Komisen affiliate dari produk baru pulak

Buat duit dengan affiliate. Ramai dah tahu tentang affiliate di mana kita daftar percuma untuk  join affiliate nih dan kita akan promosikan produk yang di sediakan dalam sistem affiliate tersebut. Setiap produk, kita akan di berikan satu link unik khas untuk kita sahaja supaya sistem affiliate boleh kenal, jika ada sale melalui link tersebut, itu kita punya. Itulah affiliate.

Ramai bercakap tentang buat duit dengan affiliate tetapi tak ramai yang berjaya melakukannya, ada yang dapat komisen sekali sekala dan ada yang berterusan dan konsistan. Saya pun susah juga nak dapatkan duit melalui affiliate nih.

Memang kena ada cara dan teknik yang betul dan jika korang melakukan percubaan secara berterusan, saya pasti akan ada sale dan komisen daripada affiliate nih cuma masa sahaja yang menentukan.

Jika korang nak short cut, korang ambil pengalaman dan apa teknik-teknik yang telah di lalui oleh mereka yang lebih berpengalaman di dalam mempromosikan affiliate nih.

Komisen produk baru dari ashadee


Bulan ni merupakan bulan yang makmur juga bagi saya dalam membuat duit secara online ni sebab saya berjaya buat duit dengan affiliate lazada dan juga peningkatan komisen dalam affiliate ashadee.


Ini contoh komisen yang saya terima daripada pertama dari produk ini dan produk ni adalah rahsia, mana boleh bagitahu nanti ada plak yang melintang.

komisen produk baru ashadee
Bila dapat komisen dari produk baru, rasa best plak.
Selain komisen dari produk yang biasa dapat sale, bulan ni ada dua produk baru ataupun ebook baru yang memberikan saya komisen. Menarik nih, setakat ni ada 4 ebook yang sentiasa memberi saya komisen dengan affiliate ashadee. Ebook-ebook lain belum mendatangkan hasilnya lagih.

Seperti saya katakan tadi, nak promosi produk affiliate ni kena ada teknik-teknik yang betul, seo tuh sudah tentulah memainkan peranan.

Korang juga kalua malas nak baca ebook, boleh tonton video buat duit affiliate secara intensif. Yang ni memang power. Lepas tonton ni, korang cuba applykan dalam pemasaran korang. saya tak jamin korang dapat komisen tetapi saya jamin korang akan tersenyum puas.



Terima kasih kerana membaca Komisen affiliate dari produk baru pulak. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



4 Komen:

  1. masyuk bro..bleh belanja skit

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh bro, mai shah lama call 0192055657, gerenti beres.

      Padam
  2. lama kelamaan akan jadi banyak jugakan.kalau ada usaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. minta2 ler semua rakan-rakan bertambah rezekinya online nih.

      Padam