Home » , » Microsoft ambil alih Nokia

Microsoft ambil alih Nokia

Selepas berita produk Galaxy Tab 3 dari Samsung 2 minggu lepas, dunia gajet mendapat berita bahawa Microsoft ambil alih Nokia pulak dah. Bukan sikit jumlahnya nya ooo, inilah dunia bisnes, main billion-billion, kaya sungguh diorang nih.Lepas ni mesti ada yang best-best kat smart phone Nokia nih, tapi boleh ke lawan applikasi muslim pro yang boleh dapat percuma kat google play nih?

 
Helsinki: Nokia Corporation, pengeluar telefon mudah alih Finland, akan menjual perniagaan telefon mudah alih kepada gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Microsoft Corporation, menerusi satu urus niaga bernilai AS$7.17 bilion (RM23.46 bilion). Nokia akan menyerahkan lesen bukan eksklusif patennya bertempoh 10 tahun kepada Microsoft manakala syarikat itu pula akan memfokuskan kepada teras perniagaan rangkaian infrastruktur dan perkhidmatan yang mana kini disebut-sebut sebagai “hala tuju terbaik bagi Nokia dan pemegang sahamnya.”
Antara produk terkini Nokia

Syarikat itu juga mengumumkan pemberhentian Ketua Eksekutifnya, Stephen Elop. Buat masa ini, tanggungjawab Elop itu akan dipikul buat sementara oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Nokia, Risto Siilasmaa. Nokia yang pernah menerajui industri pembuatan telefon mudah alih kini tenggelam dalam persaingan pesaingnya Samsung dan Apple ketika kumpulan itu bergelut membangunkan kembali model perniagaan dan peranti mudahnya. Urus niaga itu diumumkan semalam dijangka akan selesai pada suku pertama 2014, bergantung kepada kelulusan pemegang saham Nokia dan pihak berkuasanya.

Seramai 32,000 pekerja Nokia dijangka akan ditukarkan ke Microsoft, termasuk 4,700 pekerja di Finland, kata syarikat itu dalam satu kenyataannya. Operasi yang terjejas disebabkan pemindahan itu menjana 14.9 bilion euro pada 2012, atau hampir 50 peratus daripada jualan bersih Nokia, kata syarikat itu. Harga pembelian keseluruhan adalah 5.44 bilion euro, dengan 3.79 bilion adalah bagi pembelian perniagaan Peranti dan Perkhidmatan Nokia dan 1.65 bilion lagi bagi perjanjian bersama paten dan pilihan pada masa depan.

Bulan lalu, Nokia memuktamadkan pembelian hergasi kejuruteraan Jerman iaitu sebanyak 50 peratus saham dalam Nokia Siemens Networks (NSN) dengan nilai urus niaga 1.7 bilion euro. NSN, yang pakar dalam pembangunan jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi, telah ditubuhkan sebagai satu syarikat usaha sama antara kedua-dua syarikat sejak 2007, dengan tempoh perjanjian tamat pada April. Unit itu menyumbangkan pendapatan kukuh kepada perniagaan telefon mudah alih Nokia.

NSN mencatatkan keuntungan lapan juta euro bagi suku kedua tahun ini berbanding kerugian Nokia sebanyak 227 juta euro bagi tempoh yang sama.

*Kalau nak baca pasal gajet-gajet yang lain, boleh je luang seminit dua.


Terima kasih kerana membaca Microsoft ambil alih Nokia. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



10 Komen:

  1. bagus juga pembelian syarikat ke atas NOKIA supaya jenama ini terus hidup

    BalasPadam
  2. salam..

    apepun nokia mmg tetap antra hp yg tbaik..
    bg yaya la..huuu

    BalasPadam
  3. aku dulu mmg suka nokia ni, mantap. tgk bila microsoft beli, apa perubahan nanti.

    BalasPadam
  4. nokia nk klr hp baru sy suka mmg masa belajar dulu pakai nokia..tahan lasak kalau tercampak..jatuh dlm air blh pakai lagi..hp lain tak setahan itu hee...

    BalasPadam
  5. Microsoft perlu jadikan os bg smartphone tue lebih interaktif. Sekarang nie, pasaran smartphone masih lagi dikuasai android, apple dan bb.

    BalasPadam
  6. wah .. harap microsoft kembalikan kekuatan nokia...

    BalasPadam
  7. Haha..dah berkuat kuasa ke belum ni?

    BalasPadam
  8. Kita tengok macam mana prestasi Nokia lepas ni. Macam menarik pulak perkembangan ni.

    BalasPadam
  9. Hmmm.. bahaya utk semua pengeluar phone lain mcm Samsung dan Sony. Microsoft ni kalau buat sesuatu ada udang di sebalik mee.. Aada lah tu dia mahu develop yg buat market smartphone lari ke Microsoft... Apa-apa pun kawe tetap guna no so smart phone.. errkk..

    BalasPadam
  10. saya suka nokia kalau ada keluaran bru klr saya nak beli hee asal blh dpt klr masuk call ok le...sb hp rata2 jenis yg tahan lasak

    BalasPadam