Home » , » Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan - aku datang

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan - aku datang

Tok Aman Bali Beach Resort Pasir Puteh Kelantan - Ini cerita cuti sekolah yang baru lepas. Saya dan keluarga habiskan masa bersama kat Tok Bali Kelantan. Booking buat online dari KL. Drive dari Subang Jaya - Kelantan lalu ikut Grik-Jeli, lama gak dalam 5-6 jam baru sampai. Nak santai punya pasal, ok jer. Lagipun anak cuti sekolah kan, bila lagi nak jalan-jalan. Tok Aman Bali Beach Resort ni resort baru lagih, 2 tingkat takde lif, ada lampu yang guna cahaya matahari je sebagai sumber tenaga. Aktiviti cuti-cuti ni adalah antara kegemaran aku kalau ada duit lebih dan masa yang sesuai.

Lokasi Tok Aman Bali Beach Resort


Plus-Grik-Jeli-Tanah Merah-Machang-Pasir Puteh - Cari Tok Bali nanti jumpa lah tuh Tok Aman Bali Beach Resort. Percutian ni tak sempat nak ke Pantai Bisikan Bayu atas kekangan masa dan khidmat diperlukan dengan kadar segera di tempat kerja. Cam ni le kalau kerja dengan orang kan.

Tok Aman Bali Beach Resort - Location Map






Deluxe Room (King Bed)

RM198 promosi.



Cari Makan di Tok Bali


Nak cari makan kat sini sangat le senang. Makan kat hotel mahal dan takde rasa citarasa tempatan. Kedai makan banyak kawasan hotel, kena keluar sikit, 1 km je ke jalan besar dan banyak kedai makan di tepi-tepi jalan. Waktu malam, sempat singgah ni kedai ikan bakar, nama kedai tak ingat dan gambar pun tak ambil. Tapi ikan memang segar, try ikan bakar berempah tak masuk selera aku hihi. Harga murah kalau banding dengan masa aku bercuti di Desaru, tapi lebih mahal kalau banding dengan aku makan-makan di Mersing ( yang ni belum update lagih, lepas nih ).


Blackout!


Ada pula best-best nak tido sambil layan tv boleh blackout hihi. Macam-macam hal la kan. Katanya TNB punya pasal. Tapi takpe le kan, kita sebagai guest ni paham. Layan gambar dulu.



Tok Aman Bali Beach Resort


Kongsi pengalaman


Kalau nak ke Tok Aman Bali Beach Resort ni dari KL, mesti bertolak awal-awal. Baru rilek skit. Sebab perjalanan kalau dari KL jauh jugak nih. Sakit belakang di buatnya, tapi rasa seronok melebihi yang lain. Jangan lupa singgah ke Pantai Bisikan Bayu. Cuba try makanan tempatan kat sini, citarasa Kelantan. Saya kat ni lebih kepada menikmati keadaan yang tenang dan santai.


Tok Aman Bali Beach Resort








Tok Aman Bali Beach Resort











Tok Aman Bali Beach Resort






Tok Aman Bali Beach Resort





 Kalau ikut Jeli - Grik, bolehlah singgat kat Jeli jap beli-beli ramai thailand kat sini.


 Ada yang pernah ke Tok Aman Bali Beach Resort?




Terima kasih kerana membaca Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan - aku datang. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



13 Komen:

  1. Seronok bercuti macam ni. Saya sering lalu kesana bila balik kampung. Dah tak jauh dari kampung.hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi, kg dekat2 sini ehh gu

      Padam
    2. yea..dah tak jauh. cari ikan sana bila balik kampung.

      Padam
  2. cantik juga ye kat sini....mana en arman dpt info ttg tpt ni...bole le usha2 kat en suami....hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tok bali ni dapat info masa pencarian MH370 ada berkaitan dgn tok bali, tu yg usha2 sini

      Padam
  3. Cantik suasana resort tu. Tak pernah pergi mana-mana resort black out. kalau panas boleh mandi kolam renang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam2 kan bro, ni pun kira 1st time pengalaman cam nih

      Padam
  4. walaupun kg kt grik je,...tp xpenah sampai pun kat sana...hahaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh masukkan dalam kalendar pelancongan sendiri tuh..tapi sblm pergi survey dulu tempat2 menarik area sana

      Padam
  5. Ni berdekatan dengan temapat aku memancing ikan siakap besar hari tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. perh.. ikan frest sini bro kan

      Padam
  6. TAK KEJE ARI NI.... NAK G TKG TEMPAT NI KEJAP...

    BalasPadam