Selepas berita pengambilan Nokia oleh Microsoft, dunia gajet berkembang lagi sejak nak akhir tahun ni. Minggu ni ada berita Samsung nak keluarkan jam tangan yang boleh guna sebagai telefon dan juga kamera! Hohoho hebat kepala hotak orang kerja Samsung ni, ada je idea yang menarik dan stailo kan. Mesti boom produk nih sebab ni dah kira 3 dalam satu yang manusia selalui guna dlm kehidupan seharian. Dengar cite harga dalam USD300 lebih, ni dah dekat RM1000 lebih sikit nih. Berbaloi ke tak ni? Kalau nak free, boleh try kumpul duit melalui projek online ni.
Galaxy Gear |
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh SamMobile baru-baru ini, Smartwatch
Samsung Galaxy Gear yang bakal dikeluarkan nanti akan dipasarkan dalam lima
pilihan warna yang berbeza iaitu putih, oren, kelabu, hitam dan putih
keemasan.Model kali ini khabarnya bakal diperkenalkan secara rasmi
ketika pelancaran Samsung Galaxy Note III pada awal bulan depan.
Sesuai dengan sebutan namanya iaitu Gear atau Aksesori, Smartwatch yang
didasarkan pada sistem operasi Android ini berfungsi sebagai aksesori atau
pelengkap yang akan mendukung pengoperasian siri Android Samsung Galaxy. Bagi
menambahkan lagi kehebatan sistem perhubungannya, smartwatch canggih ini
didukung sepenuhnya dengan sambungan Bluetooth LE dan juga aplikasi Watch
Manager.
Malah model ini sendiri dikatakan bakal dilengkapi dengan skrin
OLED persegi berukuran 2.5 inci, kamera, accelerometer dan NFC.
Boleh tahan lah cantiknya...hehe
BalasPadamCantik memang cantik. Harganya pun nanti pastilah sangat cantik.
BalasPadamsalam =)
BalasPadamfuhh dasat ni....lau dah 3 in 1..berbaloi la kot lau takat 1000 lbih tu..tu pon kalau bkualiti.lau cpt rosak,mmg xbrbaloi lgsung la..huuuu
Canggih dah sekarang ni. Jam pun dah sama fungsi macam handphone. Tapi mungkin ketahanan bateri yang jadi isu nanti ni.
BalasPadamyg berumur bwh 30 suka ni kot
BalasPadamtidak dinafikan, samsung semakin step forward dlaam tech
BalasPadam