Untung ke melabur dalam unit trust Public Mutual? Jeng jeng
jeng. Kalau Tanya ejen unit trust memang untung je memanjang. Kat Malaysia ni,
yang saya tahu banyak yang sediakan unit trust ni dan yang paling popular ialah
Public Mutual dan CIMB Unit Trust.
Unit trust yang teramai pelaburnya ialah unit trust Public Mutual oleh Public Bank.
Unit trust ni bukan skim cepat kaya yer. Ramai yang fikir unit trust ni macam
skim cepat kaya kan, salah tuh. Unit Trust p
ni lain skit caranya.
Secara ringkas, konsep unit tust ni ialah pelabur akan
membeli dana-dana dalm unit trust. Duit terkumpul dalam dana tersebut akan di
gunakan untuk membeli saham-saham syarikat yang berprestasi tinggi sepeti
Shell, Maxis dan Celcom. Haa… Nampak tak konsepnya. Tetapi unit trust ni ada
kos nya setiap tahun.
Unit Trust Vs Saham
OK, apa pula beza unit trust dengan saham? Ada bezanya unit
trust dengan main saham ni. Ada kebaikkan dan keburukan sendiri:
- Kos melabur dalam saham lebih tinggi
- Saham perlukan modal lebih besar
- Saham lebih berisiko walaupun di bandingkan dengan unit trust berisiko tinggi
- Untung saham lebih banyak jika kedua-dua mencatat untung dalam satu-satu tahun
Ini apa yang saya tahu jer ler yer, saya tak pernah main
saham pun tetapi unit trust tuh pernah dan masih melabur dalam unit trust
public mutual.
Unit Trust Bukan MLM / Skim Piramid
Ini penting untuk di ketahui, unit trust bukan mlm atau skim pyramid tuh. Anda boleh melabur guna tunai ataupun guna duit kwsp. Kalau guna
tunai, kosnya lebih tinggi. Kalau tak silap saya 5.5% dan kalau guna duit kwsp,
kosnya 2.75% ( seingat saya le, kalau salah tolong betulkan ).
Info unit trust |
Anda boleh melabur melalui ejen unit trust ataupun melabur
sendiri di kaunter unit trust seperti public mutual. Takde salahnya kalau tak
nak melalui ejen unit trust, sama sahaja. Cuma kalau apa-apa hal, anda kena
berurusan di kaunter unit trust sebab anda tiada ejen. Kalau melalui ejen unit
trust, anda boleh Tanya ejen unit trust anda.
Ejen pula ada banyak kategori ya tetapi yang pentingnya ambil ejen yang menggunakan software untuk monitor pelaburan anda. Ada ejen yang tidak melanggan software dari unit trust sebab software ni tidak di wajibkan untuk ejen. Ejen kena bayar sekitar rm100 setahun untuk software ini.
Banyak lagi info yang saya nak kongsikan tetapi walaupun
saya bukan ejen unit trust. Banyak maklumat tentang unit trust saya dapat
apabila membaca info unit trust secara online. Elok anda dapatkan juga info
unit trust dalam bentuk pdf ini untuk rujukan dan menambah ilmu tentang unit
trust di Malaysia.
buat mesti ada rezeki kalau caranyakan..
BalasPadamdaftar jadi ejen jom.
Padam