos latihan kemahiran tu lebih kurang rm20 000!
Jaminan Kualiti oleh SHRDC – SHRDC ni ada kualiti system ISO
9001:2008. Kalau korang dah kerja dalam industry nanti, korang akan jumpa la
benda-benda berkaitan dengan ISO ni dan bagaimana nak dapatkan sijil ISO ni.
Sijil ISO ni menyesahkan kualiti produk yang di keluarkan. Produk di sini ialah
anda la. Lagi satu, berbanding dengan pusat latihan lain, SHRDC pernah mendapat
Training Provider Of The Year untuk tahun 2002 dan 2009 dalam Anugerah Menteri
Sumber Manusia.
Kemudahan di SHRDC – Yang ni terbaik. Ada bilik-bilik kuliah
dan juga peralatan yang terkini dan yang di gunakan dalam industry sekarang
ini. Jadi, anda akan belajar mesin dengan teknoloji terbaru yang sama di
gunakan di dalam kilang yang anda akan kerja nanti. Susah nak dapat kemahiran
macam ni. Kat university pun belum tentu lagi peralatan terbaru yang di
gunakan. Anda akan di ajar oleh tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman
teknikal untuk mengendali satu-satu mesin. Ini penting sebab kebanyakkan mereka
yang belajar di pusat pengajian tinggi hanya belajar teori sahaja dan sedikit
hand on mengendali mesin. Di sini kelebihan anda berbanding mereka.
Program percuma yang di tawarkan di SHRDC
Program di bahagikan kepada dua.
Program untuk lepasan SPM
Objektifnya untuk bagi peluang kedua bagi lepasan SPM yang
tidak cemerlang untuk mendapat sijil kemahiran dan peluang pekerjaan. Anda
boleh pilih antara program kat bawah ni:
Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi – 18 bulanPemasangan & Penyelengaraan Sistem Solar – 6 bulanKejuruteraan Teknologi Pembuatan – 6 bulan
Anda pilih mana program di SHRDC yang anda nak semasa
memohon. Potensi gaji yang anda akan dapat setelah tamat latihan kemahiran ini
ialah antara rm1200 – rm1500. Banyak gak tu kan untuk lepasan SPM. Mengikur statistic
yang lepas, takde lagi yang gagal kecuali disebabkan masalah disiplin.
Program untuk lepasan SKM tahap 3 dan diploma
Objektifnya untuk melahirkan pekerja yang berkemahiran
tinggi dalam bidang teknikal. Untuk mereka yang telah bekerja dan kelebihannya
ialah anda akan dinaikkan pangkat setelah anda siapkan program anda. Mungkin
anda boleh naik jadi Supervisor, Assistant Engineer atau Engineer terus
berdasarkan kepada syarikat tempat kerja anda. Program yang di tawarkan ialah:
Malaysia Meister in Mechatronic – 24 bulan bekerja dan
latihan.
Cara mohon memasukki SHRDC
Cara nak mohon program di SHRDC ni sangat mudah. Anda boleh baca info lebih lanjut dan daftar secara online di portal rasmi SHRDC.
Daftar online program SHRDC ( klik sini )
Anda isi maklumat yang di perlukan dan pihak SHRDC akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya. Mudah je tu kan. Kalau saya tahu tentang SHRDC dari awal lagi, saya pun akan mohon program ni. Percuma sahaja untuk dapat sijil kemahiran dan kerja, siapa yang tak nak kan. Untuk masa depan yang lebih cerah dalam kerjaya, anda patut cuba latihan kemahiran di SHRDC ni. Good luck!
Selangor Human Resource Development Centre,
1, Block 2, Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Section 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03 5513 3560
Fax: 03 5513 3490
Email: info@shrdc.org.my