Home » , , , » Pindah milik kereta guna cap jari

Pindah milik kereta guna cap jari

Korang mesti ada kereta kan? Kalau takde pun akan ada satu hari nanti. Kalau sebelum nih nak pindah nama atau hakmilik kereta perlu sukar skit, tambah-tambah kalau melibatkan bengkel kerata ( orang tengah ) takut kena tipu beb. Tapi cara sekarang ni lebih senang. JPJ dah improve sistem penukaran hakmilik kenderaan ni melalui mySikap. Menggunakan sistem biometrik ( cap jari ) di mana pemilik asal dan pemilik baru kenderaan kena pegi ke JPJ untuk daftar cap jari dan proses seterusnya adalah secara automatik. Menarik menarik.

Tukar hak milik kenderaan kini guna cap jari



Berita terbaru nih mengembirakan orang yang buat tukar milik kereta tapi mungkin tidak di sukai oleh orang-orang tengah dalam hal pindah milik kereta. Berita lanjut kat sini:



emilik dan pembeli kenderaan terpakai kini perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan proses tukar hak milik kenderaan melalui sistem mySikap bermula 1 November lalu.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, melalui mySikap, orang tengah sudah tidak boleh lagi terlibat dalam urusan menukar hak milik kenderaan sebaliknya pemilik asal dan pemilik baharu kenderaan dikehendaki hadir di mana-mana cawangan JPJ untuk mendaftarkan cap jari mereka.
“Melalui sistem ini, proses tukar hak milik kenderaan akan menggunakan kaedah biometrik yang mengkehendaki pemilik dan pembeli hadir ke JPJ untuk pengesahan cap jari.
“Penggunaan biometrik mengatasi pelbagai kelemahan sistem borang dalam proses tukar hak milik kenderaan sebelum ini,” katanya selepas majlis penutup Karnival Skuad Muda 1JPJ peringkat negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk di sini kelmarin.



Terima kasih kerana membaca Pindah milik kereta guna cap jari. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



11 Komen:

  1. sukar untuk kita buat tapi kalau cara begitu kita mesti akur mungkin ada sebab tertentu

    BalasPadam
    Balasan
    1. utk elakkan penipuan org tengah ni

      Padam
  2. bunyinya nampak macam leceh..hu3

    BalasPadam
  3. Mungkin ada baiknya kot bila guna cap jari je nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emm harapnya semua pihak akan terlibat dengan sistem cop jari ni...huhu

      Padam
  4. Susah juga nanti. Kena ambik cuti dua-dua belah pihak. Takut nanti kat jpj makin ramai orang bila buat macam ini.

    BalasPadam
  5. yup..memang betul dah tu..bikin susah aje sekarang nihhh..hahaha

    BalasPadam
  6. ini satu kaedah yang menarik..terbaik untuk JPJ

    p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]

    BalasPadam
  7. pelik plak. tak apalah..gua tak kesah sangat pun. haha..

    BalasPadam